16 Apr 2013

Dr. Juanda Jaya: "Ini Berita Syaitan"


Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.

Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.

"Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan," kata beliau mengulas laporan sebuah laman web petang tadi.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali ini.


Dr Juanda Bertanding Di Kangar Atas Tiket PKR


KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.
-mstar

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohon pengesahan siapa yang membuat fitnah.

A - Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman TELAH membuat kenyataan di mana-mana majlis.

B - mstar membuat cetita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tuan mufti, kesahihan berita tak penting, yg penting marilah kita bersama tegakkan keadilan dan berjuang demi islam dan kesaksamaan spt apa yg di tuntut, tak payah lah kita jual mahal, moh bersama PR. ini kali lah.....

orangpencen berkata...

tu dia, baru kena berita mcm tu kat diri sendiri dah dipanggil syaitan. yang selama ni puak umno dok buat fitnah sex kenapa diam seribu bahasa.....

Tanpa Nama berkata...

orang pencen,

dr juanda ni ok, terbaik dlm semua mufti, dia ok apa.. vokal jugak tu tak macam mufti yg lain yg jaga periuk nasi. saya tak setuju org kutuk dr juanda sebab dlm kenyataan2nya sebelum ini, nampak ketara dia cenderung menyokong perjuangan islam.

hal calon parlimen kangar, ini saya dpt dr sumber saya, kemarin saifudin nasution telah turun ke kangar mewakili pkr pusat dan telah berbincang dgn uztaz hashim jassin, keputusannya kangar diserah kpd pas dgn calonnya. ini bukan bermakna pas tak nak dr juanda tapi ada rundinganlah antara pas dan pkr, adik beradik dlm pakatan, takkanlah tak boleh berunding dan bertolak ansur, musuh memang suka nak huru hara kan pakatan.



Tanpa Nama berkata...

Tahniah !!!!!!

Syaitan itu tetap Syaitan musuh yang nyata bagi umat Islam.... Melainkan puak puak DUMBNO yang berTuhankan Syaitan Yang Di Rejam.

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar PKR nak letakkan Dr Juanda sbg calon PKR tapi pihak PAS Perlis nak juga letak calon mereka di Kangar. Betul ke? kalau benar cerita ni, kita kehilangan calon berwibawa spt Dr Juanda. Sungguh mendukacitakan dan menghampakan penyokong bawahan spt kami. Kenapa ia boleh berlaku?

Tanpa Nama berkata...

pas memang nak dr juanda jugak jadi calon, dah lama offer tapi dr juanda sendiri tak respond, jadi pas terpaksa mencari calon lain, dr juanda last minute baru nak make a move, tak boleh lah, jentera parti kena buat persediaan awal, ada banyak kerja nak buat, lagipun calon yg telah dipilih takkan nak humban ja last minute, bukan senang2 main tangkap ja calon.

wahai ahli dan penyokong, kita redha-lah dgn ketentuan Allah, akur pd pemimpin yg lebih arif dlm soal masuk gelanggang ni, ada hikmah di sebalik semua tu, next pru tentu dr juanda akan dipilih jika semuanya sesuai, semua org dlm jemaah islam mengakui ketokohan dan ilmu dr juanda.

tapi selagi tak sampai hari penamaan calon, mana tau keputusan boleh berubah, yg penting kita bersatu hati utk mengkalahkan musuh yg zalim.

Tanpa Nama berkata...

aku ketinggalan keteapi, dr juanda ni sah join PAS /PKR ke?

Tanpa Nama berkata...

Ini strategi untuk prak prandakan PR Perlis. Anynomous dalam ni adalah org yg sama.