18 Jul 2013

Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta

Kuala Besut- Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih "Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?".

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

12 ulasan:

Awanama berkata...

Suatu masa dulu selepas Anwar kena lebam, seorang trafik terbabas di selekoh bulatan. Tertiarap dia tercedera tak boleh bangun. Amat malang, orang awan hanya lalu sambil berkata "Oh Polis" dan tak seorang pun tolong. KP amat marah, wahai orang awan "kalau kamu jadi mayat, kita Polis jugak yang tukang kutip"

Pada masakini wahai Polis Diraja, kami rakyak amat bohsan lagi boring asyik2 satu pihak jer yang cakap. Dahlah cakap Polis dah banyak terbukti tak boleh pakai, yang ini boleh ke? Inikan kemalangan, tak pernah dengar pun mulut Polis berbunga sebegini merdu kalau yang mangsa itu orang awan. Budak tu pandu laju tapi bila pulak motosikal berkuasa tinggi Trafik pernah jalan selow. Budak tu baru 19 tahun, nak cas cubaan bunuh tak perlu berbelit2 seperti ular.

Any berkata...

Kifarah tu

Awanama berkata...

Sudah ketentuan Allah. Biarlah kita berbaik sangka. Tak semua Polis tu buruk sikapnya. Kepada kedua2 mangsa & ahli kluarga brsabarlah & tabah mghadapi ujian ini. Amln.

fidel castro berkata...

tu kan polis BN bukan polis malaysia.sikit pon aku tak kesian.
tau tak berapa ramai polis dah berkemah di besut mulai minggu lepas?

Awanama berkata...

Inna liLlahhi wainna liLlah hirojioun,
Semoga menerima ini sebagai ujian Allah, dan peringatan Allah bahawa apa saja yang ada pada jasad ini BUKAN HAK MUTLAK Allah boleh mengmabilnya bila-bila masa.
Kuun Fayakuun
Semoga segera sembuh dan bertugas dengan jujur dan ikhlas.

Awanama berkata...

klu ada polis yg baca ni mintak tolong jadi polis yg baik..kami rasa nk termuntah bila dgr je nama polis..sbb polis selalu zalimi kami.

Awanama berkata...

Apapun keadaan nya skalipun marilah kita simpati nasib yg menimpa pada polis trsebut bersabarlah ini ujian allah pd kita...maafkanlah dia..dia hanya mjalankan tugas..tugas tu juga amanah allah.moga2 allah akan magampun dosa umat2nya...bagi saya saya amat bersimpati dgn apa yg berlaku...

Awanama berkata...

bersangka baiklah dalam setiap perkara moga apa yang disangka itu ada benarnya. walau siapa pun yang ditimpa malang hulurkanlah bantuan dan simpati.

Awanama berkata...

Islam itu syumul. kita Jgn ikut perangai org BN. PR semua tak betul. Jgn kita anggap semua polis sama. Ramai yg sokong PR secara senyap. Sama2 kita doakan dia cepat sembuh. Mudah2an PAS menang di K.Besut.

Awanama berkata...

kamon.. apasal perangai korg macam macai BN? kita org Islam broo.. at least simpati dan doakan polis tu laa.. innalillah..

lejas berkata...

harap2 dia bukan polis trafik yg sepak dan terajang peserta bersih masa himpunan bersih lalu.. kepada polis trafik yg sepak terajang peserta bersih.. sendiri mau ingat.. so pada polis2 sekelian jgn suka2 jer sepak terajang orang awam..aku bersangka baik kan!

Awanama berkata...

Terimalah kejadian ini sebagai ketentuan takdir tohan, tak perlu dibawa ke mahkamah kira habih gitu jelah sepertimana gesaan supaya PR akur keputusan PRU 13 yang lepas.

Jangan melawan arus dengan mengambil pendirian yang berlawanan dengan hasrat pemerintah