7 Jun 2013

Selepas Tak Mengaku Dirinya "Papagomo", Beliau Kini Tak Mahu Berblog Lagi


Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Ulasan GB

Mula-mula "Muhammad Azri", bekas polis dan juga si penjenayah yang pernah menjadi banduan kerana rasuah itu tidak mengaku bahawa blog papagomo yang sarat dengan fitnah dan video lucah itu sebagai bukan miliknya. Kini mahu bersara dari menjadi seorang blogge.

' Dan yang pelik sempat pula menyatakan bahawa "Pakatan mesti dihancurkan".

Sekarang siapa yang hancur dulu? Pakatankah atau blog papagomokah?

GB sudah ulas dulu. Petikan:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!


Sekarang sudah hampir menjadi kenyataan. Papagomo sedang menuju kebinasaan dan kehancuran.....

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Papagomo sendiri tak mahu mempertahankan blognya. Mana dia orang -orang yang mengambil hujah merujuk dari blog tersebut? Sebahagian mereka sangat percaya dengan papagomo.
Masih percaya lagi dengan dakwaan papagomo sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Papagomo tak boleh dipercayai. Beliau akan membuka blog lain dengan nama yang berbeza... cari makan...

Tanpa Nama berkata...

aku sokong anol 10:15 AM,

dia akan membuka blog baru, kali ini portal dibeli drpd luar negara, log in pakai telnel ip converter. hahahaha


so lain kali lebih senang nak nafi blog tuh adalah dimilikinyer. senang jer, bahasa dan script artikel papagomo sgt unik, senang jer nak tau kalo dia dah muncul kembali.

Tanpa Nama berkata...

Sy stuju kata anon 10:15,kemungkinan tu ada dan akn lbh brhati2 spya identitinya tdk trdedah... tunggu dan lihat..

Tanpa Nama berkata...

nie taktik bro..umum sehari selepas sebutan tarikh perbicaraan..nampak sgt..dh lah declare bukan pemilik..tgk lah, dlm masa tdekat blog papagomo akan aktif semula dgn tuan 'baru', wan azri..dia ckp hanya baru take over dr ssorg yg x dikenali, so pemilik lama masa siar fitnah anuar bukan dia..

Tanpa Nama berkata...

Anjing kalau sekali makan bik , akan selalu makan bik juga di mana ada peluang.
Nama dan perangai pun macam Anjing bah.

Tanpa Nama berkata...

mari kita doakan papagomo dan pencacai maki hamun umnongok dapat hidayat Allah swt. jika masih lagi ingkar maka biar Allah yg beri balasan sama ada merana seumur hidup atau mampos mati katak.

Tanpa Nama berkata...

Nurislam:baling batu sembunyi tangan... sepandai pandai tupai melompat akhirnya papagomo ke tanah jua

Tanpa Nama berkata...

Bagila peluang dia jual manik Dan kupiah bln Ramadan ni...... nak bayar kos lawyer!

islam is forgiving berkata...

Pada pendapat saya, ppgm tu nak minta maaf dr DSAI tapi alu weh. Bagi lah can dia dekati DSAI utk minta maaf. Aku sokong kalau ppgm g minta maaf pd DSAi dan D Husam. Nyesal dan insaf lah.

Tanpa Nama berkata...

kenapa???takut ke??hehehe...