10 Mac 2013

Presiden ABIM Gesa Perancang Konspirasi Liwat Saiful Bertaubat


Perancang di sebalik fitnah dan konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera taubat, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.

Beliau merujuk pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim kelmarin yang mengaku kes liwat kedua terhadap Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.

“Saya nasihatkan, sesiapa yang rancang kes ini, kembali ke pangkal jalan, takut-takut lebih banyak lagi perkara yang Allah dedahkan dari jalan yang tak disangka-sangka,”

“Beliau perlu meminta maaf dengan Anwar dan keluarga, dan juga perlu bertaubat kepada Allah kerana hanya Allah yang layak hilangkan gelaran ‘fasik’ ke atas pembuat dan penyebar fitnah,” Katanya.

Amidi berkata, kesalahan melakukan kesaksian palsu merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang disebut jelas dalam Al-Quran.

Beliau menjelaskan ulama seperti Dr.Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa kes Liwat II ini termasuk dalam kes qhazaf yang sepatutnya dibicara di mahkamah syariah.

“Kesaksian palsu adalah jenayah yang besar, bukan hanya pembuat kesaksian, pihak yang percaya dan menyebarkan juga tidak layak diterima kesaksian mereka selama-lamanya,” kata Amidi

Beliau bagaimanapun memuji keberanian Azlan tampil menyatakan kebenaran walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.

Amidi dalam pada itu turut meminta majlis Ulama mengeluar dan menyebar panduan kepada masyarakat tentang hukum kesaksian palsu kerana ia termasuk dalam dosa besar.

“Masyarakat perlu diberi panduan jelas tentang beratnya melakukan sumpah dengan nama Allah, memberi kesaksian palsu dengan tujuan kepentingan politik adalah dosa besar,” Kata Amidi. – RM/KD

LAPORAN SEBELUM INI

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.




IMBAS KEMBALI

Najib Berdolak Dalik Sebab mengapa Saiful Ke Pejabatnya
Mula-mula kata nak bincang biasiswa, lepas tu kata mengadu diliwat!




Laporan sebelum ini
klik untuk baca


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Depa tau ke taubat tu apa?...depa tau ke mcm mana nak bertaubat?..

ambo wcy berkata...

Ambo rasa la demo tak tau TAUBAT, yang demo tau ialah TAU BUAT !

Tanpa Nama berkata...

Kalau take tau nak taubat, belajorle supaya tidak mati macam lembu. Kit a ni kan manusia Yang sentiasa membuat dosa.