8 Jul 2013

Isu Mesir: Kenyataan Najib Digemari Barat – Ahmad Kassim


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal mengambil pendirian tegas berhubung konflik rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agana (Bippa), Datuk Ahmad Kassim.

Sebaliknya, katanya, kenyataan Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hanya menangguk di air keruh dengan menjadikan konflik itu sebagai amaran kepada rakyat Malaysia.

“Isu di Mesir adalah kudeta tentera yang tidak bersikap demokratik. Jika ini kayu ukur perubahan bagi Najib, jelaslah beliau gagal bersikap sebagai seorang negarawan Islam yang tulen kerana menolak perubahan dari kediktatoran Hosni kepada keterbukaan Presiden Dr Mohamed Morsi.

“Kenyataan Najib ini memang digemari negara Barat yang menolak kepimpinan Morsi. Sewajarnya Najib meniru Turki, Tunisia dan Iran yang tegas menolak kudeta,” ujarnya kepada Suara Keadilan.

Najib baru-baru ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir kerana perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

“Akhirnya, rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita,” katanya dipetik.

Najib juga menegaskan peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan masalah dalaman negara itu, meskipun tidak menyokong sebarang usaha ketenteraan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pendirian pengecut Najib ini sekali lagi membuktikan beliau demokrat palsu seperti didakwa penulis makalah “A 21st-century checklist of the new autocrats”, Mark Mackinnon tahun lalu.

“Mungkin Najib pura-pura tidak tahu bahawa Dr Mohamed Morsi dipilih melalui sistem demokrasi yang telus dan memenangi 51 peratus undi.

“Puncanya ialah sikap tidak demokratik pembangkang Mesir yang gagal memberikan kerjasama dan angkatan tentera yang masih kuat menyokong Hosni Mubarak. Akhirnya kelompok inilah yang ambil kesempatan atas protes yang berlaku, ini yang Najib perlu faham,” katanya.

“Kenapa Najib perlu bersikap terpilih memberi pendapat dalam isu Mesir yang baru setahun diperintah Morsi?” soalnya. -KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PM kita tu agamanya melayu tuhan dia UMNO. Islam hanya ada pada namanya sahaja. Jadi kenyataan dia mengesahkan lagi dia bukan umat Islam. Siapa kata?? Rasullullah S.A.W yang katakan melalui hadisnya. Tak caya juga? refer ustaz yang bertauliah bukan ustaz UMNO.

GEBU berkata...

Najib tak payah GEMPAQ pada rakyat Malaysia yang jelas menerima ARAB SPRING sebagai idola kepada perubahan diMalysia.

Tanpa Nama berkata...

siapa tak kenal sinajib nie...tak der pendirian dan tader teluq...pandai dia isu utk rakyat malaysia.....ttp tak sedar yg peristiwa kudeta diperak dulu......rakyat malaysia buat 'black 505' sbb nak betulkan sistem pilihanraya yg mana kaki2 penipu bersarang di SPR...yg najib takut apasal.....siapa makan cili dia tersa pedas ler.....

Tanpa Nama berkata...

orang2 munafiq yg di kenali. Dajal2 yg membawa syurga dunia bagi manusia2 yg lemah iman. Hindari lah dari manusia2 macam ini mudahan selamat di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

saya cukup kesal dan menyampah bila melihat slot berita dunia di tv1 mlm smln. pengacaranya wanita seorg berketurunan cina seolah-olah mengejek presiden morsi ketika awal rancangan.