11 Feb 2013

"Syaitan Dikenali" Berdemo Guna Lambang PAS - Laporan Polis Dibuat

PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.

Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.

"Setelah saya membaca berita sebuah akhbar dan meneliti gambar-gambar yang diterbitkan, saya dapati mereka yang terlibat bukan sebagaimana yang dilaporkan dlam berita tersebut, "saya juga selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu, dan menetap di Chukai Kemaman, tidak langsung mengenali mereka dan mereka bukan ahli PAS,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di balai polis Chukai, disini pada Rabu 6 Februari.

Beliau berharap dengan membuat laporan tersebut, pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan menahan individu yang terbabit dalam demonstrasi tersebut.

Turut sama hadir di balai polis adalah Yang DiPertua PAS Kemaman haji Ismail Harun, Setiausahanya Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya Ustaz Azri Abdul Aziz. -BO


Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan



KUALA TERENGGANU - Dua demonstrasi yang diadakan di masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai adalah bukan dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu atau mana-mana organ dibawahnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung isu kalimah ALLAH dan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera.

"kita menafikan sekeras-kerasnya menganjurkan demonstrasi itu dan mengutuk tindakan tersebut dan berharap pihak polis dapat mengambil tinakan segera, "isu Kalimah Allah sudah selesai dan mana-mana polisi yang berkaitan dengan hubungan antara parti-parti Pakatan rakyat diputusakan di peringkat Majlis Presiden, tidak timbul sebarang masalah,"ujarnya.

Beliau turut memberikan saranan kepada pihak media agar mendapatkan sumber yang sah dari PAS sebelum menerbitkan sebarang berita yang tidak benar dengan menerima sahaja dakwaan daripada pihak tertentu tanpa usul periksa.

Haji Yahaya berkata demikian ketika mengulas laporan beberapa akhbar media perdana yang menerbitkan berita tidak benar mengenai dua demonstrasi tersebut.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, hasil siasatan beliau, ada tiga individu luar yang menaja demonstrasi tersebut.

Katanya, individu terbabit telah mencari beberapa orang bukan ahli PAS dan membayar mereka sebanyak RM300.

-BO

6 ulasan:

Kg Senduk B.Gantang berkata...

bukan budaya PAS kalau demonstrasi org seramai itu..... kalau seramai tu dan bersongkok tinggi mungkin org perkosa umno n gok.... mungkin geng2 cari makan dengan cara mudah kerana duit..... demonstrasi kami org PR mana boleh masuk tv...... demonstrasi HKR hadir 700k mana ada TV tunjuk...gambar masa tak ramai dtg lagi ada laa hahahaha...demonstrasi kami paling sikit penuh jemaah masjid jamek KL...itu baru dinamakan demonstrasi PAS atau PR

Awanama berkata...

Mereka cuba pecah belah dan laga-lagakan PAS

Awanama berkata...

Di Pulau Pinang mereka lakukan perkara yang sama

Awanama berkata...

Saya berharap polis ambil tindakan.... Tapi polis bn ini tau baca report ke...

Awanama berkata...

Lembu2 x cukup makan mngharapkan ehsan darii tuannya juak2 ni sanggup terjun n mnyelam dlubang najis demi sesuap nasi utk keluarga..puiiii.

Awanama berkata...

Tak mungkin PAS kerana PAS menyerahkan segala-galanya kepada pucuk pimpinan majlis syura. Apa saja yang disarankan atau diperkatakan oleh pemimpin PAS maka itulah yang dipegang oleh ahli PAS. Kalau berdemontrasi, mogok, tunjuk perasan, berlagak samseng, itu bukan budaya PAS, maka fikir-fikirkanlah. Tak payah nak sabotag PAS. kami semua sudah tahu siapa BN, siapa UMNO.Itu yang pasti.