13 Mac 2013

Musa Hitam: Negara Takkan Bangkrap Sekiranya Pakatan Memerintah


Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.

“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.

“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.

“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.

Wujud spekulasi

Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta menurunkan harga kereta.

Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.

“Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,”
katanya.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.

Enggan ulas lanjut

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.

Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.

Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Mr Mansuh’.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.

Bangkrap politik “Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.

“Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman,” tegasnya.

Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.

Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.

Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.

Katanya, perasaan rendah diri boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik. -FMT

Ulasan GB

Cetak dan edarkan kenyataan ini kepada rakyat seluruh negara terutama rakyat kampung yang telah ditipu oleh media massa pro-BN.

14 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

"Black Moses" adalah nama yang besar dalam politik Malaysia. Beliau adalah mangsa pertama Dr Mahathir Iskandar Kutty semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Namun tidak seperti Anwar beliau memilih untuk tidak mencabar "Mahadevan" memperjuangkan idea2nya. Beliau sehingga kini kekal dengan sikapnya without fear or favour seperti Tan Chee Koon. Setiap pandangan yang beliau berikan adalah berpijak di bumi nyata dan bukan andaian kosong seperti kebanyakan pemimpin UMNO-BN...

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Bukan semua orang hendak berada dalam golongan kumpulan otak lembab.

Carlos Santiago berkata...

yg bodoh mmg akan percaya negara bankrap.

sbb bodoh ekonomi, dgr je umngok pencuri cakap. mmg la bankrap. bankrap duit kroni umno.

Awanama berkata...

Sorang lagi yang berotak cerdik bersuara kesian najib, kerna mamak mahadet yang banyak menzalami kawan dan lawan awak yang terima padah........
Terima kasih Tun Musa... Tahniah kerana anda memang cerdik sebab tu mahadet tak suka anda.

Semoga ramai lagi rakyat terbuka minda dan hati mereka dengan ulasan Tun M (Musa)

Tokwan perak

Awanama berkata...

Dia biasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia tahulah.

Awanama berkata...

Undilah PAS..

BaDiN berkata...

yes Tun Musa.Kerana Kamu Berani Kerana Benar.Kamu org berprinsip .
Esok akan keluar kenyataan ini di Sinar Harian .Ayuh pakat beli ramai ramai dan hadiahkan kpd mereka mereka yg hanya dengar RTM & TV3 shj serta Utusan.

Awanama berkata...

Beres bosss.

Awanama berkata...

saya jamin jika rakyat mampu utk berfikir dgn bijak dan rasional maka kita mampu ubah dan beri mandat pada pembangkang utk tadbir malaysia,xsalah jika kita mencuba utk sesuatu yg baru dan bernas,mana tahu disitu ada titik tolak perubahan dlm negara rakyat am nya...insyaallah..

Awanama berkata...

Orang orang cerdik dalam UMNO yang Mahadeva telah cantas suatu masa dulu.....tapi dia jenis tak mampu nak melawan.....tak macam yang sorang ni...DSAI.

Awanama berkata...

Nampaknya Tun Musa juga sudah hilang sabar dengan perangai buruk pemimpin-pemimpin UMNO/BN sekarang. Perangai buruk diwarisi Tun Mahathir.

Kak Uda ila berkata...

Orang bodoh ajer percaya Negara akan bangkrap kalau Pembangkang memerintah.

Diam tak diam, mereka sendiri hidup dalam ketidakcukupan, itu patutnya yang mereka sedarkan.

Konon nak menjaga Negara, gelilah cara mereka sayangkan negara.

MKhaled berkata...

Saya telah kian lama menantikan komen yang amat terbuka dari Mantan TPM Tun Musa Hitam.Beliau adalah diantara pemimpin yang amat saya kagumi kerana keberanian beliau menyuarakan pandangan dengan jelas,positive dan sangat baik.Sekira Tun Musa Hitam berpendapat bahawa pandangan serta cara pemikiran BN adalah meleset.Saya percaya demi untuk terus berkuasa dan meraih kekayaan yang terlampau maka BN terpaksa mengeluarkan perkara yang negative bagi pembangkang,ini adalah perkara biasa.Kita telah melihat banyak perkara yang tidak boleh diterima akal tentang salah guna kuasa BN.Tun Musa I salute you.

Awanama berkata...

This time we make it for REAL. ayuh rakyat Malaysia kita bangkit. jgn biarkan UMngok/B.End terus memerintah. Masanya telah tiba...