10 Mac 2013

Bala-bala Yang Menimpa Saiful Selepas Sumpah Laknatnya


Masih ingatkah kita tentang sumpah laknat Saiful Bukari?

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.



Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).


Bagaimana pula nasib pemfitnah terutama Utusan Meloya yang sehingga kini masih terus memfitnah Anwar?



Ada lagi selepas ini. Kita bongkar habis-habisan apa yang menimpa Najib, UMNO BN dan sekalian pemfitnah selepas ini supaya kebenaran dan keadialan itu dapat ditegakkan di negara ini. Allah akan tetap membela bekenaran dan menghapuskan kebatilan!

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan BALA. Itu ujian utk mrk yg terlibat. Bala utk saiful belum tiba.. Tunggu.. InsyaAllah

acop Melaka/Phg berkata...

sebahagian rakyat hormatkan kpd DSAI kerana beliau seorg yg boleh diharapkan utk kebaikan Malaysia..wpun beliau menang semua kes tersebut. Saya sendiri dah kenalkan DSAI dr 70an lg..dia Siswa diUM sy dr UTM..beliau mempunyai integriti yg tinggi utk membelakan rakyat marhaen..InsyaAllah DSAI adalah PM kita lps PRU 13 ni..

Tanpa Nama berkata...

itu pun saiful x sedar2 lagi... memang beliau menunggu bencana yg lebih besar...

Tanpa Nama berkata...

Siksa di lubang kubur menanti kita....Ya Allah, selamatlah kami dari siksaan kubur dan azab api neraka.

XUMNO berkata...

Aku cukup jelous kat Anwar sebab dia dapat pahala bergunung2 daripada mereka yang memfitnah baik secara terbuka atau dalam hati. Dah tu dosa2 Anwar pula diaorang tolong tambah kat dosa mereka yang memfitnah.Saham hari akhirat.Nampaknya dah betambah bilangan anak derhaka kepada ibu bapa.... untuk bahan api neraka jahanam.

tia rosa berkata...

Duit boleh mengubah pendirian dan pemikiran rakyat, sampai ada yg sanggup memfitnah membabi buta itulah taktik menteri2 kerajaan BN.

Bagen Sino berkata...

Jauhkan Malaysia daripada Manusia Munafik yang menjadikan FITNAH senjata mereka... UTUSAN MELOYA / TV 3 SUKU.. / SAIFOOLLLL...

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,Allah itu Maha Adil dan Bijaksana.Kita sama-sama tunggu akan kesudahannya.Jika benar Anuar tak bersalah ,Allah akan tunjukkan.Jika Anuar memang bersalah,Allah akan tunjukkan juga.

Tanpa Nama berkata...

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.

korie berkata...

Terbaikkkkk.....:)

Tanpa Nama berkata...

KEMENANGAN PAKATAN ATAU BARISAN.
BIAR ALLAH YANG MENENTUKAN.
ALLAH MAHA BIJAKSANA.

JADI YAKINLAH HIKMAT YANG AKAN DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

OLEH ITU, JANGAN JADI PENGIKUT SYAITON SUDAHLAH...
HANYA NAMPAK KEBURUKKAN MANUSIA DAN MENAFIKAN SANGKA-BAIK SESAMA MANUSIA.

Tanpa Nama berkata...

Allah tidak aksn pernah menzalimi hambanya.

Tanpa Nama berkata...

Semua orang UMNO FELDA dan di kampong2 percaya Anwar peliwat dan terbaru dalang insiden Lahad Datu akibat fitnah TV3 dan Utusan. Adalah sungguh sedih 2 media yang tidak beretika ini memperdaya orang lain supaya membenci Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Kita hidup nak cari keredaan Allah, kenapa saiful nak cari bala......

Tanpa Nama berkata...

Bala daripada Allah sedang menanti Saiful Bukhari.

Tanpa Nama berkata...

Ibarat orang didalam kelemasan, dicapai apa saja yang dapat untuk menyelamatkan diri..walaupun seketul najis yang hanyut!!

Tanpa Nama berkata...

Kdua-dua orang saksi sumpah Saiful dah menarik diri. So apa makna sumpah tu.

Tanpa Nama berkata...

aku agak mamat ni mmg selalu kena liwat. dia pun suka diliwat. org tua mana yg sanggup nk terima dia jd menantu liwat. kalu dpt anak pun malu bapanya suka diliwat.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan yang konon diberi bagi menafikan pengakuan ayahnya tu agknya dikarang jgk kot...xpe la..teruskan la selagi terdaya..selagi nyawa masih di badan.Allah Maha Besar...tungggu la pembalasan dariNya..

BaDin berkata...

Umno tidak boleh hidup tanpa fitnah dan demi kuasa masalah halal haram tiada dalam perkiraan mereka.
Matlamat menghalalkan cara adalah cara hidup mereka.
Allah sentiasa menolong orang yang dizalimi .

GEBU berkata...

Apa yang berlaku kepada penagih liwat Saiful adalah sebab musabab yang menjadi haq ALLAH SWT untuk menguburkan UMNO/BN yang merupakan pemerintah zalim; pada PRU13 nanti.
Penagih liwat ini akan menerima balasan dari ALLAH SWT seperti mana yang berlaku kepada mantan PM Mahathir Mohamad.
Sebelum terlewat, bertaubatlah kepada ALLAH SWT, Tuhan Yg. Maha Pengampun...fikirkanlah perkara yang PASTI iaitu kita akan mati dan amalan kita akan dihitung dialam yang kekal abadi. Jangan kita fikirkan pada perkara yang TIDAK PASTI iaitu perkara yang kita lakukan untuk dunia yang sementara ini. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi... Bekas IGP tarik balik saman ke atas DSAI tak disebut di sini....

Tanpa Nama berkata...

Tunggu dan lihat prk bulan ni plk mcm mn..