18 Feb 2013

"Hijab Adalah Maruah Saya" - Siswi Yang Tudungnya Ditarik Samseng UMNO


Samseng tarik tudung, penjelasan Nor Fatehah

Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini.

http://www.malaysiakini.com/news/221493

1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.

2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani.

Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.

3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.

Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.

Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.

Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya.

*Nor Fatehah Ahmad.
SU MPP UPM

-KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT-

23 ulasan:

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Sdr Nor Fatehah,

Sekalung tahniah dari kami sekeluarga kepada saudari yang bertekad berani untuk berhadapan dengan masyarakat dan memberikan penjelasan kepada mereka yang amat kurang terdedah dengan maklumat sebenar. Selama ini mereka (baca penyokong BN/UMNO) ditipu dan dibodohkan oleh pemerintah yang tidak senang dengan kebangkitan rakyat. Seharusnya mereka yang tidak mahu menerima penerangan dari kita tidak perlu mengendahkan segala yang kita utarakan.

Namun mereka telah bertindak lebih dari samseng jalanan. Tindak-tanduk mengganas membuktikan mereka ini kurang bijak. Malah tidak dapat dinafikan orang-orang UMNO, lebih-lebih mereka yang berada di luar bandar -- kampung dan pedalaman -- memang pendek benar akalnya. Dengan kata lain BEBAL. Mereka sama sekali tidak akan menerima perkara baru walaupun selama ini kesetiaan mereka adalah kepada perkara yang salah. Anggap sahaja perjuangan saudari adalah perjuangan menentang kaum munafik dan amat jelas sekali UMNO adalah MUNAFIK.

Teruskan perjuangan! Tunjukkan kepada dunia mahasiswa Malaysia berupaya menentukan haluan negara.

Semoga berjaya. Doa kami untuk anda semua!

Unknown berkata...

Tahniah atas keberanian,
Utk masa depan, siswa mesti ambil berat aspek keselamatan,
setiap aktivis kena bersedia menghadapi kemungkinan,
maklum dan mohon bantuan drp Unit Amal, AMK, Suaram, Dapsy dll.
Doa selalu mg aktiviti lancar dan malapetaka bagi yang menghalang...

Tanpa Nama berkata...

Ini barulah layak dipanggil mahasiswa yang cemerlang. For Hishamuddin inikah you cakap kadar jenayah turun? Ingat kami tak akan lupa apa you cakap pasal kadar jenayah di negara ini dari dulu kini dan selamanya biarpun kau dah lupa. So kami ingatkan kau balik.

Tanpa Nama berkata...

Itulah perjuangan, kalu takut dimaki, dihamun, dicerca & dikasari jgnlah perjuang duduk diam-diam. Kata nak perluang utk menegakkan kebenaran so apa yg kamu lalui itu adalah lumrah jika mahu berpolitik. Kalu nk secara sopan santun baik berjuang dengan buku lagi banyak faedahnya. Ingat mak bapak kamu suruh kamu belajar dan dpt kan sekeping ijarah mereka bukan tabur duit utk kamu memperjuangkan sesuatu yg belum wajar utk kamu perjuangkan. Tgklah aje la anak2 kaum lain, mereka terus berjaya sedangkan anak2 bangsa terus kandas akibat terlalu byk berangan2 nk jadi ahli politik. Ingat & sedarlah, masa utk kamu berpolitik akan tiba juga tapi biarlah berpolitik kamu itu seiring dengan kecermelang kejayaan kamu, esok2 jika terkandas jgn salahkan org lain, salahkan diri sendiri sbb terlalu terikut2 dgn org yg menghasut kamu. Sapa yg rugi...kamu juga..kesian mak bapak kamu membanting tulang mengharapkan kejayaan kamu. Jadilah mahasiswa yg berakal bukan yg bodoh dan sombong....

Tanpa Nama berkata...

Samseng tahi lembu ni belum brtemu buku dgn ruasnya.....dgn budak2 mahasiswa apatah lagi perempuan bolehlah kau tunjik lagak......ptuiiiii..

Tanpa Nama berkata...

En greenboc, tlg pamerkan muka samseng2 tarik tudung ni. Biar satu malaysia tau muka2 pencabul ni. Kpd mangsa, ambil lah tindakan undang2 supaya si pencabul ni terima akibat dari kejahatan mereka. Saman je juta2.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:35AM bahlol...
Budak2 MPP ni kalau korang cek diorg punya rekod study CGPA ke or whatever.. mmg Superb... so tak yah la nak ajar mereka how to study.. they know better than you.. stupid dumb dumb...

Tanpa Nama berkata...

Ada juga kemacaiannya disni kikiki..hidup mahasiswa! Mampuihh umnuoohhhh! Haha

Yong berkata...

Salam Greenboc

Perempuan akan mengeluarkan airmata kalau sedih, sangat marah atau geram. Itu senjata semulajadi kami kaum Hawa.

Buat Fatehah, jangan peduli kalau orang kata kamu menangis! Teruskan istiqamah dengan perjuangan!

Belajar pula jangan dilupakan.

Tanpa Nama berkata...

Kepada rakyat malaysia beri pakatan rakyat mandak utk mentadbir malaysia nescaya semua gerombolan samseng umno bn haram jadah syaitan kita masukan dalam penjara sungai buloh atau kedalam neraka jahanam. TO HELL ALL OF YOU UMNO BN MEMBERS?

Tanpa Nama berkata...

Kerismuddin mengatakan indeks jenayah negara kita menurun dan pandangan orang ramai bahawa kes jenayah meningkat adalah satu persepsi. Saya rasa menteri ini buta, bodoh dan angkuh. Kebelakangan ini kita menyaksikan samseng jalan raya semakin banyak. Samseng ini melakukan provoksi secara terbuka malah di depan mata anggota polis. Ada mangsa yang telah dicederakan oleh samseng-samseng ini dan berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat. Tapi, sudah kah polis mengambil tindakan ke atas samseng-samseng ini? Di mana maruah anggota polis ini? Ataupun memang tiada maruah langsung pada pasukan yang rakyat harap-harapkan.

Tanpa Nama berkata...

Pegang tgn siswi tu adalah satu jenayah. Blh didakwa mungkin itu satu gangguan seksual.

Tanpa Nama berkata...

awak pakai tudung UMNO tak suka sebab tak ikut cara pemakaian Rosmah,idola mereka....

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH... inilah mahasiswa harapan negara pada masa hadapan,tapi sekarang UMNO tak suka

Tanpa Nama berkata...

mana komen ulama barua UMNO, adakah harus tarik tudung?

Tanpa Nama berkata...


Parti Lembu. Pengikut juga berotak lembu lembu.

Ini Kasli Laah...
Hidup Pakatan Rakyat.. Hidup DSAI PM baru kita.

Pemuda,mithali berkata...

Giler betul samseng UMNO. Buat apalah pi rentap tudung siswi Muslimah PR??

Kdg2, aku terfikir, punyalah byk filem dan drama dlm TV3 dan TV lain yg ajar penonton supaya romantik, berkasih syg dgn pompuan, tak aniaya pompuan, suami jgn abaikan isteri sebab terlalu sibuk bekerja, pakwe jgn tak pedulikan awek sebab terlalu sibuk bekerja, jgn jadikan wanita sebagai pemuas nafsu, tapi inikah produk yg TV arus perdana lahirkan?? Macai UMNO rentap tudung muslimah???

Tagline biasa dlm drama dan filem arus perdana, "hargailah kasih syg sesiapa sahaja, kita hanya menghargai seseorang bila dia dah tiada, Kasih syg itu adalah keajaiban dlm dunia, blablabla," tapi bila macai UMNO yg berkitabkan media arus perdana rentap[ tudung Muslimah, aku rasa heran jugak. Inike produk yg dilahirkan media arus perdana yg tyg citer2 romantik??

Diharapkan, media arus perdana yg dicontrol kerajaan especially TV3 mengecam perbuatan macai2 UMNO yg 'romantik dan penyayang' tersebut secepat muungkin. kalau tak, korg dasar ckp tak serupa bikin, hipokrit lebih, buat drama filem setakat mnak kaut duit je.

Macai2 UMNO, apa yg korang belajar dari tgk filem romantik, filem dan drama yg bertemakan cinta kasih apabila korg mengaplikasinya dgn merentap tudung Muslimah???? Macai UMNO dan TV arus perdana dua2 hipokrit....

Amboi berkata...

Amboii, 'ROMANTIK DAN PENYAYANGNYA' macai UMNO. Rentap tudung Muslimah ni apa kejadahnya. Ini yg korg belajar dari tgk filem romantik di arus perdana???

Tanpa Nama berkata...

Tak terfikir pada akal yang waras ahli parti yang memerintah negara lebih setengah abad sanggup mengambil tindakan macam ini.Ini sudah amat ketara kewarasan pemikiran dan tindakan parti ini dari yang teratas hingga ke bawah sudah tidak relevan lagi.Enough is enough we have to change them.

ayba berkata...

Sepanjang sejarah wujudnya Islam sejak dari zaman SAW, kisah popular orang yang mengganggu dan menarik tudung muslimah Islam hanya dilakukan oleh YAHUDI. Tapi pada zaman BN berkuasa ini, orang Islam menarik tudung muslimah Islam.

Tudung ialah lambang aurat yang disuruh Allah. Menarik tudung seperti mahu membuka aurat yang disuruh tutup oleh Allah.

Iblis sendiri takut dengan Allah, dia ni betul-betul berani mencabar suruhan Allah.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH MAHASISWA YANG BERANI, BILA NAK BUAT DEMO DI DATARAN MERDEKA LAGI???

Tanpa Nama berkata...

sdri, saya mencadangkan di ambil tindakan terhadap pemuda umno yg biadab, ini lah kerana berada dlm ulamak kebangsaan, segala hal boleh dilakukan, sudahlah ramai puteri dan wanita umno tak bertudung lepas tu nak suruh org lain juga tidak bertudung. saya lihat yg ramai nya berada dlm perlakuan yg tak senonoh pemuda UMNO hari tu ialah macai2 dari kuantan dan pekan yg hidup mengharapkan huluran keewangan dari big2 boss umno pekan.,sebab itu bingai dan kesamsengan di lakukan kerna nak tunjuk bahawa sebagai macai yg boleh di suruh apa saja. Jaanji hulur Pitis...kesian...

Tanpa Nama berkata...

Anon 1.35 AM - Awak ni memang lah bingai. Ramai pelajar2 penyokong BN pun berpolitik masuk Puteri dan Putera. Tidak ada rakyat yang ganggu dia orang bila kempen. Tapi bila sebelah pembangkang buat puak2 BN x de maruah dan jadi Samseng nak tunjuk hebat konon jadi hero bangsa taik kucing dengan kaum wanita. Patut lindung tapi bertindak macam gangster kampung 20sen pencacai najis. Pirrah kamu!!!.