3 Apr 2013

[VIDEO] Najib Gelabah Sampai Tersasul Sebut Bubar Parlimen Tahun 2012


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. -HD




Ulasan GB

1) Nampaknya Najib gelabah sampai tersasul atau guna skrip yang dah siap dari tahun lepas? Beliau umumkan parlimen di bubar hari ini 3 April 2012, bukan 2013.

2) Sekarang Najib baru sedar kerajaan-kerajaan negeri perlu mengadap sultan / Raja / Yang Dipertuan / Yang Dipertua negeri masing-masing untuk memohon perkenan pembubaran DUN masing-masing. DUN Negeri Sembilan dah terbubar sendiri sebelum MBnya mengadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. GB dah ulas sebelum ini. Sila rujuk lampiran.

3) Walau apa pun, GB yakin rakyat seluruh negara menyambut pembubaran parlimen dengan gembira, mengharapkan UMNO BN akan digantikan selepas ini dan Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat pula selepas pilihanraya yang akan datang ini.


SELINGAN



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUAT MUKA SEDIH,BUAT TERSASUL DASAR KAKI PENIPU BUAT APA NAK PERCAYA.YANG PENTING DIA NAK MENIPU PILIHAN RAYA.KOTAK DAH ISI TAK.KAKI TANGAN BOLEH DIUGUT TAK.YANG MANA PEGAWAI KOTE MACAM CENDAWAN CINA INI TERUK LE.PR SIAP LE LAMPU PAKAI BATERY.INI NAK LAWAN BAPAK SETAN KAKI PENIPU

rakyat dizalimi berkata...

seluruh rakyat MSIA semboyan dan juga
gendang perang pRAYA sudah berbunyi.
tingkatkn iltizam utk tegakkan kebenarn
dn keadilan.bersedia utk KUBURKAN puaka2 lembu2 dn B angkai N egara di bumi tercinta yg terus MEMBAHAM harta
negara,mengHINA rakyat yg bukan sama
ALIRAN dgn mereka dgn akta BODOH dan
KUKU BESI.INGATLAH mana-mana parti yg
dpt mandat dr rakyat perlu AMANAH dn bertggjawab...undi RKYAT boleh diri dn tumbangkan kjaan.Hanya KJAAN ALLAH yg kekal selama2nya

pejuang rakyat berkata...

pd malam ini NA jib raZAK NAZAK akan
mbentangkn manifesto B angkai N egara
ditv 3/4 hampir sejam.pihak lain bag1 10minit berbanding mereka monopoli segalanya.harta krjaan jd harta PARTI LEMBU DN PUAKA2
.inilah otak2 dlm BUNTOT
lembu bercakap gegak gempita dunia tp JADI MENIKUS
berdepan rAkyat DN hilang KEMALUAN.BAGI kami 5tahun lg supaya dpt terus lagi SAPUU 1MALAYSIA
MEMBAHAM KHAZANAH NEGARA,seleweng kuasa,bodohlembukan rakyat dn lebih pnting pencapaian KRONI2 diutamakn.ni
lah antara jihad kita menolak pmimpin
yg zalim/fitnah pecah amanah/rasuah/galakkm maksiat arak judi hiburan melampau program ilmu dimasjid terus disekat menolak politik dlm islam

Tanpa Nama berkata...

ramai laa pemimpin UMNO & BN yang akan Mati sakit jantung !Huhuu

Dah ada skrip depan mata pun, ALLAH s.w.t nak bagi dia buat salah..salah jua..

Hang nii manusia ajo wahai Najib !
Hatta hang nak berkedip kelopak mata pun assebab ALLAH izinkan...

ALLAH berkuasa..Makhluk tak berkuasa !

InsyaAllah bunga bunga & BUAH sudah nampak nak tawan Putra Jaya !

Sekarang ini target kita bukannya STATE tetapi NEGARA !!amin...


hamba_malam berkata...

Assalamualaikum Akhi GB,

Semboyan telah dibunyikan oleh pihak lawan. Ayuh bangkit semua wahai pencinta Keabenaran. Akhi GB, harap di buka semula Online Radio GB. Pada rakan2 yang lain, ayuh bangkit kita rapatkan saf dan istiqamah dalam perjuangan..!!!

Tanpa Nama berkata...

Tentera akan guna peluru untuk berjihad mempertahankan negara dari diceroboh oleh musuh dari negara Kristian Philipines yang menceroboh Sabah dengan bantuan kerajaan Malaysia bercap dacing secara tidak langsung. Sekarang tibalah masanya kita untuk berjihad menggunakan kertas undi, halau pengganas yang berlambang dacing out dari Putrajaya kerana dia secara tidak langung mengkhianat negara dengan beri IC wargenegara kepada pengganas. Jangan biarkan seinci pun tanah orang Islam diambil sesuka hati oleh orang luar akibat kebodohan pemerintah kerajaan Malaysia sekarang. Bertindaklah sekarang. Said NO to UMNO. Selamatkan tanah orang Islam dari diceroboh.

Tanpa Nama berkata...

yea yea...dah bubar...inilah masanya kuasa rakyat digunakan...kuasa di tangan kita..gunakanlah demi menegakkan sebuah kerajaan baru yg adil dan telus..yg benar2 membantu rakyat..usah terpengaruh dengan propaganda dr umngok..undi PR..hidup rakyat sejahtera... ini kali lah..ABU,ABCD...

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah BN tumbang PRU13

Tanpa Nama berkata...

AKU PASTIKAN KEMENANGAN DI TANGAN PR PADA PRU13. TUNGGU