21 Jun 2013

Libasan Indah & Tajam TG NIk Aziz Terhadap Kenyataan Zainal Kling

Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

13 ulasan:

Awanama berkata...

Buat semua pencacai2 renung2kan dgn penuh ikhlas, sekadar satu sindiran tajam dari Tuan Guru yang amat kita kasihi, Sekalung Tahniah atas khidmat yang Tuan Guru telah curahkan dalam memimpin sebuah kerajaan selama lebih 20thn.

Dari Pemuda Gombak Utara

Waris berkata...

Perkara ni bagi orang yang berfikir menggunakan akal adalah amat mudah untuk difahami. Tak perlu ada diploma atau ijazah baru boleh fikir.

Bagi kami ia hanya sekadar bertujuan untuk memperbodohkan pungguk2 yang masih berfikir dengan kepala lutut.

Masalahnya sekarang ialah pungguk2 yang ada dalam kepimpinan pas yang rindukan bulan bintang.

Sebahagian mereka bukan calang2 pungguk. Ada yang memakai jubah ulama bersama2 dengan pengikut robot mereka.

Pantang dicuit pasal melayu Islam pasti menggelupur rindukan bulan bintang celup tersebut.

Andre Irwan berkata...

Satu lagi tulisan TGNA yang bernas. Secara umum, kebanyakan rakyat Malaysia tahu bahawa ramai Dr di Malaysia, terutama di kalangan bangsa Melayu Kita, sebenarnya hanya taraf DR sahaja. Bukannya Melayu tu tak pandai tapi sengaja membodohkan diri semata-mata sedikit habuan dunia. Yang paling malang sekali ialah depa tu menyebarkan fakta bertaraf kemunafikan agar rakyat Malaysia terutama orang Melayu dipesongkan "akidah" dan "minda pemikiran". Unsur logik atau penaakulan tiada langsung dengan fakta yang palsu. Sungguh jijik manusia sebegini di sisi Allah swt. Dah lah tak mampu menyatakan kebenaran tapi terus menyebarkan kepalsuan atau lain perkataan iaitu fitnah semata-mata. Dalam agama kita, Islam telah meningatkan kita bahawa manusia sebegini adalah manusia yang paling keji dan manusia yang suka memakan darah daging saudara sendiri.
Pengkhianatan bukan saja pada bangsa Melayu itu sendiri tetapi pada agama Islam kita yang serba sempurna ini. Manusia sebegini sesuai dengan ucapan Tok Jib iaitu HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH.
Tahniah TGNA. Teruskan perjuangan menentang kemunafikan dan kefasikan puak UMNO-BN yang dah pun jatuh ke tahap kekafirian. Ingat, Allah swt sentiasa bersama kita yang benar dan sentiasa memperjuangkan kebenaran.
Kadang-kadang terfikir juga aku akan bagamanakah manusia yang minda dan "badan"nya telah dirasuah itu mampu menyatakan kebenaran dan mencegah kebatilan?

Awanama berkata...

Inilah yang dikatakan Hidayah Allah. Kalau dah tak dapat hidayah daripada Allah, macamana seseorang itu hendak melihat sesuatu dengan mata hati, sedangkan hatinya penuh dilitupi dengan segala macam kepalsuan hidup dunia yang fana ini. Apalah sangat habuan kehidupan dunia yang sementara ini jika dibandingkan dengan ganjaran keredhaan di sisi ALLAH SWT di akhirat kelak yang tidak mampu untuk digambarkan mengguna akal fikir kita yang terlalu lemah dan kerdil ini. Fikir-fikirkanlah...

BaDiN berkata...

Libasan dari TGNA amat tepat bagi mereka yang berfikir menggunakan kepala atas.Bagi yg menggunakan kepala bawah pendapat Kling tepat untuk mereka.
Kenapa hanya PAS diajak bersama dengan Umno,Alangkah indahnya jika seruan Perpaduan,Penyatuan diseru untuk Umno bersama dengan PAS.Pas lengkap segalanya ,Islam menjadi dasar yang akan membawa bangsa bersamanya.Perjuangan ISLAM UNTUK SEMUA adalah landasan yang tepat yang harus didokong oleh semua bangsa bukan hanya Melayu shj.Slogan PAS FOR ALL & ISLAM FOR ALL amat merungsingkan pihak sekular bermazhab Umno.Masa depan PAS lebih cerah kerana meletakkan Akidah Perjuangan Bersumberkan AlQuran,AlHadis sebagai pedoman bagi setiap ahlinya.
PAS akan menjadi Pilihan Ramai ,Kesukaan Ramai dimasa depan seandainya setiap pendokongnya bersabar dan Istiqomah dilandasan yang digariskan oleh Pimpinan.
Biarkan Umno dengan bayang bayangnya.Umno wajib bersama PAS dan tidak sekali kali PAS bersama Umno.

Awanama berkata...

pas n omno tak sama. konon kalau keluar kenyataan dari orangorang yang berpangkat ramai la kan percaya alasan yang diberi untuk goncang keyakinan.selama ini omno perjuang Islam tak kan tak berjaya dekat 50 tahun berlalu.kalau bukan islam boleh hina islam depan pemimpin omno apa hal ni tak kan duk terisin aja

Prof. Serba Tahu berkata...

Prof Kangkung.

Awanama berkata...

Ini bukan baru ulama terdahulu sudah memperjuangkan islam tulin tapi omputih dgn segala tipu daya mengunakan melayu sebgai talibarut utk merosakan kekuatan islam melayu dan kesinabungannya minda omputih into terletak pada umno sebagai parti proksi

Awanama berkata...

Assalamualaikum,

Iklankan barangan yang ingin dijual atau perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

Awanama berkata...

zainal keling ni pernah cakap bhw tanah melayu tak pernah dijajah. tengoklah betapa si keling begitu dungu dan togong. yg setiap tahun menyambut hari kemerdekaan itu apa kejadah wahai zainal anak keling? kalau dah umno tu dari profesor sampai orang biasa semuanya tongong bahlol.

Awanama berkata...

Siapa yang sekat bantaun sekolah agama rakyat bukan kah UMNO, ini yang dikatakan meperjuangkan islam, tak ada seorang pun wakil rakyat dari umno yang berani bersuara menentangnya. Sudahlah rakyat dah celik tahu siapa UMNO dulu kini dan selama-lamanya menipu orang melayu.

Awanama berkata...

Lawak benar !

Terbukti kangkung ber baja najis khinzir hanya merosakan tanaman tersebut.

Ini akibatnya hidup ber asaskan Sekim Cepat Bahalol zaman 80an.

Awanama berkata...

Allahu akbar!