22 Mei 2013

Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM


Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

KUCHING: Bernama semalam melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahahahhaa.....yabedabeduuuuu!!!! Gaji aku naik 300%. Korang ada naik banyak ni tak???

Tanpa Nama berkata...

D'Jango@TheRed BURET said :

YANG KAYO TETAP KAYO...YANG MISKIN TETAP MISKIN...ayat biaso kawe dengor masa kawe kecik hingga sekarang....DULU, KINI DAN SELAMANYA selagi UMNONOK BANGSAT NEGARA pegangan negara malaysia...selagi tu la rakyat tetap miskin....TAPI SALAH KITA GAK...5 MEI 2013 DAH DIBERI PELUANG UTK TUKAR DAN UBAH...TAPI KITA DEGIL...LA NI TERIMA LAH APA YANG KITA AKAN DAPAT....NAK MELALAK PUN DAH TAK GUNA BOHHHHH....TERIMA KENYATAAN INI BAHAWA KITA TETAP MCM INI BOHHHHH.....HUHUHUHU

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO tetep sokong kenaikan gaji ini kerana dia telah berkerja kuat untuk memenangkan BN, itulah yang rakyat kena bayar.... Rupanaya negeri SARAWAK ni kaya, ngapa rakyat tak sedar ke? PM dan YB2 semenanjung bila lagi nak mintak naik gaji?

Tanpa Nama berkata...

Dah malas nk komen...masing masing nilailah sendiri.pemimpin yg ikhlas akn utamakn kepentingan rakyat dan ketepikn kepentingan diri.tengok bini baru pun jenis maintenance tingggi mcm kak mah..tak kalah.

Tanpa Nama berkata...

Orang ini sudah terlalu kaya .... tak ambil gaji pun tak apa.... ni naik gaji pulak... punyalah tamak.