5 Mei 2013

Detik Penentuan Bermula: Rakyat Keluar Mengundi Hari Ini -updated


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada 13,268,002 pengundi berdaftar yang layak mengundi, hanya 12,992,661 akan mengundi hari ini setelah 272,387 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal pada 30 April lepas.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara.

Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.

Pandan:

Ratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Pandan memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sejak jam 7.30 pagi lagi.

Lebih kurang jam 8.10 pagi, orang ramai mula dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hampir 1,000 pengundi sudah mula hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lembah Pantai:

Difahamkan pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai sudah tiba seawal 6.30 pagi lagi.

Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya manakala calon Bebas, Rusli Rusli di SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.

Subang Jaya:

Keadaan terkini di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, UEP Subang Jaya di bahagian Parlimen Kelana Jaya dan Dun Subang Jaya, kelihatan orang ramai sudah datang untuk mengundi seawal jam 7 pagi.

Tepat jam 8 pagi orang ramai sudah mula masuk ke tempat mengundi.

Kerusi Parlimen Kelana Jaya melibatkan pertandingan dua penjuru antara DAP dan BN.

Kota Bharu:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di Kota Bharu bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Beliau yang berusia 82 tahun itu semasa tiba di pekarangan sekolah kelihatan ceria.

Beliau yang memakai jubah serba puteh menunggu giliran dengan beratur bersama orang ramai yang lain sebelum menyempurnakan pembuangan undi.

Muar:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengundi kira-kira jam 8.20 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar. Selepas itu diikuti isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman lima minit kemudian.

Bangsar:

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Pandan:

Lapan saluran mengundi dibuka di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Menurut salah seorang pengundi, Mohd Nazim Kamari, 46, susun atur terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memudahkan proses pengundian berjalan.

"Lebih baik daripada PRU lalu. Cuma mungkin tulisan saluran itu mesti dibesarkan sedikit atau guna pelekat sebab ada yang masih tertanya-tanya saluran mana mereka hendak pergi," katanya.

Kota Bharu:

Hampir 1,000 pengundi bagi kerusi Dun Panchor, Kelantan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Panji sejak pusat berkenaan dibuka jam 8 pagi tadi.

Suasana di pusat tersebut tenang dan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku membabitkan penyokong Pas dan Barisan Nasional.

Sementara itu, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah tiba sekolah tersebut tepat jam 8.50 pagi bagi membuang undi.

Bangsar

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah selesai mengundi sebentar tadi.

Beliau yang tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Segamat:

Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.

Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 9 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.

Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 9.15 pagi sebelum bergerak meninjau pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.

Pulai:

Calon kerusi Parlimen Pulai dari Barisan Nasional, Datuk Nur Jazlan Mohamed hadir di pusat mengundi Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir kira-kira jam 8.45 pagi. Turut sama isterinya, Datin Rossanna Jaafar, 49, dan ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, 75.

Nur Jazlan mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

Machang:

Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan, Eriandi Datuk Ismail tiba awal di tempat mengundi bersama kedua ibu bapanya di Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang.

Eriandi, calon kerusi Dun Kemuning, membuang undi pada jam 8. 10 pagi diikuti ayahnya, yang juga bekas Adun Banggol Judah, Datuk Ismail Mamat dan ibunya, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed.

Kuala Kangsar:

Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengundi mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi sebelum kaunter semakan pengundi dibuka.

Indera Mahkota:

Calon kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman membuat laporan polis di balai polis Indera Mahkota kerana tidak puas hati dakwat kekal yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh.

Lima pengundi yang membuang undi di SK Sg Talqm tiba pada jam 9.30 pagi untuk membuat laporan termasuk isteri calon, Datin Khamisah Mohd. Mereka mendakwa dakwat yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh menggunakan sabun biasa dan menimbulkan kemarahan pengundi.

Kuala Krai:

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai. Beliau tiba bersama isteri, Suzana Husin di pusat mengundi jam 8 pagi. -SH


Calon N27 Merlimau Melaka, Yuhaizad Abdullah bersama isteri mengundi di Chinchin


Rakyat buat pilihan, barisan panjang pengundi


Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah - manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.

LAPORAN LANGSUNG 10.50 pagi: Kedah - Proses pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak pagi ini.

Calon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Di dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.


Satu lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.

10.30am: Pekan Nenas, Johor - calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat, Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak apa jika kertas itu tidak dicop.

Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.

Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.

Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas. 10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.

Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.

Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu

Katanya, walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan kecil pengundi.

"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.

10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.

Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).

9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.

Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar

. 9.45am: Pandan, Selangor - Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.

"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.

Rafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."

Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.

Katanya, isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pengundi.

Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.

Bagaimanapun, Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik ke Pandan.

9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.

Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.

Bagaimanapun, seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam kawasan rumah.

Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.

9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.

Seorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang dakwat itu atas rasa ingin tahu.

Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.

Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya beliau telah hilang.

"Saya tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya.

9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.

9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."

9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

Katanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.

9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.

9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.

Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.

8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.

8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan.

Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.

8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.

Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.

Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang.

Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.

8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

Kira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi.

Sub-Editor Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.

Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.

8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
-mk

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengat kata Bagla dah mula mngundi pagi ini di Kuala Lumpur ,Taiping, dan Bukit Merrajam Berapit. Ada sapa-sapa boleh sahkan cerita ini. Kena tangkap bagi masuk lokap niii...

Unknown berkata...

Apa yang diwar warkan oleh spr mengenai
dakwat kekal adalah suatu kebohongan yang teramat nyata.pada pagi tadi saya telah pergi mengundi dan jari telunjuk kiri saya dicalit dakwat tersebut dan selepas sejam saya basuh tangan saya menggunakan serbuk pencuci dan ternyata lenyap tanpa ada kesan sedikit pun yang melekat pada jari saya dan ini bagi saya adalah satu pembohongan yangamat merugikan duit pembayar cukai.jika begitu pada hemat saya itu merupakan pembaziran.saya mampu buat penanda kekal yang lebih tahan lama dengan kos yang murah

Hana berkata...

Huhuhu sy suda mgundi! Saya bangga suda jalankan tanggungjawab sy sbgai rakyat..kepada yg layak ttpi tidak turun mgundi kerana malas..shame on you! Rakyat tak guna huhu..undi rahsia tapi sya nak bagitau gak yg sy pangkah keadilan! Huhuhu tangkap la saya,

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Undi pun sudah , ini kali lah....

Tahniah Rakyat , Tahniah Pakatan Rakyat !!!

Tanpa Nama berkata...

Di Sabah lagi teruk pendatang filipino banyak keluar mengundi menjadi pengundi hantu paling besar di sabah.