15 Jun 2013

Zahid Hamidi Perlu Dicutikan Sehingga 2 Kes Memalukan BN Selesai


MMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN iaitu Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta iaitu melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman web beliau sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Katanya, dalam video terbabit, beliau juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 “pekerja pilihan raya” sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi – bererti lebih daripada seorang “pekerja pilihan raya” diperlukan beliau untuk memenangi satu undi dan perkara ini boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mengikut surat terbuka itu Mat Zain menyebut:

“PDRM tidak akan mampu meyakinkan orang ramai bahawa ia bersikap adil dan berpegang pada undang-undang jika ia gagal mengheret Zahid ke mahkamah, terutama ketika bekas ketuanya sendiri (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) telah dituduh atas kesalahan yang sama.

“PDRM akan kehilangan asas moralnya memandangkan ia tidak mampu menjustifikasi kegagalannya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang, jika ia tidak mampu mengambil tindakan terhadap Menterinya sendiri yang telah dinilai sebagai seorang penjenayah oleh mahkamah.” -Roketkini.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau dia seorang yang bermaruah, beliau pasti mengambil cuti tanpa disuruh ..

Tanpa Nama berkata...

Muka-muka ni mana tau malu.Lebih dari 50 tahun,muka sudah tebal macam tembuk.

Tanpa Nama berkata...

yang tak tahu malu - umno, yang rasist mengaku juara perpaduan -umno, yang menipu mengaku jujur - umno, yang perangai cam lanun mengaku berakhlak - umno, yang menolak hukum islam mengaku pejuang islam - umno, yang tak berpelajaran mengaku pandai - umno, yang jahil mengaku warak - umno, yang gila kuasa mengaku berjuang untuk rakyat - umno, yang menyeleweng mengaku bersih - umno, yang laknat mengaku saleh pun umno, yang menghabiskan Tanah rezab melayu - umno jugak, yang memaksa putri umno jadi habuan seks - umno lagi. Ada sesiapa yang nak tambah - silakan

Tanpa Nama berkata...

Apabila orang-orang BANGSAWAN melakukan jenayah atau kesalahan mereka boleh bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang.Inilah realiti kehidupan di MALAYSIA.Maka kita tunggulah akan kehancuran kehidupan di bumi Malaysia seandainya perkara spt ini tidak ditangani sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

mana ada sejarah, umno memberi cuti kpd menteri nya..menambah projek adalah...Tetapi ingat Kebenaran tak pernah hilang tetapi yg selalu melayang ialah kebathilan., kerna dtg nya kebenaran, kebathilan tetap terhumban.

Tanpa Nama berkata...

I LIKE