22 Jul 2013

Posmen Khianat Buang Surat Ke Dalam Gaung


Kuala Lumpur: Kakitangan Pos Malaysia mengutip semula lambakan surat yang dibuang ke dalam gaung berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang.
br> Kira-kira 50 pekerja yang membawa bersama beberapa beg besar berwarna putih untuk memuatkan kesemua surat tersebut.
br> Tiga van Pos Malaysia ditempatkan di kawasan tersebut.
br> Tinjauan The Star kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad mendapati, kesemua kakitangan memeriksa kawasan itu sebelum menuruni gaung tersebut untuk mengutip surat-surat yang tidak dihantar.
br> Tugas sukar itu berjaya diselesaikan dalam tempoh dua jam.
br> Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Khamil Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Iskandar Mizal Mahmood turut berada di kawasan itu untuk menyelia dan memantau operasi.
br> "Kami juga sedang meninjau kawasan sekeliling. Pos Malaysia mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai. Kami komited menyediakan perkhidmatan penyerahan tepat pada masanya," kata Ketua Kumpulan Bahagian Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim.
br> Pada Sabtu, The Star melaporkan bahawa beberapa penduduk menjumpai lambakan surat yang tidak dihantar di dalam gaung.
br> Pos Malaysia telah memecat ketiga-tiga posmen yang terlibat.
br> Insiden tersebut menyebabkan beberapa penduduk di Ukay Heights kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
br> "Kami terkejut dan marah apabila mengetahui perkara itu. Ada di antara kami tidak menerima surat dalam tempoh lebih enam bulan.
br> "Suami saya tidak menerima surat dari klien, penyata bank, cek dan surat dari keluarga kami di luar negara dan semua bil.
br> "Saya berharap agar Pos Malaysia menyerahkan surat tersebut dengan segera," kata suri rumah Hazarina Manang. -mstar

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiga posmen tu masa minta kerja dulu pakai kabel tak? Kalau pakai kabel, dengan kabel-kabel wajar dipecat bersama.

Tanpa Nama berkata...

dulu pun masa tahun 50an hingga 80an gaji posmen ni memang kecik.
TAPI tak pernah dengar membuang surat. Kalau ada pun curi duit dalam sampul surat.
Sekarang ni sejak 90an maikn banyak kes buang surat. Sebab dah semakin kurang golongan amanah dan jujur buat kerja. Dan jangan lupa beban kerja yang berat dan tak setimpal dengan gaji mereka. kalau dikira buruh kasar pun gaji lagi besar. Kalau tak caya tanya Indon buat bangunan. Kalau dah lama tu tu memang RM100 sehari gaji mereka. Sedangkan posmen masih lagi dalam RM40 hingga RM50 saja sehari.
Jumlah yang banyak terbuang juga bukti tak ada pemantauan kerja.
Mungkin perlu ada risik pos yang mengintip dan menyemak secara rambang surat sampai atau tidak.
Yang salah tetap salah tapi pada yang jujur ni kenalah naikkan gaji mereka kerana kerja mereka ni emmang berat.

Tanpa Nama berkata...

selagi pemerintah beragama melayu memerintah selagi itu amalan dapat kerja secara backdoor alias kabel akn diteruskan. ingat ceo tabung haji mendapat jawatan ini cara kabel melalui pm dan big mama.

orang changlon berkata...

ini pun ada salah umno dan bn juga sebab tak pantau langsung displin pekerja pos, satu lg hal posmen ni kalau hantar surat masok kampong kalau bolih lungguk dilunguk nya pada satu peti surat saja atau pun pun di lungguk nya di kedai runcit,kalau seminggu tak pergi kedai semingula surat kantoi ,temuduga 5 hb surat sampai 10hb , clear temuduga kemana kerja kemana ,lintang pukang habis

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat buang kerja,mereka perlu didakwa kerana kes ini melibatkan ramai orang awam.

madi berkata...

Tiada kaitan umno n bn...ini tindakan sendiri...aku tahu sbb aku pos malaysia...jgn tuduh org x bersalah