8 Jul 2013

Dakwat Kekal: SPR Jangan Banyak Alasan, Letak Jawatan Segera


Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.

“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara Keadilan Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut."

“Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal.

“SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.

“Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas” tergasnya. -KD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu istilah 2 mahluk ini samada dikatagorikan ekor atau masih boleh dipanggil org. 2 ekor mahluk ini taraf sama dgn binatang najis mughallazah yg takda perasaan malu, takda maruah, takda perasaan bersalah melakukan dosa besar menipu berjuta mahluk ciptaan ALLAH. Masih tanpa segan silu menampilkan muka yg comot terpalit najis dosa lebih kotor dari mangkuk jamban yg berselepit dgn taik....

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi SPR. We all menyampah lihat muka you yang gagal menunaikan janjimu itu. Please Resign jangan sampai rakyat paksa you resign.

Tanpa Nama berkata...

Pembekal yang membekal dakwat tidak kekal menjadi kaya raya la.

Tanpa Nama berkata...

korang ingat makhluk dua ekor tu senang2 nak resign selagi towkey besar dok bela baekk punya? kahkahkah toksah dok mimpi la weii..