12 Jul 2013

Aiiiikkk... Ada Acara Rogol Berganti-ganti Di Sukma 2013...

Tiga atlet Sukma didakwa rogol pegawai pengiring

Tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, Khamis lepas.

Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, masing-masing memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tiga hakim iaitu Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.

Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada jam 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu Adib Adha dan Mohammad Shaizzad perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mereka juga diperintahkan supaya tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Jian tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua tertuduh dengan alasan kes itu berprofil tinggi kerana dikhuatiri semua tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang terdiri daripada rakan tertuduh sendiri.

Beliau juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Abu Bakar.

Peguam Stephanie Wong, yang mewakili Adib Adha memohon jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan dikenakan terhadap anak guamnya iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan selain akan memastikan dia tidak mengganggu mangsa dan siasatan polis.

Peguam Datuk Suraj Singh, yang mewakili Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad, memohon supaya kedua-dua anak guamnya dibenarkan diikat jamin selain memberi jaminan mereka tidak akan mengganggu mangsa.

Suraj berkata Megat Farzeril yang membantu ibunya berniaga hanya berpendapatan RM800 sebulan dan dia perlu menanggung empat beradik manakala Mohammad Shaizzad masih menuntut di sebuah kolej tempatan.

Peguam pemerhati Ranjit Singh yang bertindak bagi pihak mangsa, memohon kepada mahkamah agar mengeluarkan perintah larangan kepada pihak media supaya tidak mendedahkan sebarang nama dan identiti mangsa.

Suraj yang menyokong permohonan Ranjit, berkata: "Media juga harus diberi amaran supaya tidak membuat penilaian dalam kes ini sehingga mahkamah membuat keputusan".

Mahkamah membenarkan permohonan itu.

Sebelum prosiding bermula, ketiga-tiga tertuduh kelihatan menangis sambil memeluk ahli keluarga masing-masing yang hadir di mahkamah.

- Bernama

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahaha, rogol perseorangan dan rogol bergilir acara sukma 2014 di Perlis. Perlis perlu mohon peruntukan tambahan untuk bina gelanggang baru untuk cara ini. akan bertambah meriah yeyeyeyeye

Tanpa Nama berkata...

Haha.. 3x100 rogol berganti2

Tanpa Nama berkata...

semua bakal lepas dari tuduhan dgn alasan masa depan masih cerah...

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat atlet boling rogol gadis bawah umur.... kebal dia dari undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

memula aku ingatkan atlet bukan Islam sebab ada acara minum arak dulu sebelum kejadian rogol.

Rupa-rupanya orang Islam.

Sedey dan geram

Tanpa Nama berkata...

hehehehe..3x5minit rogol berganti ganti..

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin BN BOrek, Pengikut BN Rintik. Jika Peminpin B buat jenayah tak dihukum, maka kejahatan BN diwarisi oleh rakyatnya. Bertepatan dengan hadis Nabi SAW. Bangsa Yahudi dahulu binasa kerana diklangan golongan pemimpin mencuri tidak dihukum (potong tangan) tapi dikalangan rakyat mencuri dihukum(potong tangan).

Binasa bukan semestinya tsunami atau gempa bumi , tapi binasa aklak dan moral dikalangan bangsa itu. Tengok sekarang dari penjenayah hingga kemangsa semuanya melayu setiap hari. bangsa lain(CINA, India, banglades, indo, filipina) ada terlibat tapi kadang kadang.

Dalam cerita Nujum pak belalang

Apa dia selalu,kadang-kadang, jarang jarang ?

Jawapanya

Penjenayah dan mangsa Jenayah

1. Selalu - Bangsa Melayu
2 Kadang kadang - Indon, banglades, myamar,filipina.
3. Jarang jarang - cina dan india.


Andre Irwan berkata...

Aku dok ingat budak cina yang merogol. Rupanya budak Melayu yang rogol. Apa implikasinya? Nak lepaskan mereka dengan alasan masa depan cerah seperti pemain boling negara?????? Dalam Islam, berzina pun dah salah, ini kan pulak memaksa orang lain "berzina".
Ini patut dirotan dan dipenjara. Sedarkah kita bahawa puak ni telah minum arak sebelum merogol?
Inilah generasi baru yang amat digemari puak BN.

Tanpa Nama berkata...

Dah tau family tu susah n banyak tanggungan, so buatlah benda baik yang boleh meringankan beban...ni tidak, lagi menambahkan beban dan malu adalah...

Tanpa Nama berkata...

Aiik...time rogol 4.00, 4.05, 4.10....Betul telahan Ustaz Azhar Idrus...game jenis ni bagi org Malaysia cuma 5 minit jer.

Saya ingin mendapat naklumat lanjutlah. Si pengiring tu semasa berpakaian menutup aurat yg sewajarnya mengikut syariaat Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W tak?.

Selain itu ada atau tidak majlis tazkirah selepas Solat Subuh bagi ahli sukan beragama Islam. Atau dari awal lagi telah diputuskan apa jua bentuk tazkirah/ingatan/pesanan agama diharamkan sebgaimana yg saya dengar berlaku disebuah negeri dalam bulan Ranadhan ini.

Tanpa Nama berkata...

Keseronokan yg singkat membawa merana diri seoanjang hayat

Tanpa Nama berkata...

Ada tak penganjur sukan di negara ini menekankan unsur-unsur keagamaan semasa pesta sukan sedang berlangsung contohnya seperti solat berjemaah untuk peserta-peserta yang beragama Islam? Jadi salah siapa sebenarnya? Yang perempuan pula tidak diarahkan untuk memakai pakaian yang bersopan.

Tanpa Nama berkata...

tak perlu salahkan perogol..mangsa pun jadi punca..kenapa join sama minum arak..tahu dah kan tu dosa..hurmm..

Tanpa Nama berkata...

padan la muke..islam sendiri dh kate arak tu la punca segala maksiat..ibu setan tu..pi gatal minum nape.mcm dh xde air lain.mmg x blh bg muke org2 cmni..atlet negara konon..ni la yg nak dibangga2kan sgt tu..