13 Mac 2013

Pencerobohan Sabah: Hal-hal Yang Perlu Kita Ketahui


Mari kita beri tumpuan pada Isu Lahad Datu :

1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..

2. Kiram diberi IC Malaysia.

3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.

4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat

5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.

6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.

7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.

8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.

9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.

10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..

Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...

Note :

Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -sumber:fb Bekas Penyokong UMNO


Lagi Bukti Pemberian Kad Pengenalan (IC) Kepada Pendatang Haram Dari Filipina Bila Turut Di Serta Kad Keahlian UMNO.



Mungkin semasa melaksanakan projek berkenaan untuk satu tujuan, "Dalang Utama" atau pemikir projek berkenaan tidak terfikir akan implikasi dan risiko di sebalik projek berkenaan di kemudian hari.

Gara-gara projek IC ini membolehkan penceroboh berselindung di sebalik 'legalasi' berkenaan atau menjadikan waris warah mereka sebagai benteng untuk melindungikan diri.

Ini terbukti apabila ada di kalangan penceroboh itu terdiri dari rakyat Filipino yang sudah memilihi kad pengenalan legal negara ini. Terdapat di kalangan penceroboh yang mati katanya memiliki kad pengenalan Malaysia. Sejauh mana kebenaran belum ada kepastian tetapi kerajaan tentu ada maklumat ini. Pihak berkuasa tidak perlu menyembumyikan perkara ini dan patut dijelaskan secara terbuka tanpa memikirkan implikasi politik. Kebodohan diri yang memudaratkan umum elok diakui dan didedahkan.

Kita anggaplah tidak ada penceroboh yang mati itu memegang kad pengenalan Malaysia. Kita anggap mereka semua adalah rakyat Filipino bangsa Sulu?

Setakat ini seperti mana dijelaskan oleh pihak keselamatan dan berkuasa, mereka tidak berjumpa apa-apa dokumen di tubuh penceroboh yang dibunuh dalam Operasi Daulat? Jadi pihaknya tidak dapat mengenal inditatas penceroboh itu apakah mereka orang Filipino yang diberikan kad pengenalan atau tidak.
-fb




Tenaga risikan negara diguna bagi tujuan politik, dakwa Ghafir

Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal akan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah punca utama banyak nyawa telah terkorban dalam insiden berkenaan.

Menurut bekas Leftenan Jeneral (B), Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.

"Apa yang saya hendak tekankan perisikan tak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk ini tidak dapat kita ketahui.

"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset mereka digunakan bagi tujuan operasi politik,"
dakwa beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Malah dakwanya anggota perisikan negara seolah-olah sudah "hilang kepakaran dan aset" untuk menjalankan kerja-kerja perisikan bagi menjaga benteng pertahanan negara.

Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia menggesa kerajaan agar memohon maaf atas kegagalan menangani insiden di Lahad Datu sebelum keadaan menjadi parah dan membawa banyak kematian anggota keselamatan.

"Apa yang berlaku setelah 23 hari, lebih kurang, barulah kita hendak bertindak,"
katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak kerajaan untuk memastikan waris kepada wira negara yang telah terkorban diberikan jaminan pendidikan, perumahan dan pelan insurans kesihatan sebagai mengenang jasa ketua keluarga mereka yang telah terkorban.

"Untuk maksud ini saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersatu atas prinsip dan pendirian yang jelas demi kemakmuran dan keselamatan rakyat Malaysia," ujar beliau.

Menurut Azmin, pihaknya turut dapat mengesan isu keselamatan di Lahad Datu dan Semporna ini cuba dialihkan kerana kegagalan kerajaan menanganinya.

Sementara, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi mengulangi gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu keselamatan negara dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang.

Dalam perkembangan terbaru, polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pihak polis sudah pun berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan.

Malah polis juga difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam Op Daulat.

Bahkan mereka yang menyebar ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan juga akan berhadapan tindakan undang-undang.
-SH




10 ulasan:

Awanama berkata...

TV 3 hari ini sekali lagi busybody pasal Tian Chua punya kenyataan, Libatkan Anwar dengan Pencerobohan di Lahad Datu, Busybody pemerintahan PR dan sebagainya. Kalau you ada masa nak busybody pasal PR punya manifestolah, Sandiwara Tian Chua dan etc. Sampai bila lu Najib nak biar perkara ini berlaku. We tak mahu dengar komen lu pasal PR. i wan the result, where is the result, i tak mahu dengar lu punya cakap yang satu hasil pun tak ada.

Biarlah askar dan polis berjihad guna peluru. Kita sebagai rakyat M'sia akan berjihad guna kertas undi halau parti pengganas cap dacing yang sekarang sedang bersandiwara pasal pencerobohan di Lahad Datu, yang nak jual tanah orang Islam kepada pemberontak dari negara Kristian Philipines, umpama Si Valentino menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia pada satu masa dahulu. No way kita nak biarkan perkara seperti Andalusia berlaku di Malaysia.

daniell Neurotic Science berkata...

ni yang patut semua rakyat Malaysia tahu..

Awanama berkata...

Rakyat yg x brdosa mnjadi mamgsa gara2 prmainan politik buas n tamakkan kuasa pminpin umno....sial celaka umno utk slamanya.

Awanama berkata...

inilah 1 lagi bukti kelemahan BN. bukan itu saja. pasukan tentera yang dihantar pun tak lengkap kelengkapan perangnya. mana dia jet-jet perang yang terbang dengan megahnya masa pameran LIMA. dah uzur ke? atau pun saja nak simpan buat pekasam? mana pula hasil peruntukan yang banyak untuk pasukan tentera? wahai rejim BN pimpinan najib, sila jawab soalan saya ini dengan jujur kalau anda anak jantan.

Awanama berkata...

sorry brother I nak betulkan statement you, jet-jet tu bukan nak buat pekasam, tetapi nak hantar jenazah najib and his family bila sampai masanya nanti.

WarFitnah berkata...

Apa yang nak dihairankan, pemberontak tuu pun orang2 UMNO/BN, tuu yang jet2 tembak sipi2 jer, taknak ahli UMNO/BN tak dapat mengundi pulak kan, UMNO/BN nie sebenar2nya dah banyak menyongsangkan rakyat Malaysia khususnya, buat taik sana sini yang terima padahnya RAKYAT dan juga PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA, persoalan nya.....Kenapa masih ada lagi si BODOH yang nak undi UMNO/BN nie? nak kata tak pandai dah blajar sampai U tapi KEBODOHANNYA menjangkaui hingga langit, aku secara terus terangnya memang tak percaya pasal isu LAHAD DATU nie, yang dah gugur tuu kita harus terima sebagai QADA' dan QADAR dari illahi, cuma pelik bin ajaib lah kerana isu nie berlanjutan lama gila, aku nie pun anak bekas MEJAR ATM tapi tak laa BODOH macam UMNO/BN nak gadaikan NEGARA demi menjana agenda politik KOTOR depa tuu.....woi UMNO/BN korang nie bakal2 menuju NERAKA JAHANAM laa, jangan cuba nak MENIPU rakyat lagi laa, aku benci sangat dah dok tengok muka2 korang yg kat TV tuu dok usung sana sini nak minta SIMPATI rakyat undi korang, kalau dah berpolitik macam SYAITAN YG DIKENALI tuu tak payah laa nak HASUT kami ok. HARAMJADAH punya UMNO/BN, aku HARAMKAN kau MENANG PRU13 nanti......

Awanama berkata...

http://umnomenipu.blogspot.com/

inilah 1 lagi bukti kelemahan BN. bukan itu saja. pasukan tentera yang dihantar pun tak lengkap kelengkapan perangnya. mana dia jet-jet perang yang terbang dengan megahnya masa pameran LIMA. dah uzur ke? atau pun saja nak simpan buat pekasam? mana pula hasil peruntukan yang banyak untuk pasukan tentera? wahai rejim BN pimpinan najib, sila jawab soalan saya ini dengan jujur kalau anda anak jantan.

Awanama berkata...

Sejarah dunia sebenarnya penuh dgn konspirasi. Rakyat marhaen yang menjadi korban. Rakyat sepatutnya kini lebih kritis dgn pihak berkuasa, sepatutnya meminta penjelasan apa yang berlaku.BUKAN tukang angguk sahaja...Kita rakyat yang mengundi mereka menjadi pemimpin .Sepatutnya mereka bertanggungjawab untuk menjawab segala kekeliruan..

Unknown berkata...

Ya Allah..satu kan lah umat Islam di Malaysia. berilah balasan yg terbaik pada polis & tentera yg terkorban. x guna bergadoh sesama Islam, umat lain bergembira bila Islam berpecah.

Awanama berkata...

Apa nak jadi dengan Org islm di malaysia???

Berpecah belah!!!

Teringat kata kata yahudi, mereka takut akan bangkit umat islam yg kuat dari asia tenggara...

maka mereka telah berusaha utk memecahbelahkan org islam di nusantara..

Indonesia dilagakan dgn Mlaaysia, org islam sulu sekarang dilagakan dgn islam di malaysia, PAS dan UMNO tak dapat bersama disebabkan pemimpin yg taksub , takut nanti org islam selatan thai akan dilagkan dgn islam di malaysia..

Siapa punya usaha ni????

Tak lain tak bukan ialah usaha agen yahudi di malaysia iaitu A...