8 Mac 2013

Patutlah Samseng UMNO Bermaharajalela, Ada Ketua Polis Negeri Bekerja Untuk BN


Gambar fail" Datuk Chua Ghee Lye bersama Tan Sri Ismail Omar

Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN pula disalahkan

PETALING JAYA 8 MAC: Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye (gambar) dikecam kerana menyalahkan KEADILAN ekoran kecederaan dua polis ketika menyuraikan serangan samseng Umno di Bukit Katil, Melaka malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pimpinan parti dimarahi ketika beliau menghubungi Chua bagi merujuk insiden serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Menurut Saifuddin, pemimpin berkenaan memberitahunya, Chua menyalahkan penganjur kerana mengadakan ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Umno.

Beliau malah melempar kata-kata seperti ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’.

“Itu adalah kenyataan politik yang sangat bias dan tidak profesional.

“Beliau tidak layak jadi Ketua Polis Melaka. Mana ada dalam Malaysia ditandakan sebagai kawasan Umno. Kita tidak buat ceramah di markas Umno.Beliau menuduh penyokong kita yang mengakibatkan dua polis tercedera,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.


Kejadian sekitar 10 malam tadi bermula apabila puluhan samseng Umno BN bertindak liar melontar bertalu-talu batu ke arah bas.

Serangan itu mengakibatkan empat cermin bas yang dinaiki Anwar pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

Seorang pengawal keselamatan Anwar turut cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

Susulan kejadian tersebut, Saifuddin akan mengutus surat untuk bertemu Ketua Polis Negara (KPN) bagi membincangkan soal keselamatan terutama berkaitan kempen pilihan raya.

“Kita tengok semakin dekat pilihan raya makin banyak keganasan. Memandangkan ini kejadian keenam, saya akan tulis surat kepada KPN untuk bincangkan jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat ketika kempen pilihan raya. Kita bagi masa untuk dia selesaikan isu Lahad Datu dahulu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu yakin serangan berterusan akan menambah sokongan kepada KEADILAN.

“Serangan samseng seperti ini akan melonjakkan simpati dan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.

“Rakyat seluruhnya menolak amalan budaya politik samseng dan ganas Umno BN,” katanya.

Kejadian pertama serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat berlaku di Kota Bharu pada 1 September 2012 apabila cermin depan retak dan disimbah cat merah. Seterusnya pada 8 September, kejadian serangan sama turut berlaku di Jasin Melaka.

Manakala kejadian ketiga dan keempat berlaku di Johor pada 14 September di Tangkak, ketika solat Jumaat, dan di Johor Baharu apabila paku payung ditabur di atas jalan dan dibaling ke arah bas.

Pada 16 Disember pula, bas itu dibaling dengan objek ketika melalui lebuh raya berdekatan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang mengakibatkan cermin penumpang bahagian atas berlubang. – NS

Ulasan GB

Baru dapat gelaran "Datuk" sudah lupa diri, sudah bias dan bekerja secara tidak professional.

Jika anda menyatakan " ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’" maka bererti anda tidak hormat orang yang dipilih rakyat, maka rakyat berhak untuk tidak menghormati kamu, tidak menghormati pegawai atau anggota polis yang tidak menjalankan tugas secara adil, saksama dan professional!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah hancurkan UMNO dan BN kerana memzalimi rakyat...

Tanpa Nama berkata...

PDRM ni masih tak insaf,tak sadar diri dan tak mau belajar dari apa yang sedang berlaku kepada mereka.Bila agaknya depa ni nak sadar?

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak hormat Chua Ghee Lye.

Saya tidak hormat polis.

Saya tidak hormat "anjing busar"

Saya lagi tidak hormat anjing UMNO.

Tanpa Nama berkata...

AMIN...

XUMNO berkata...

Sorang lagi ketua polis terpaksa cari kerja baru tak lama lagi.Tandas2 stesen petrol di Melaka banyak nak pakai pencuci jamban.

Tanpa Nama berkata...

kesian aku pd polis yg terkorban di sabah. tp polis melaka ni pulak buat hal...!

Tanpa Nama berkata...

Biawak ini dapat pangkat ketua polis negeri kerana kuat kipas angin dan jilat kasut ketuanya ke? Nampaknya memang macam itulah. Kemudian dapat pulak pangkat datuk kerana cuci jamban ketua menteri melaka kot...puiii...memalukan PDRM dan bangsa nya. Nampak gaya tak lama lagi menjadi tukang cuci jamban jamban pam minyak kat melaka tu...

Andre Irwan berkata...

Kalau kita kata kat dia, "Chua, hang ni macam babi, nanti kita dituduh kurang ajar dan rasis."
Spesis ni yang menjahanamkan nama baik polis khasnya, pegawai kerajaan amnya.
Sebagai seorang pegawai kerajaan, kita harus ingat bahawa kita bekerja di bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong. Sebab tu urusan kerajaan digelar Urusan Seri Paduka Baginda dan bukannya Urusan Barisan Nasional. Jadi faham tak? Sudah tentu tak faham sebab babi mana nak faham.

Tanpa Nama berkata...

Orang begini tak layak jadi ketua polis negeri.

Tanpa Nama berkata...

Ni satu lagi kes tentang kebodohan beberapa orang penjawat awam seperti juga Pengarah HKL tu dan Presiden Cuepacs. Lu semua bikin malu sama lain2 penjawat awam yang benar2 berkhidmat utk negara & bukan berkhidmat utk Umno/Bn atau PR.

Jusa Pencen

Tanpa Nama berkata...

harap bukit aman jer power...nak harap polis negeri dan daerah semuanya tutup mata....

Tanpa Nama berkata...

Woi apek..malu la lu ckp mcm tu..lu x fikir klu satu masa nnt DSAI jd PM mn lu mau letak muka?terjun laut pegi mampus la lu..anjing...



Tanpa Nama berkata...

undang2 jenis umno be end ka?pakat2 jatuhkan umno be end pru13..