16 Apr 2013

Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN


Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI

Ulasan GB

Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti.

UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya.

Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya.

Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam.

Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini.

Mengenai Rais Yatim, dikhabarkan kerana kehadirannya menyusahkan Najib dan menteri kabinet lain di dalam hubungan bilateral dengan Indonesia. Setakat mana kebenaran maklumat itu belum dapat dipastikan. Rais kena tanya sendiri dengan Najib.

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buang aja ketayap busuk tu dalam longkang dgn tuan2nya sekali!!!!

Tanpa Nama berkata...

tanding sebagai calon bebas aje ibrahim, tak patut najib buat hang macam tu, aku fikir hang lagi power drp zulkifli nordin, last2 zulkifli yg terepilih. memang dasar melayu umno tak mengenang budi. Hidup Ibrahim Ali!

Tanpa Nama berkata...

Mcm mem-batu api je bro..

Tanpa Nama berkata...

Lompat je lah lagi...bukan tak biasa..lompat...lompat

Tanpa Nama berkata...

Ini pandangan ke soalan? nyuh! nyuh!!

Tanpa Nama berkata...

najib ketepikan Ibrahim Ali? Madey da ckp dia ni penyelamat negara!! maksudnya penyelamat BN. kenapa x dicalonkan? atau mungkin Najib and the gang dah sedar skrg maksud sebenar sarcasm. hihi

seksyen 7 berkata...

zu bertanding di shah alam??

hahaha zul katak, selamat datang ke shah alam :)

Unknown berkata...

bukan tak nak lompat bro, dah tak ada kederat nak lompat lagi, penat bro... susah-susah pi jer jumpa Tuan Guru, tebalkan muka dan tengok apa Tuan Guru kata apa......

Tanpa Nama berkata...

lompat sikatak lompat,
lompat hari nak guruh,
lompat brahim lompat,
lompat tunjuk bodoh.

Tanpa Nama berkata...

katak oh katak kenapa engkau lompat..... macam mana tak lompat memang.. katak lompat....kah..kah

Tanpa Nama berkata...

Habislah melayu, tiada lagi totok melayu dalam parlimen. Habislah DAP jadi PMlah.

Ibrahim Ali ada dalam Parlimen menyakit hati je, bukan dia perjuang Melayu pun, dia perjuang UMNO.... Melayu tahap Klu Klux Klan... merendahkan martabat Melayu dan Islam di mata orang Melayu dan bukan Islam. Orang-orang dialah yang baling selipar masuk dalam masjid di Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah jadi pengkhianat PAS.
Jangan jadi pengkhianat UMNO pula.
Kuburkan Ibrahim Katak.
Ini kalilah...

uncle muda berkata...

ALAAA.... TIDAK MASUK PULAK GELANGGANG MAMAT INI.....PILU LAH PLAK RASANYA..
HUHUHUHUHUUUUU
WAKAKAKAKA.....TAK HOT LAH BRO..
BIASAKLA BE END MMG TAK KENANG BUDI,
YG ADA GADAI BODY PUTERI...
EH??? MANA CALUN PUTRI... tak cun la bro.

Tanpa Nama berkata...

hahaha...lompat pak berahim....

Tanpa Nama berkata...

mainkan klip Zulkifli nordin hina Hindu dan Keling

Tanpa Nama berkata...

Yang bestnya katak sekok lagi gobala terlepas kat batu kawan... Nampak sangat umno ngok bn dah takdak calon dan tau bn bakal berkubur kat penang... N37 mansor musa bn akan berdepan ngan yb malek kassim.... Mansor sudah divekalkan ngan penambahan undi pos sebanyak 10 ribu undi... Tapi apapon blh terjadi...

Tanpa Nama berkata...

ibrahim ali lompat keluar tak masuk BN pun cuma menyokong so BN tak terikat untuk menerima/ mencalonkan beliau.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Bijan Bijan di karongan bangsal !!!!!

Ada kah sama mamat mamat yang bahalol dan benggap sebagai kepimpinan moden , dengan orang orang yang matang professional dan cendiakawan sebagai peneraju kepimpinan negara ?

Mereka mereka adalah tidak lain seperti Gagak kelaparan Bangkai Najis.

Tanpa Nama berkata...

Biar zul nordin 9/10 MATI KATAK di shah alam....
Ibrahim"katak"ali boleh test powernya melompat atas tiket bebas cap "katak" kali ni

Tanpa Nama berkata...

Bila zulkifli nordin diumum najib, rakyat tahu siapa penaja PERKASA

Tanpa Nama berkata...

UMNO Shah Alam senyap je ke?

Unknown berkata...

Hidup breheng supaya sempat merasa balasan Allah di atas pengkhianatannya terhadap tok guruku TGNA...

harib berkata...

Hidup brahim...

Tanpa Nama berkata...

Kesian si katak tu....itulah balasan manusia penghianat

Tanpa Nama berkata...

Mengamuk bila tidak dapat..." Ini bukan budaya Melayu."

Apa ni?

Tanpa Nama berkata...

dasar munafik mmg camtu..

Tanpa Nama berkata...

Katak2 boleh pilih kerusi GelengPatah, PutraJaya atau PermatangPauh.. Lawan lima ke enam penjuru

Tanpa Nama berkata...

Tak ada ke nak ulas fasal Hasan Jati. Di mana dia sekarang ni. Dia tak dicalon oleh UMNO ke? Kasihan juga tu.

Tanpa Nama berkata...

aku tak kesian dgn pak berahim sbb tau perangai dia lagu mana tp kesian dgn tok nik.Udah udah le tok nik,mu dah tua dah tak larat dah.molek mu dok umoh berehat bersama keluarga dan lepaskan semua jawatanmu dlm PAS dan bagi peluang pade owg mudo spt husam musa tu aah.kita bagi pulak kpd ulama mudo terajui PAS.Aku rasa tok husam lebih layak kerana pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat dan memahami jiwa raga owg muda...

Tanpa Nama berkata...

Kesian pulak tok ali tk dicalonkan....klau mcmtu ajk semua calon yg hampa dan kecewa..betanding sesama....kita tgok lg best...baru tau sape kuat....tok ali lwn kat pekan,asan lwan kat sh alam,t kiat lwn kat pemtg pauh,su kon lwn kat bkt katil,kunci solex lwn kat puduraya.....baru rentap

Tanpa Nama berkata...

takde la perkasa sangat pak him oiii.....

Tanpa Nama berkata...

sian pak brahim. dulu kata xdpt naik umah dpt duk kt tangga umah pas pun takpa. la ni duk terhegeh2 nak masok umah umno plak, tp depa xlayan. nasib hang la pak brahim. hang mmg ada prinsip, tp prinsip hang duk lompat sana sini cam katak.