10 Sep 2013

[Apa Sudah Jadi?] Ranking Universiti Di Malaysia Jatuh Merudum


Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:

UniversitiRanking 2012Ranking 2013
UM156167
UKM261269
USM326355=
UTM358355=
UPM360411-420
UIA401-450501-550
UiTM601+701+

Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).

Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)

Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.

Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.

Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.

Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.

Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura).

Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.

Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:

1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan

2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia

3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya

4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan

5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia

Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan


Malaysian varsities plunge in ranking


Malaysia’s public universities continue to plummet down the list of QS World University Rankings.

Only seven of the country’s universities made it to QS’s list of 800 top institutions for 2013. They are Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), International Islamic University Malaysia (UIA) and Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Of the seven, only UM has maintained its position in the top 200 although it slid down from number 156 in 2012 to number 167 in the current list.

Only one Malaysian institution has managed to raise its standing. UTM, which was ranked 358th in 2012, is now at number 355.

UKM has dropped eight spots to number 269 and USM has gone down 29 spots to number 355. UPM has seen a long drop from number 360 to circa 411-420, but it has not suffered as much as UIA and UiTM, both of which plummeted by 100 points. Last year, UIA was in the ranks of 401 to 450 and UiTM was at 601+.

QS research head Ben Sowter attributed the deterioration in Malaysian universities’ rankings to deficiencies in research but credited them for the quality of their academics and the employability of their graduates.

“The drop in performance for Malaysian institutions this year reflects the intensity of global competition,” he said.

“But a five-year comparison suggests they have made some significant progress.

“Malaysian institutions are not yet producing highly cited research, but they have developed a solid profile among the world’s academics and graduate employers,” he said in a statement.

An overview of the rankings indicate an improvement among Asian universities and a general drop among US institutions.

Of the 62 Asian institutions in the top 400, 70% rank higher this year than in 2007/2008 while 64 out of 83 US universities have dropped in ranking.

The National University of Singapore (NUS) has outshone the University of Hong Kong (HKU) for the first time. NUS is placed at the 24th spot whereas HKU is at the 26th.

However, the top 10 spots remain in the grips of the US and Britain. The Massachusetts Institute of Technology remains at the top and Harvard University has clinched the second spot from Cambridge University, which is now number 3.

The QS World University Rankings is an annual league table of the top universities in the world and is arguably the best-known and respected ranking of its kind. Compiled by the QS Intelligence Unit in close consultation with an international advisory board of leading academics, the QS World University Rankings is widely referenced by prospective and current students, university professionals and governments worldwide.

Rafizi: Academic freedom needed

Meanwhile in a reaction, PKR strategy director Rafizi Ramli has called for full academic freedom to be given to university staff and students

“Return the academic freedom to the public varsities by permitting autonomous power to the university senate without government interference.

“Programmes that curtail the freedom to think freely among students also must be stopped immediately. This includes political propaganda programmes,” said Rafizi who is also Pandan MP.

He also suggested that the best brains in specific academic fields be recruited by the university to increase the university’s standing.

In addition, he called for the scholarship system to be re-evaluated as there was a need to have the smart students in the best local universities.
-FMT

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cam ner tak jatuh. Suruh belajar kat kampus pi belajar atas jalan. Lps tu semua nak free. Hutang tak mau bayar. Kalau dah mcm tu perangai usah harap yg terbaik. Seandainya dapat 50 yg terbaik pun nanti wat di gelakkan di org luar je.

Tanpa Nama berkata...

komen di atas cukup bodoh krn tidak berdasarkan fakta.

Prof Kangkong berkata...

Kalau ada pemikiran macam anon Sept 10, 6.11 pm, memang Malaysia tak akan ke mana le. Ini yang dikatakan Bodoh tak boleh diajar, Cerdik tak boleh ditumpang. Cakap ikut perasaan aja.
Kriteria telah dibentangkan, jadi bercakap berdasarkan kriteria le. Ini merapu tak bertempat.
Aku ingin bercakap tentang salah satu kriteria iaitu reputasi pencapaian akademik. Aku difahamkan bahawa setiap pelajar yang memasuki universiti mesti akan diluluskan walaupun pelajar itu bermasalah maupun kurang berkemampuan. Pensyarah akan dipersoalkan jika pelajar itu gagal dan pelajar boleh diluluskan oleh senat walaupun sudah digagalkan oleh pensyarah. Jadi integriti dan kemampuan pensyarah itu dipertikaikan bukan saja oleh pelajar malahan oleh masyarakat sekeliling. Waktu aku belajar dulu, pelajar gagal adalah perkara biasa. Bayangkan pelajar yang tiada kemampuan sebenar dibenarkan lulus dengan mudah, bagaimanakah mereka mampu bersaing bila berada di alam pekerjaan terutama di sektor swasta yang amat mementingkan persaingan dan kecemerlangan? Di sektor swasta, hanya pelajar yang berdaya saing saja akan berjaya.
Perlantikan NC pun merupakan salah satu sebab kenapa universiti awam kurang bersaing. Kalau NC yang dilantik berdasarkan kemampuan "politik" dan bukan "akademik", itulah wujudnya ramai Pro kangkong yang kadang kala kenyataan yang dikeluarkan mereka tidak akademik malahan low class.

Tanpa Nama berkata...

Yg di atas tu....tlg tgk kriteria yg dinilai tu....

Tanpa Nama berkata...

komen lah cara berhemah..mmg intitusi pengajian tggi negara perlu tranformasi..ganti muka2 baru yg lebih kredibel..yg kaki2 ampu dan bodek dh boleh dibersarakan..menuju negara maju 2020 kalau mcm ni hnya indah khabar dari rupa..harap pemerintah dan menteri2 berkenaan ambil tanggungjawab sepenuhnya dalam menangani masalah ini...nmpknya produk U kita semakin tidak berkualiti..fikir2kanlah

Tok Perak berkata...

Inilah dia yang dikatakan komen guna kepala lutut namanya.

Tanpa Nama berkata...

banyak sangat masalah dari atas sampai ke bawah...mana tak jatuh..pakai kroni dan kabel untuk masuk sebgai pelajar dan selepas itu pakai kroni dan kabel pula untuk menjadi pensyarah..memang hampehlah jadinya...sapa yg ajar?hehehehe...

Tanpa Nama berkata...

Hang blajar kat u maner haaaa.patut la bg pendapat mcm org dlm gua xpenah kuar.ingat kt u blaja mcm skolah menengah ker oiii.sbb tuh ramai bdk u skrg sembab tol kat tempat kerja.yerrr laa.dok terkurung jer kat bilik kuliah.kat negara lain bdk skolah rendah pon bnyak aktiviti luar bilik darjah.

Tanpa Nama berkata...

Universiti Awam bermakna milik dan pengurusan penuh Kerajaan yg memerintah..gagal ia bermakna gagallah Kerajaan itu memerintah....MEMALUKAN !

Tanpa Nama berkata...

Macai2 Umno yg membelenggu pemikiran mereka dr student sampai pensyarah. Asyik kempen Umno dan kena ugut dan ditakut2kan.Kalau dah dikaitkan dng politik Umno,fikir2kan.

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya punca utama kenapa ranking universiti di Malaysia duduk terlalu jauh kebawah ialah kebebasan memberi pandangan terlalu dikawal oleh Political Masters. Seharusnya universiti sebagai pusat pengajian tinggi negara seharusnya bebas memberi pandangan dari sudut akademik tidak kira dalam apa perkara pun.

Guru Malaysia berkata...

Satu lagi punca kegagalan ini bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Cuba bayangkanlah setiap kali guru dipersoalkan tentang pencapaian murid sehingga headcount yang tidak logik akal pun disuruh buat. Kalaulah dari sekolah rendah lagi, guru-guru dipaksa menipu, pegawai PPD menipu, Pegawai JPN menipu sehingga ke pegawai kementerian pun menipu ... Menteri pun tipu. Bayangkanlah barakah tu ada lagi tak?????
Kalau lihat pencapaian pelajar semasa peperiksaan STP, SPM, PMR dan UPSR pada setiap, Malaysia ni sepatutnya dok di kelas pertama di dunia. Bayangkan bilangan pelajar yang dapat semua A boleh diangkut dengan lori. Dulu nak cari murid mendapat semua A adalah mustahil tetapi taraf universiti kita lebih baik dari sekarang. UM waktu itu sama taraf dengan NUS. La ni hampas. Aku dari dulu lagi memang sangsi tentang pencapaian ini dan aku pernah mempersoalkan bahawa adakah pelajar di zaman aku tu bodohkah berbanding dengan budak la ni? Kami tak dapat semua A tapi kami tak bodoh macam budak yang dapat semua A yang ada pada la ni. Kalau tak caya, tanya pensyarah kat universiti tu.
Jadi cara untuk memperbaiki masalah ini ialah kita berbalik kepada integriti. Aku memang tahu bahawa tiada budak yang tak boleh diajar tapi bukan semua budak berkemampuan dalam akademik. Ada budak yang bagus dalam vokasional. Setiap insan yang dilahirkan tu adalah ahli dalam bidangnya sendiri. Jadi biarlah budak belajar secara bebas agar depa tu lebih kreatif, inovatif dan berani menyuarakan isi hati depa. Bukan seperti sekarang, pak turut sahaja.

Tanpa Nama berkata...

So PM, amacam kau nak tunaikan janji nak turun kadar penganguran di Malaysia??? Ranking Universiti sudah jatuh of course syarikat di luar akan pandang rendah Universiti tempatan.

Amcam lu nak selesaikan isu pengganguran kalau semua syarikat besar di luar sana memandang rendah kelulusan Universiti tempatan? Ini lu belum selesai lagi isu menteri dan lu sendiri memberi kerja secara kabel kepada keluarga atau orang pilihan you yang juga menjahanamkan peluang pekerjaan kepada mahasiswa.

MR. PM MANA JANJI LU NAK KURANGKAN PENGANGURAN DI MALAYSIA SEBAGAIMANA YOU JANJIKAN MASA PRU YANG LALU?? ISU MEMBERI KERJA SECARA KEBAL DAN KEJATUHAN RANKING UNIVERSITI BETUL - BETUL TIDAK MENYAKIN KAMI LU DAPAT TUNAIKAN JANJI LU. YOU BETTER DO SOMETHING UNTUK YAKIN KAMI ATAU TUNGGU SAHAJALAH NANTI PADA PRU / PRU KECIL (SAMA ADA DUN MAHUPUN PARLIMEN)PADA MASA AKAN DATANG.

Asmah berkata...

Hasil pendidikan "Listen, listen, listen" .... Biarpun 20 A1 keputusan nya ketika di bangku sekolah, tetapi jika mentality di tarbiyah dengan pelbagai belengu dan di sekat2 perkembangannya ... ini lah hasilnya, nilai yg terus merosot ...

Tanpa Nama berkata...

Gen X

Saranan Guru Malaysia komen yang terbaik. Setuju bahawa pendidikan bermula dari sekolah rendah, malah bermula di rumah. Orang dulu memberikan kepercayaan penuh atas didikan guru dan cikgu ajar tanpe perlu risau disaman. Bukan takde budak skolah yg kena penampar, kena rotan sampai patah kayu pembaris....tp yg dirotan itulah yg jadi manusia.
Bila dari awal dah terbentuk...masuk U dah tentu takde masalah. Ada sebab dan ada rezeki lain utk budak yg kurang pandai. Mana tahu gaji dia keje Oil & Gas lagi tinggi dari kawan2 yg masuk U.

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat UTC (United Transport Company) pun boleh potong ranking UUM..

Man Laksa...listen..listen..listen.

Tanpa Nama berkata...

apa kata perpatah melayu tu, kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari, sama sama kita muhasabah diri, apa silap kita ,jadi begini. malu kat orang luar.jangan salahkan orang lain ,tapi orang yang diamanahkan tu tak bertanggungjawab.

trouble g's berkata...

Masalah pelajar zaman sekarang ialah belajar tidak menggunakan mata hati.