17 Jun 2013

Tidak Perlu Kecewa, Letak Jawatan Secara Sukarela Atau Ke Penjara!


Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR tidak cukup dengan hanya beliau menyatakan kekecewaannya sahaja tetapi atas dasar tanggungjawab, beliau wajib meletakkan jawatan dan berundur secara terhormat.

Kegagalan tersebut bukan kecil, ia memberikan kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat kepada ketelusan perjalanan proses pilihanraya.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Abdul Aziz Yusof melahirkan kekecewaan ekoran pelaksanaan dakwat kekal yang gagal di dalam pilihanraya umum yang lepas.

Bahkan beliau menyifatkan bahawa itulah kekecewaan yang paling besar dalam hidupnya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya yang dipetik akhbar bahasa Melayu itu.

Kata Fadhli, dalam situasi Pakatan Rakyat meraih undi popular melebihi Barisan Nasional dan Barisan Nasional terus kekal memerintah, adalah sesuatu yang sangat mengaibkan jika perjalanan pilihanraya dipersoalkan ketelusannya.

"Kegagalannya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. Masyarakat tertanya-tanya, adakah benar kerajaan hari ini berkuasa atas mandat yang palsu?" soal beliau.

Justeru, katanya, tidak ada penyelesaian yang paling sesuai melainkan Pengerusi SPR dan para pegawainya wajib meletakkan jawatan, "suruhanjaya bebas perlu dibentuk menyiasat keraguan yang timbul dan pilihanraya semula wajib diadalan di kawasan-kawasan yang bermasalah."

Pelbagai laporan polis telah dibuat ekoran dakwat kekal yang tidak kekal digunakan oleh SPR dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

Calon PAS Arau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din antara yang paling awal membuat laporan polis. Beliau hadir sendiri ke Pajabat SPR Perlis di Kangar pada hari mengundi bagi melaporkan pengalaman peribadi beliau dan turut membuat laporan polis. -HD




Kemuka bukti dalam petisyen sebelum minta letak jawatan


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf meminta pembangkang mengemukakan bukti dalam petisyen berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu, jika mahu mendesak kepimpinan suruhanjaya meletakkan jawatan.

"Seluruh anggota SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan pihak berkenaan. Saya menerima banyak panggilan telefon untuk saya tidak tunduk dengan desakan itu.

"Apa salah kita? Seluruh dunia akan ketawa jika kita tunduk hanya sebab desakan itu.

"Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan," katanya dalam Sinar Harian dipetik.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan Black 505 yang mendesak supaya anggota SPR meletakkan jawatan dalam tembual eksklusif dengan akhbar itu yang disiarkan hari ini.

Pembangkang sebelum ini mendesak supaya anggota SPR meletakkan jawatan, mengadakan pemilihan baru terhadap 30 kawasan Parlimen dan merangka semula persempadanan semula selepas SPR yang baru dilantik.

Dalam temubual itu juga, Abdul Aziz berkata anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong serta jawatan seseorang anggota SPR akan terhenti apabila umur mencapai 66 tahun atau anggota itu meletakkan jawatan dengan rela hati.

Katanya, seseorang anggota SPR hanya boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang melalui suatu perintah oleh Yang diPertuan Agong jika anggota itu bankrap atau terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar atau menjadi mana-mana ahli Majlis Parlimen atau DUN.

"Selain itu, perlucutan jawatan itu juga boleh dibuat melalui satu tribunal mengikut cara yang sama untuk memecat Hakim Negara.

"Bagaimanapun, jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya lagi.
- MK


Ulasan GB

Pengerusi SPR berkata:

"Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan,"


Hello Tan Sri, jika dibuktikan nanti di dalam mahkamah bahawa SPR telah melakukan banyak kesilapan, pembohongan, salahlaku dan sebagainya, kamu bukan sahaja perlu meletakkan jawatan, malah perlu sangat didakwa semula dan kemudian dihukum penjara seperti yang berlaku di Thailand.

Baca di sini: SPR Letak Jawatan Tak Memadai, Kena Penjarakan Macam Di Thailand Ini!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua sandiwara aja bah..... Mau berhenti mau juga itu pencen bah.

Tanpa Nama berkata...

spr bukan hanya dikenakan penjara je tapi hukum gantung sampai mati. setidak2nya penjara seumur hidup barulah adil.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Beginilah cara yang perlu Pemuda tunjukkan. Bukan senyap selepas menang...atau seperti Naib Ketua Pemuda PAS Pusat yang tidak mahu memahami hakikat PRu 13. Masih mahu menongkah arus.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pengerusi spr di jatuhkan hukuman minum dakwat kekal seumur hidup...di buat di hadapan khalayak ramai atau siaran langsung...bila dia mintak air nk minum..kita bagi dakwat...amcm?

Andre Irwan berkata...

Sedarkah SPR bahawa kerana dakwat kekal ini saja sudah berlaku banyak kepincangan:
1. Dakwat kekal yang didakwa KEKAL rupa-rupanya tidak KEKAL. Pihak SPR pula menuduh rakyat BERBOHONG dalam dakwaan mereka (SU SPR. Depa kata rakyat sengaja membasuh dakwat kekal dengan pelbagai cecair. Yang depa lupa ialah kalau dah kata dakwat kekal, ini bermakna dakwat tu tak kan hilang walau basuh dengan apa sekali pun. Lihat saja pada ink PILOT, kalau terkena jari, tentu susah tanggal.
2. Dakwat kekal yang tidak kekal telah menggunakan dana kerajaan yang begitu sehingga mencecah berjuta ringgit. Dalam soal ini sudah berlaku penyelewengan iaitu membeli barangan yang tidak menepati piawai atau lain perkataan, RASUAH telah berlaku dalam hal ni. Jangan lupa ini duit rakyat. Entah-entah harga dakwat yang dibeli tu bukan harga sebenarnya tetapi harga yang telah di"TOP-UP".
3. Dakwat kekal yang tidak KEKAL ni telah menimbulkan keraguan di kalangan rakyat Malaysia. Perasaan tidak senang telah terbit dalam jiwa rakyat Malaysia dan difikirkan mungkin berlakunya penyelewengan yang serius. Apabila perasaan kurang senang ini terbit, maka berlakulah demonstrasi jalanan yang aman. Yang jadi masalahnya ialah pengerusi SPR pula menuduh bahawa rakyat Malaysia dipengaruhi oleh PAKATAN malahan dituduhnya PAKATAN berniat jahat sedangkan beliau yang memulakan semua kepincangan ini. Orang jahat menuduh orang yang tidak jahat sebagai jahat.
4. Dakwat kekal yang tidak KEKAL .... memang HARAMJADAH. Pasal apa? IANYA AMAT MENYUSAHKAN DAN TELAH MEMPERBODOHKAN MENTALITI RAKYAT.