8 Mac 2013

[VIDEO & GAMBAR] Samseng UMNO Baling Batu Di Ceramah Anwar Di Melaka


Berpuluh-puluh samseng Umno Barisan Nasional (BN) bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.


Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.


Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.


Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.


Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.

Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.


Sementara itu, Utusan Malaysia terus menerus melakukan pembohongan apabila dalam laporannya mendakwa dua anggota polis cedera dalam serangan malam tadi.


Bagaimanapun, akhbar yang disaman Anwar RM100 juta itu tidak menjelaskan siapa yang memulakan serangan dan dari pihak mana.

Utusan sering kali melaporkan berita yang kurang tepat malah boleh dikatakan apa sahaja yang terjadi semuanya salah Anwar dan bukannya Umno BN.

Dalam laporan itu, Utusan langsung tidak menyatakan bahawa samseng yang diupah pemimpin Umno yang menyerang Anwar hingga menyebabkan sedikit serpihan kaca tingkap pada sisi bas yang pecah mengenai Anwar yang biasanya duduk di kerusi tepi.

Anggota polis yang cedera itu tidak pula Utusan tunjukkan siapa sebenarnya yang menyerang mereka tetapi hanya mendiamkan diri tanpa bukti dan keterangan sahih.

Jelas sekali laporan Utusan berkenaan sengaja mahu menyalahkan Anwar sedangkan pemimpin Umno sendiri yang mengupah samseng tersebut bertindak liar hingga mengancam anggota keselamatan yang bekerja keras menghalang kebiadaban samseng berkenaan.


Imej batu dibaling dari arah penyokong BN diambil dr vedeo pd 50saat rakaman. Diarahkan ke DSAI tp mengenai seorg mangsa berbangsa China


Perbuatan samseng UMNO Melaka membaling batu ke arah bas Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga cermin bas pecah dan badan bas berlubang. Motif jelas untuk mencederakan Anwar dan rombongannya.


Ribuan hadir walaupun terpaksa menghadapi provokasi samseng oleh UMNO/BN Melaka


KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BUKIT KATIL MELAKA.. ALI RUSTAM NAIK ANGIN PENYOKONGNYA NAIK MINYAK!!!!!!



Macam mana Ali Rustam tak naik angin satu badan beb!!!!!.. Kubunya sendiri di Bukit Katil beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian disana telah roboh dengan kehadiran ribuan warga Bukit Katil yang tekun tidak berganjak tanpa rasa  gentar dan cuak dengan ugutan,serangan serta teriakkan gerombolan samseng UMNO.

Walaupun difahamkan 2 penyokong cedera kena balingan batu namun mereka tetap tidak berganjak untuk mendengar pidato dari pemimpin kesayangan mereka yang mereka anggap bakal menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri ke-7.. INS'YA ALLAH.

Dulu kalau nak lihat orang ramai hadir ceramah pembangkang nak dapat 100 orang hadir cukup sakit dan perit. Kini suasana dan permandangan sedemikian sudah menjadi sejarah. Permandangan itu kini sudah berhijrah ke ceramah anjuran UMNO/BN pula.

Inilah yang memeningkan kepala para pemimpin UMNO yang sudah pun ketika ini pening lalat.

Kepada rakyat Melaka... INI KALILAH....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.
-omakkau



sumber: KD/jalanpulang/omakkau/fb

Ulasan GB

GB, melalui blog ini telah berkali-kali meminta polis menjalankan kerja dengan adil dan saksama. GB berkata hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Sepatutnya pihak polis boleh menghalau atau menahan samseng-samseng UMNO BN yang hadir untuk mengacau-ganggu program-program Pakatan. Tetapi dibiarkan.

Akhirnya kini polis sendiri yang merasai sendiri perbuatan jahat samseng-samseng UMNO BN berkenaan.

Ayuh polis, berubahlah! Laksanakan tugasmu dengan adil dan saksama, tahan dan tangkap segera mana-mana samseng UMNO BN yang cuba menganggu di mana-mana program Pakatan selepas ini.

Sesungguhnya hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dan terus berjalan.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peristiwa seumpama ni memang kerap berlaku terhadap ceramah ceramah yg dibuat oleh PKR terutamanya dan jarang yg berlaku terhadap ceramah PAS justeru sepatutnya pihak pimpinan peringkat tertinggi PR gembeling usaha supaya ceramah seperti ini kene tunjukan 1 kerjasaama yang jitu diakalngan komponen PR dan juga mana p unit amal dan AMK PR sepatutnya lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari pihak BN kerana peristiwa serangan seperti ini memang kerap berlaku namun tiada tindakan bersedia membenteng dan menangani isu ini dilakukan oleh pihak penganjur ceramah dan PR duk bising bila dah berlaku...

GEBU berkata...

Melaka negeri bersejarah tapi Melayu Bukit Katil adalah manusia bedebah.
Tunjuk berani tak seperti Hang Tuah.
Tunjuk bodoh macam tongsampah.

Sudah sudahlah kerana INI KALILAH kita kena UBAH.
Agar anak cucu kita tak jadi PEMINTA SEDEKAH.
Mari kita lawan sikap UMNO SARAKAH yang rompak harta rakyat macam HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

anon 8:23..disetiap ceramah PR mmg banyak anggota dr unit amal bertugas menjaga keselamatan bg pihak PR dan org ramai yg hadir..semasa ketibaan DSAI dgn bas..pencacai taik umno ni lah yg memulakan gangguan dan membaling batu ke arah bas sepertimana yg telah diberitahu oleh saudara GB dlm blognya...perkara ini dilakukan betul2 dihadapan polis.. Persoalannya?? Kenapa pihak polis tidak membuat tangkapan ke atas pencacai taik ini???? Bukan kuasa unit amal membuat tangkapan..tetapi perkara itu adalah tanggungjawab pihak polis..

Tanpa Nama berkata...

MEMANG SAH UMNO BN SE JAHAT JAHAT MANUSIA DAN SEBURUK BURUK MANUSIA SERTA SEHINA HINA MANUSIA... WAHAU HARUN SANI DULU AWAK KOMEN TGNA.. NAH SEKARANG KELUARKAN FATWA ORANG ORANG UMNO BN YANG BUAT DURJANA INI... JAWABLA

Tanpa Nama berkata...

Apa penjelasan dari pihak polis tentang peristiwa yang berlaku ?

Apakah tindakan yang akan diambil polis terhadap samseng BN ini?

kalau rakyat biasa, bukan main berani nya polis mengugut untuk mendakwat mereka kerana menghalang polis menjalankan tugas, tapi ....dalam hal ini, mana telor hang pa ? Anjing UMNO !

Tanpa Nama berkata...

polis takut... biasaklah depa makan gaji.

Home Therapy berkata...

ini kalilah....ayuh kita berubah!!!!sekarang sudah terang lagi bersuluh...jom....gunakan kuasa rakyat untuk pilih pemimpin rakyat.....hidup pakatan.................

Tanpa Nama berkata...

Gua sebagai anak Melaka mengucapkan 'lahanat' tidak terhingga kerana kesudian ahli-ahli Umngok dan Babi Negara menjadi lembu. Sekian kirim salam mabuk sama lu orang.

Tanpa Nama berkata...

Aku tggu fatwa dr Tg Guru..darah umno halal utk kita tumpahkn..takbir

Tanpa Nama berkata...

Orang yg hadir lebih ramai. Berpakat 4-5 org serbu seorang samseng, rampas kayu bendera mereka , serang serentak. Kemudian halau mereka, menggunakan bendera yg dirampas.Kalau degil juga, lilit/ikat tangan dgn kain bendera mereka dan serahkan kpd polis. Itu saja cara mengajar UMNO yg biadap.

Tanpa Nama berkata...

Ramai2 yg ada disitu, rentap kayu bendera mereka. Suruh mereka beredar.Kalau org ramai bertindak, pencacai UMNO tidak berani kacau.