10 Sep 2013

Dr.Mursi Dikenakan Tuduhan Baru & Harta Keluarganya Disita

Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru.

Pihak pendakwa telah mengeluarkan satu perintah baru penahanan bagi Mursi di atas komentarnya yang menyebut bahawa para hakim telah berlaku curang di dalam pemilihan parlimen 2005. Mursi yang telah ditahan tentera di satu tempat yang tidak diketahui telah menolak untuk bekerja sama dengan para pendakwa raya.

"Para pendakwa penyelidik menuduh Muhammad Mursi menghina kehakiman dengan menuduh 22 hakim memalsukan hasil pemilihan parlimen 2005," kata pejabat berita MENA tanpa memberikan butiran terperincinya, Sabtu lalu (7/9).

Pada 2005, Ikhawanul Muslimin merupakan satu organisasi yang dilarang. Tetapi para calonnya diizinkan menyertai pemilihan parlimen di bawah Hosni Mubarak yang ketika itu menjadi presiden.

Ikhwanul Muslimin meraih seperlima dari kerusi di parlimen ketika itu. Tetapi para pemantau dan seorang hakim yang mengawasi pemungutan suara menyatakan pilihanraya itu dicemari dengan unsur kecurangan.

Semalam, pihak berkuasa bertindak membekukan semua aset milik keluarga Mursi bagi memulakan siasatan berhubung tuduhan rasuah selepas pendakwa memfailkan kertas siasatan.

Media Ahram Online melaporkan, siasatan itu dilakukan selepas Lembaga Siasatan Dana Awam dan pihak berkuasa kawalan pentadbiran mendakwa, Mursi menggunakan AS$285 juta (RM940 juta) ketika kempen pilihan rayanya sebagai meraih sokongan.

Siasatan juga turut melibatkan harta milik isteri dan anaknya.

Dipetik Al-Jazeera, Julai lalu, pendakwa raya Mesir membekukan 14 aset Ikhwanul Muslimin (IM) termasuk Musyidul Am, Muhammad Badie dan timbalannya, Khairat el- Shater.

Mahkamah Jenayah sebelum ini menetapkan, Mursi akan dibicarakan terhadap tuduhan menghasut pembunuhan bersama 14 pemimpin IM pada kejadian Disember 2012 di luar istana presiden.

Julai lalu, mahkamah turut mendakwa Mursi atas hubungannya dengan Hamas ketika kejadian rusuhan penjara dan serangan ke atas polis pada 2011.

Namun, kesemua tarikh perbicaraan dan butiran lanjut kes itu tidak didedahkan kepada media.Sebelumnya, mantan presiden Mesir itu pun telah dikenakan berbagai tuduhan. Yang terbaru, Mursi dituduh menghina pengadilan negara ketika ia menjadi presiden.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Model operandi sebijik mcm UMNO yg b'tindak thdap musuh politik nya. Mungkin penasit mereka sama.

Tanpa Nama berkata...

jahat benor puak2 sekular ni

MERSING V berkata...

KAHKAHKAH.....SAMA KERAJAAN MESIR SAMA MACAM MALAYSIA...BUAT FITNAH ASAL BOLEH DAPAT KUASA......1 PEJUANG GUGUR..10 YANG AKAN TIMBUL....KAHKAHKAH..APE XPECAYE???
TUNGGULAH KEMUSNAHAN MESIR..ITU JANJI ALLAH BUKAN JANJI AKU...KAHKAHKAHKAH!!!!