17 Feb 2013

[VIDEO] Haramjadah Terus Menimpa Najib: Anwar Disambut Lebih Meriah


Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.

Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.

Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.

Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN.

"Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.

Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.

Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.

Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.

"Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah.

Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.

Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.

Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan.

Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.

Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.

Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah. -mk


11 ulasan:

Awanama berkata...

Najib Najib sudahlah jatuh ditimpa tangga semasa konsert Gangnam Style, sekarang mukanya kena tahi dalam majlis Dong Zong. Najib datang tiada satu hapak orang pun mahu salam dan sambut Najib (Siapa mahu salam dan sambut orang yang tak tahu hormat hak rakyat)Plus kena Boooo. Tapi apabila Anwar datang, macam lembu terlepas dari kandang ramai orang mahu datang salam dan sambut kedatang Anwar. Kesian Najib tapi mahu kesian apa juga dia pun tak kesiankan Nasib Rakyat. So Padan Muka kau itulah i boleh katakan.

Awanama berkata...

Biasa lah..yg berjasa dan mendaulatkan bangsa mestilah kena boo,.yang menjadi lembu dicucuk hidung oleh mereka akan di pujilah..adat dunia..selamat mengalami nasib seperti melayu di singapura..

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Rakyat semakin matang lagi lama PRU 13 di adakan.

Awanama berkata...

ya. jgn jadi mcm melayu singapura yg digadai oleh umno. umno jual tanah dan jual air pd singapura. umno jual tanah air pd singapura. gadai maruah, daulat dan tanah air. tanah tg pagar yg terakhir digadai oleh umno. bila dah takdak tanah kat singapura, jual tanah di wilayah iskndar pulak. janji duit masyuk... umno pengkhianat tanah air.

Zaman Internet berkata...

Apalah punya banggang 11.18pm tu...!
Ini zaman internetlah maklumat dihujung jari. Kalau dulu boleh kai cakap macam ni orang percaya. Tapi sekarang nampak sangat kau cakap takde fakta. Ke...si...an.....!

Awanama berkata...

11.18 tu tak tau ke melayu singapore jauh lebih maju dari melayu malaysia wpun diperintah oleh cina?

Kalau bangang toksah komen lah. Pi masuk blog jamban papa gomo atau parpukari. Situ tempat yg sesuai utk nya.

WarFitnah berkata...

Sememangnya 11.18 PM tuu anak haram, so tak hairan lah dia pon suka kat NAJIB UMNO BN tu, sebab 2 2 tu pon anak haram !!! sama jer

Awanama berkata...

bodoh punya melayu UMNO, Singapura bukan diserah oleh PKR,Anwar,DAP atau PAS, tapi UMNO?

ayba berkata...

Lepas ni, stiker ini akan diubah oleh ubn. Sebab bentuk stiker ini sudah mendatangkan malu pada najib

Awanama berkata...

Woii...manusia mcm ko yang dipanggil lembu kena cucuk hidung...bangang xabis..daulatkan bangsa konon..bagi jahanam bangsa ade la...ko kalau xtau pe2 jgn ckp byk..

Awanama berkata...

Anon 11.18 pm ni adalah pencacai angkat najis dpt gaji 20 sen satu tong taik. X de pelajaran dan x tau baca sejarah. Hidup dia makan suap bnyk sangat sbb x cukup duit dan malas usaha.Bingai lagi bodoh!.