30 Apr 2013

Dakwat Kekal Pembohong, Hilang Dengan Basuhan Air Sabun (?)


PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.
-fb paspusat

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiada pilihan lain melainkan bekerja keras dan memohon kepada Allah agar digagalkan segala rancangan jahat mereka. Tiada siapa yang akan membantu kita melainkan Allah.

Hati saya pilu mengenangkan sahabat, adik-beradik, kaum keluarga dan petugas-petugas lain yang bertungkus lumus di medan piihanraya, berjuang dan menghadapi ancaman saban hari.

Saya memohon rakan-rakan pembaca blog ini, menjelang beberapa hari ini sehingga pilihanraya, banyakkan munajat kepada Allah, tabahkan hati dan teruskan usaha.

Ya Allah, kami tiada daya dan kekuatan melainkan kepada-Mu kami berserah. Kami memohon ampun dari-Mu atas kesalahan kami yang lalu. Kami memohon ampun atas kesilapan kami memilih pimpinan negara yang fasiq dahulu, ampunkan kami.

Ya Allah, sesungguhnya tiada kekuatan melainkan kekuatan-Mu. Tiada daya melainkan dengan izin-Mu. Dengan kudrat yang Engkau kurniakan kepada kami, sahabat-sahabat kami, pejuang-pejuang kami, pemimpin-pemimpin kami, kami berusaha sedaya usaha kami dengan keringat dan air mata untuk menegakkan suruhan-Mu.

Ya Allah, janganlah Engkau sia-siakan usaha kami. Jangan biarkan kami dan rakyat negara kami dizalimi lagi. Ya Allah, Engkau berikan kami kekuatan untuk terus berjuang dan kurniakanlah kami kemenangan.

Ya Allah, gagalkanlah rancangan jahat mereka yang zalim. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang, yang Maha Pengasih.

Amin.

Tanpa Nama berkata...

pabila ramai ahli unmo paling tadah dan juga kakitangan awam bukan Polis dan tentera . checkmate.

Abu Syaukah berkata...

Amin...

Tanpa Nama berkata...

Aiseymen, ingatkan beli kapal selam tak boleh tenggelam... rupanya beli dakwat kekal pun nak kena tipu juga. Mongolia manalah pula terima komisyen ni.

Terus terang aku meragui keputusan PRU13 jika ia memihak kepada BN. Tiada guna BN menang jika wujud keraguan di dalam proses pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

kalau macamini penat berkempen tapi penuh dengan penipuan cilaka punya umjenoh makan jenoh dalang utama spr

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=LH_ocALGFnk

Hana berkata...

Saya bserah shja, sy akan pcaya pada qada dan qadar..insyallah akan balik kg dan turun megundi pada 5hb Mei, kalu PR kalah saya juga akan bsara spt DSAI huhu lepas ni sy dah tak peduli dah kalu BN menang sy akan ikut je telunjuk mereka, sy pcaya skiranya BN menang mungkin mereka sememangnya akan sengaja disesatkan dengan nikmat di dunia ni, takpa la sudara kalu BN menang, jangan lupa di akhirat mereka tidak akan tlepas dengan dosa2 yg smakin btambah.

Tanpa Nama berkata...

Setelah membaca penipuan oleh SPR berkaitan penggunaan dakwat kekal, saya ingin membuat pengistharan bahawa

selepas 6/5/2013 Malaysia masih di tadbir oleh BN dan
Jika PTPTN masih dikekalkan, dan
Saman AES dikuatkuasakan, dan
Isteri PM masih berbelanja sakan tanpa memikirkan penderitaan rakyat,
Harga Minyak masih kekal atau Melambung, dan ….dan…dan…
Maka…,

Saya ingin mengistiharkan bahawa di hari Akhirat kelak, saya akan dakwa setiap dari anda yang mengundi BN hingga mereka dapat mendirikan kerajaan yang korup.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan pihak tertentu ni SPR penipu tak boleh pecya lagi,memang suka menipu.kalau mcm ni aku bawak marker pen kekal.kena ajar SPR ni

Unknown berkata...

Pihak SPR kena beri penjelasan mengapa ini boleh berlaku...sebelum semua pengundi hilang kepercayaan thdp SPR...

Tanpa Nama berkata...

Sekim Penipu Rakyar sudah berjaya sejak azali lagi , mana mungkin mereka nak kena buang kerja kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan.

Mereka ini malas dapat gaji buta , pengutip Tol pun boleh buat kerja mereka dengan gaji lebih murah.

Mereka hanya menipu diri mereka , neraka jahannam lah tempat kembali mereka. Ketahui lah.....

Tanpa Nama berkata...

MINTAK SIASAT, DI KEMAMAN TERENGGSNU...PERTUGAS SPR YANG MENGUNDI AWAL PADA 30HB.APRIL...JARI TIDAK DICALIT DAKWAT PUN... SAYA BERTANYA MENGAPA TAK DICALIT, DIA KATA PETUGAS SPR IKUT ARAHAN BOS JE.... MINTAK TOLONG GB AMBIL SERIUS DAN KEPADA YANG BERKENAAN TOLONG PANTAU PERKARA INI.... SAYA BAWAH KERAJAAN UMNO DAH JEMU DENGAN KEMASUKKAN RAKYAT ASING, CHOW KIT KUALA LUMPUR MACAM DUDUK KAT INDONESIA RASANYA

shidine didine rahman berkata...

Saudara ku Semua...penipuan berlaku bukan dlm masa pelaksanaan pru sahaja...penipuan berlaku sepanjang masa dlm Semua aktiviti Di mana2 shj...penipuan bagi mereka penting demi survival...

Tanpa Nama berkata...

Patotlah Nabi Muhammad mengingatkan umatnya tentang bahaya Dajjal, katanya sebelum keluar Dajjal sebenar, dia akan didahului oleh hampir 30 dajjal kecil.
Di antara dajjal kecil ini pada hemat saya ialah George W. Bush yang becakap BOHONG untok mencari senjata merbahaya di bomi Iraq KONON, mana ada? tapi negeri umat Islam punah ranah dibuatnya.
Kalau di tempat kita UMNO lah Dajjalnya kerana di dahinya tertulis KAF FA RO jika dibaca bersama kalimat "Jika ada mana mana peruntukan yang bercanggah dengan perlembagaan p1234567890 maka ianya terbatal dengan sendiri". Habis segala firman tuhan disapu bersih sehingga orang buta hurufpon tahu ini.
Sungguh hebat Nabi Muhammad sesungguhnya aku kasih kepadamu.
Walaupun lidah UMNO ni JELERA dengan BOHONG, tetapi rakyat percaya juga, pembohongannya diluluskan dengan wang, dengan barua dan talibarot, You Setad(I ikut). Inilah DAJAL yang merosakkan keturunan manusia. Jauhilah mereka ini.