18 Jul 2013

Hadiah Untuk Rakyat: 1,079 Kamera AES Akan Dipasang Di Seluruh Negara


Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.

"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi.

Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013. -TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus....kerajaan yg bahulukn rakyat yg bijak..lau boleh pasang lg byk lg bgus...BN terbaik...bergembiralah anda semua dengan kesenangan kerana azab seksa yg pedih menantimu kelak..bulan sept 2012 sehingga jun 2013

bijak kancil berkata...

kepada yg taksub/syirik dengan HANYA
BN/SAYANGI BN yg mampu selamatkan DAN memberi segala nikmat pd rakyat negara ini...bukan ALLAH TAALA...INI
adalah HADIAH terHEBAT hingga anak cucu selepas memberi mandat lagi terus pada B ANGKAI N EGARA.begitu juga harga barangan terus naik mengila.jadi jangan MENYESAL DAN MASIH SALAHKAN PEMBANGKANG.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya perbanyakan cctv di tmpat yang potential ada jenayah....tangkap penjenayah demi kesejahteraan rakyat....kalau nak tangkap pemandu laju melepasi had laju jgn jual kereta..atau buat kereta yang tak boleh dipandu laju...buat pedal minyak yang kalau tekan smpai lantai pun tak melebihi had laju....bukan aes penyelesaiannya...manusia ni lagi ditegah lagi di buat...