19 Apr 2013

BN Tiru PR Lagi: Nak Beri Air Percuma Di Selangor


Manifesto Air Percuma : BN Selangor Telan Ego Sendiri

BN Selangor disifatkan terpaksa menelan ego dan keangkuhan sendiri apabila berhasrat meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya menawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Calon PAS Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tawaran manifesto BN ini jelas bercanggah dengan pendirian parti itu yang sebelum ini lantang mengkritik pemberian air percuma boleh memufliskan negeri.

Tegasnya, tawaran itu juga menunjukkan bahawa BN sekali lagi cuba menciplak apa jua manifesto Pakatan Rakyat (PR) baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri Selangor khususnya.

“Kalau dakwaan mereka bahawa negara akan muflis kerana manifesto PR, maka apakah dengan mereka meniru manifesto kami di peringkat Persekutuan dan Negeri itu akan turut membankrapkan negara dan negeri? “Sedangkan semasa di awal pemerintahan PR dahulu, mereka membuat pelbagai kecaman dan kritikan antaranya termasuklah pemberian air percuma yang hanya merugikan Kerajaan Negeri.

Kalau begitu kecamannya, mengapa BN masih meniru program dan polisi PR Selangor,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Terdahulu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan pada 3 Jun 2011 menegaskan untuk tidak mengusulkan kepada Kerajaan Pusat berhubung pemberian 1000 liter air percuma kepada rakyat kerana mendakwa tidak mendatangkan faedah.

Bagaimanapun, BN Selangor menerusi manifesto PRU-13 bercadang meneruskan program pemberian air pecuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya merampas Selangor daripada PR.

Tambahnya, jika Kerajaan BN benar-benar ingin membantu rakyat, maka seharusnya tawaran air percuma itu diperluaskan ke setiap pelusuk negara ini.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak yakin usaha itu dapat dilakukan berikutan amalan monopoli dan kronisme masih diamalkan pentadbiran Umno-BN.

“Mereka boleh janji untuk memberikan air percuma, tetapi pengurusan air itu akan tetap diberikan kepada syarikat konsesi iaitu kroni mereka sendiri.

“Sepatutnya mereka boleh berikan air percuma kepada rakyat sejak dulu lagi, tetapi mereka tidak mahu kerana ia tidak mendatangkan untung kepada kroni,” tegasnya.

9 ulasan:

Awanama berkata...

Tahniah Pakatan Rakyat !!!!

Gaya tiru meniru dan tipu menipu ini adalah gaya tabiat pemikiran budak budak kampong yang malas tahap bahalol , mungkin cerdik sedikit daripada Lembu dan Kerbau.

Kechik kechik sudah biasa jaga Lembu dan Kerbau di kampong dan pekan , bila sudah besar sampai masok Bandaraya saja tabiat lama akan di bawa ke dalam hidupan bandaraya mereka juga.

Biasa lah buat last minit macam budak benggap , apa pun kalau budak budak sudah tua bangka macam ini tak elok juga kalau kerja di Pengutip Toll....

Sedih tapi Benar , muka mereka macam biasa aje macam budak lepak merempit di kampong kampong nun.

Apa apa pun , Tahniah Rakyat !!!!

Awanama berkata...

Bimbang janji macam nak bagi akses internet 30 minit percuma selama sebulan... kemudian dibaikpulih dengan 30 minit sehari oleh TV3... sekarang tak pasti berapa... yang pasti nak bantu kroni memaksa rakyat mendaftar internet. Aku rasa Najib bengkek dengan Rais pasal benda nilah... nampak sangat Rais memperbodohkan Najib yang sedia ada bodoh di khalayak ramai seantero negara.

PR beri 20m3, UMNO/BN janji berapa? 1m3? Itu tak kira tunggakkan 5 tahun kepada pelanggan yang sudah lama tidak kenal bil air syabas.

Awanama berkata...

cakap tak serupa bikin, jelas ketidak ada pendirian BN. hari ini kritik dan esok tiru..

Awanama berkata...

Bagi la air free ke negeri-negeri diperentah BN. Pahang kan banyak air, sampai nak salurkan ke Selangor.

Inikalilah.

Awanama berkata...

Auta Najib, nak umpan rakyat Selangor. Kalau BN perintah, semuanya swasta pd kroni. Kroni hanya fikir nak untung banyak. Di Pahang ada tempat yg tak ada paip air. Angkut air dari paya dan telaga.

Awanama berkata...

Buto lar BN ... kat Selangor jer air free... yang negeri lain selama ni sokong BN dan ko perintah tak dpt...jubo la....haram kali ni undi utk BN dr aku...sial...

Awanama berkata...

kenapa selangor sahaja nak bagi air percuma???? Najib boleh bagi semua negeri air percuma ke??? SABAH??? takkan air banjir percuma je yang ko nak bagi 55 tahun.... ini kalilah.

Awanama berkata...

Apa lagi this time lah BN nak selamatkan SYABAS..1000 meter padu apa ada hal..air percuma anugerah allah..kata kawan saya kalau dia jadi PM dia kasi air free..sebab dia boleh cover dari sumber pendapatan negara yang lain..macaam arab saudi kasi air zam zam free

nshinah berkata...

hellooo...aslmkm,

1. BN dah BERTAHUN-TAHUN dah beri item FREE FREE kepada rakyat sekian lama, cuma BN tidak pandai "berpidato" seperti Mr. Putar Alam aka. Anwar, Guan Eng, Tian Chua dll.

2. ITEM FREE IALAH:
A. FREE GULA PASIR.
HARGA YANG MAK KITA BELI DI KEDAI APEK ITU, BUKANNYA HARGA SEBENAR GULA ITU. HARGA SEBENAR GULA ITU , ADALAH JAUH LEBIH TINGGI DARI HARGA YANG KITA BELI.
JUMLAH YANG FREE SE KILO, DIPANGGIL "SUBSIDI" OLEH KERAJAAN MALAYSIA, A.K.A. B.N.

B. FREE : a.k.a subsidi:
PETROL
MINYAK MASAK
5% DARI HARGA RUMAH YANG DIBELI OLEH BUMIPUTERA.
BUKU-BUKU SEKOLAH
SEKOLAH
UBAT-UBATAN (YANG MAHAL-MAHAL) DI HOSPITAL KERAJAAN
PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN PERUBATAN DI KLINIK DAN HOSPITAL KERAJAAN.

FREE= SUBSIDI = FREE

BN DAH LAMA IMPLEMENTASIKANNYA.

CUMA TIDAK DIWAR-WARKAN SEBEGITU.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/04/datuk-kamilia-perjuangan-parti-untuk.html

ASLMKM.
NK.BANGI