22 Mei 2013

Zahid, Adakah Pampasan Kuasa BN Di Perak Tindakan Demokratik?


Merujuk kenyataan Zahid semalam, kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku.

Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil.

Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Badrul Hisham Shaharin/CheguBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

7 ulasan:

Awanama berkata...

ini lah akibatnya berkawan dgn samy vellu.

Awanama berkata...

saya hairan sampai ke hari, pelbagai buku telah disiarkah, terang lagi bersuluh, rakyat membuat bantahan, kalau sudah menteri didapati tidak jujur kenapa pihak raja-raja masih memperkenenkan perlantikan, dan kenapa pihak raja-raja mendiamkan diri. kenapa kegemilangan raja-raja tidak seperi yang dipertontonkan oleh cerita p.ramli. tolonglah seseorang buat penjelasan pada saya.

Amuraria berkata...

PENJELASAN SENANG JER, RAJA-RAJA DAH DI BUANG TARINGNYA OLEH PENGKHIANAT SANG MAMAK KUTTY KUTURUNAN SI KITUL & MANDALIAR ! TINGGAL RAJA GOPAL & RAJA SAMY JER YANG BERANI SIKIT ;(

Awanama berkata...

Assalammu'alaikum,
TAJUK:
"Zahid, Adakah Pampasan Kuasa BN Di Perak Tindakan Demokratik?"
Jawapannya senang bagi umno / bn apa yang haram, salah dan keji bagi orang lain dan di sisi agama ADALAH HALAL BUAT rumno / bn. Bagi umno CSL dan KSK hina Islam itu biasa
DAP bantu sekolah agama dan guru KAFA helah politik.
Inilah jawapannya..........
Tak payah sakit kepala berfikir mengenai orang yang ada otak tak ada 'akal seperti zahid ni..........

Awanama berkata...

anon 10.32 am,

Saya rasa sebab "soru" dan kedudukan. Saya sebenarnya pun selalu berfikir macam awak. Sampai saya pernah termimpikan 3 malam lepas agong sekarang bubarkan parlimen dan beliau perintahkan pilihanraya lagi sekali. Sukanya saya dalam mimpi tu. Saya bercakap dalam hati mungkin ini akibat tempias kerajaan kedah di perintah pas sekejap maka agong berani berjuang untuk rakyat. Sekali bila terjaga baru tersedar rupanya mimpi belaka. Nabi kita kan pernah bersabda "Jihad yang paling utama ialah berkata benar kepada penguasa yang zalim". Kenapa Nabi berkata begitu? Pada pendapat saya ialah kerana berkata benarlah perkara paling susah untuk dilakukan terutama zaman kita ni yang hidup banyak komitmen dan menanggung hutang. Kang cakap betul gaji kena potong, elaun kena tarik, diturun pangkat atau paling teruk dibuang negeri atau dipenjara. Lihat Adam, dia kurang komitmen, mungkin sebab itu dia berani di jail. Kita-kita ni? Saya ni masih berani bercakap di internet atau di tempat kerja sebab saya kerja swasta, hutang pun takde. Small baggage. Ha ha. Itulah sebab Nabi juga suruh kita hidup bersederhana supaya tak banyak komitmen di dunia. Pakai dan makan setakat ada. Tak payah nak bergaya. Bukan saya anti kemewahan tapi kemewahan banyak membuat kita lupa.

Awanama berkata...

Orang UMNO ni, salah atau betul bergantung kepada siapa yang buat. Kalau mereka sendiri yang buat, kita disuruh 'terima ajelah', kalau orang yang buat, itu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan...

Andre Irwan berkata...

Cuba perhati waktu dia bercakap. Tengok lidah dia bercabang atau tidak? Lidah macam biawak?