18 Jun 2013

Buang Sentimen Parti; JKKK Diminta Taat Titah Sultan


Kuala Terengganu - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diseluruh negeri Terengganu diseru mentaati titah ucapanSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menyambut baik titah Sultan Terengganu yang menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik sewaktu bertitah sempena perasmian penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13.

"Antara yang menarik dalam titah Tuanku Sultan adalah selepas pilihan raya dihapuskan sentimen fanatik politik masing-masing.

"Jadi kita minta Jawatankuasa Kemajuan kampung (JKK) supaya mudah tandatangan borang (permohonan bantuan) rakyat kerana selepas pilihan raya ini saya menerima banyak aduan rakyat yang JKK tak mahu tandatangan borang.


"Jadi perlu diselesaikan di peringkat akar umbi. Kalau akar umbi boleh selesai (pihak) atas mudah selesai," kata Ustaz Hadi kepada pihak media selepas di Wisma Darul Iman hari ini.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-3 (PRU13) Mei lalu, kerana telah wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.

Menurut ADUN Chukai YB Haji Hanafiah Mat, selepas pilihanraya umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.

"saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan, bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri (izin) untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, di tak ada kuasa,

"jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka,"ujarya ketika ditemui. -BO

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

,
,
,
Saya kadang terperanjat tangan kanan Mat Najib tak tahu apa tangan kiri bikin. Ibu kepada 2 anak yang bersekolah di tahfiz Padang Balang tak dapat bantuan RM 100/seorang yang gomen dok bagi kepada semua murid sekolah lain. Lepas itu ramai pula mufta /mentri terjerit jeritminta rapatkan talian antara melayu. Apa punya bangsat-mangsat mat mat mufta/mentri merapu sepanjang jalan. BEtulkanlah kecacatan dalam pentadbiran songsang ini sebelum berfatwa-matwa oii tok mufta , mentra-mentri gomen!!

Kera di utan disusukan anak sendiri kebuluran.Kesian pada Braheng Ali wira mat-mat melayu yang ampu ttak abis-abis gomen mat najib. Akhirnya tangan Braheng terdapat tahi ayam!Bayangkan [kera di utan] WAythamurthi dari musuh Islaa yang nyata [hindraf] disusukan dapat jadi t/mentri.
.
.
.
.
.
KRITIKAN ATAS PENGURUSAN PUSAT ZAKAT WP KL
-----------------------------------



Baru baru ini semasa menunggu giliran di

panggil di sebuah poliklinik kerajaan

saya sempat berbual dengan seorang ibu tunggal

[ panggil sajalah Puan A ] yang ceritakan betapa

sengsara hidupnya yang tidak berjaya mendapat bantuan dari

Baitulmal WP KL.


Puan A mempunyai 4 anak bersekolah dan sebagai

ibu tunggal pohon bantuan dari Baitulmal WP

untuk menyara persekolahan anaknya. Di Baitulmal WP

beliau telah diberitahu untuk dapatkan borang

bantuan dari sekolah anaknya di SMK Ibrahim Yaakob.

Malangnya apabila beliau minta borang bantuan di

Sekolah tersebut , guru yang bertugas memberitahu

borang sudah habis!


Komentar KKK
------------


Apa punya jawapan macam nih! Borang sudah habis...

Mungkin saya bolih terima jika ianya dibuat di Afrika

atau negara dunia ketiga lain. Tapi bila dibuat

olih guru di sekolah menengah di WP , saya ingat mereka

tak de standard langsung. Kalau malas sekalipun suruhlah

peminta borang uruskan fotostat di kedai fotostat di kawasan

sekolah.


Saya maemang tak pandang tinggi keupayaan mat mat yang kerja

di Pejabat Zakat atau Jabatan Agama dengan atitude malas dan

kurang inovatif mereka. Itu pasalnya bila ada cadangan dari satu

Mat Pemblog supaya pusat Zakat menguruskan tanah rezeb melayu,

saya fikir perkara itu adalah luar keupayaan mat mat opiser di

Pejabat zakat.



saya harap bekas- general- KAGAT- Jamil khir sebagai mentri agama dapat

tengok sikit hal ini dan kenalkan sop baru supaya minah-ibu-tunggal

boliih dapat bantuan dari dana 1bilion ringgiit yang terperok dalam bank

atas akaun pusat zakat.


Kata Akhir
----------


Mat-mat melayu yang ada harta nak wakaf harta , buatlah penyiasatan samada

pusat zakat bedekatan berkeupayaan untuk menguruskan pemberian tuan1

.


.


.


.


KKK






























Kera di utan

Fedora berkata...

Pgurusan zakat sabah muis pun sama shaja..sampai skrg sy mualaf tak dapat bantuan zakat..tak apalah sy tak mgamuk tapi sy tak halalkan dunia akhirat saja duit zakat yg sy tak terima tu, itu hak sy kan..kepada bakal mualaf yg bakal brurusan di jabatan muis, berhati2 juga dengan runner yg myediakan servis mbantu mualaf mgurus pernikahan (kursus kahwin, wali hakim)..terutama seorang runner perempuan d sana, sampai sekarg baki duit sy tak terima.. alahai sudahlah mualaf tak dapat bantuan zakat, duit lesap ditipu pula....nasihat sy urus sendiri, tak susah, banyakkn bertanya org, jangan guna khidmat runner yg cekik darah..dia nak uruskan saja kena bayar 2500...sedangkan jika kita sendiri yg urus, minta sendiri semua borang tu tak sampai pun mcm tu kos kita..sy ada no telefon runner tu tpi sy tak nak buka aib dia...hati2 saja la...biarlah Allah Swt yg balas semuanya...