9 Apr 2013

[VIDEO] PAS Umumkan Calon: Salehuddin Di Pulai Husam Di Putrajaya


PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.


"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.-HD



Pas: Husam sah di Putrajaya, Salahuddin Pulai


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.
-SH



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Moga moga umat Islam Putrajaya yang rajin ke masjid dan surau juga mendapat Hidayah untuk mengundi kebenaran yang di tuntut oleh ALLAH SWT , dan bukan lah calon yang menongkat langit bagai cucu Maha Firaoun abad ke 21.

Ketahuilah , sesungguhnya Jodoh Rezeki Hidup dan Mati hanya lah di tangan ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

Saya di putrajaya, macam-macam berlaku di sana, mereka terlalau phobia jika di sebut PAS danIslam. Sahabat saya yang staip dua minggu datang kerumah makan minum dan sering jemput saya terutama hari raya... Sejak 2008 dan mengtahui saya menyokong PAS PR..... Kami tak bersua lagi..... Sms tak jawab... Email tak jawab.....
Begitulah di PJ ni, untuk majlis ilmu kena ke Bangi, Kajang dan yang berdekatan.

Semoga ini kalilah mereka berubah untuk mengubah

Tanpa Nama berkata...

Husam Musa wajib dipilih, tidak kira siapa lawannya. Calon ini terbukti boleh diharap kerana membawa isu-isu menarik di parlimen smasa dia jadi ahli Parlimen dahulu. Seorang pemimpin (ADUN) yang terbukti di peringkat negeri.

Tanpa Nama berkata...

from : D'Jango@TheRedBURET

TERHARU KAWE DGN BARISAN CALON-CALON PR...TERHARU SEBAB GEMBIRA BOHHH....GANDINGAN YANG MANTOP MANTOP TU BOHHH...CONFIRM KE LUBUK GENG BN TU BOHHHHHHH.....SAMPAI KE LUBUK BOHHHHHH....AYAT DATO' MUSTAFA MAAROF DALAM FILEM "MATINYA SEORANG PATRIOT"....SAMPAI KE PM KADIRRRRRR.....HAHAHAHA....SIAN GENG BN NI....AKHIRNYA AKAN JEJAK KE TANAH JUA GENG BN NI BOHHHHH....DAH LAMO SANGAT DOK DI AWANG AWANGAN BOHHHHH....RASA JADIK RAKYAT BIASO PULOK PAS NI BOHHHH.....TAKBIRRRRR

Tanpa Nama berkata...

Berdoalah semoga ALLAH merestui perjuangan yang benar. AllahuAKBAR.