7 Feb 2013

Sebenarnya Mahathir Resah Gelisah Kekuatan Pakatan Rakyat

Pas nasihat Mahathir fokus selamatkan Umno

SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan lebih untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mencemuh Pas kerana takut dan tidak berani untuk keluar daripada ikatan itu tidak timbul.

Sebaliknya kata beliau, kerjasama politik itu perlu diteruskan malah telah disepakati sejak 2008 lagi.

“Kenapa Tun Dr Mahathir nak peduli hal rumah tangga orang lain, Pas tiada niat untuk tinggalkan PR, kita sudah sepakat dengan ikatan itu dengan dasar bersama sejak 2008 lagi.

“... apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu hanyalah khayalan beliau sendiri, iltizam kita hanyalah untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Salahuddin juga menyifatkan hubungan Pas, DAP dan PKR pada masa ini sangat baik dan tiada keperluan bagi Pas untuk meninggalkan gagasan itu.

“Kita bina hubungan (tahaluf siyasi) ini dengan baik dan kami yakin tidak ada yang perlu ditakutkan tentang kerjasama ini,” ulasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mencemuh Pas sebagai tidak berani keluar daripada PR kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP.

Dr Mahathir berkata, Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam PRU13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu. -SH

Ulasan GB

Mahathir sebenarnya telah menghidu kekalahan UMNO BN di dalam PRU13 akan datang ini.

Maka ditonjolkan dan diwujudkan isu yang bukan-bukan yang sebenarnya hanyalah mendedahkan keresahannya yang amat sangat tentang kelemahan UMNO BN kini.

Keakraban hubungan PAS-DAP menjadi igauan ngeri untuknya kerana ia merupakan satu pukulan maut buat UMNO BN.

Latahnya semakin menjadi-jadi apabila mengetahui Karpal Singh dan Nik Aziz bersahabat baik. Cemburunya membuak-buak.

Akhirnya, beliau memainkan isu perkauman, memainkan isu keagamaan, tiba-tiba menjadi pembela kepada Ustaz Nasharuddin sedangkan sebelum ini pernah Mahathir ambil pusing mengenai bekas Timbalan presiden PAS itu?

PAS adalah milik ahli PAS dan ahli-ahli PAS, melalui muktamar yang berhak menentukan halatuju dan masa depan PAS sendiri. Siapa Mahathir dan yang lain-lain yang bermuka tembok nak tentukan halatuju PAS? Tak malukan?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa mahathir begitu berhempas pulas membela UMNO? ada apa-apa yang ditakuti?

Tanpa Nama berkata...

senjata mahathir makan tuan, macam bela hantu raya....

Tanpa Nama berkata...

Kalau antara PAS-PKR-DAP berpecah, maka Be-End akan meraikannya dgn gembira selama 40 hari 40 malam tanpa henti kerana Be-End akhirnya akan berjaya terus memerintah negara ini sampai kiamat...

Hoi Madey! udah le asyik nak bodohkan dan menakutkan org melayu...cukuplah.

ABU...Ini Kalilah!

hang Nadim berkata...

mamak tua bangka ni lebih terok perangainya meroyan/nyanyok pasal org2 lain..hasad busuk dihati jd mcm ni...lebih puas hati kita bila dpt benamkan umno lps PRU 13 ni..

Tanpa Nama berkata...

T kasih la tok det oi pandangan hg tu bkn ikhlas penuh dgn tipu muslihat sampai tua hg ni dok putaq belit sudah2 la tok det woi...persepakatan pr yg akan mambawa suara rakyat msia utk menumbangkan kerajaan yg zalim ayuh rakyat msia kejatuhan kerajaan bn akan d rasai oleh tok det.airmata mencurah d atas katil hospital ABCD

abang at berkata...

Subhanallah, maha suci Allah..Maka Allah Maha Kaya,dan doa Allahyaraham Fadzil Nor termakbul dengan Mahathir melihat sendiri hasil pemerintahan 22 tahunnya...sebelum beliau menemui robnya

Tanpa Nama berkata...

mari kita perhalusi apa yg ada di benak bekas PM ini. 1. beliau sedang dan mengingati apa yg telah di lakukan kpd musuh politik dan juga PAS semasa berada di puncak kuasa. 2.gundahgulana melihat keakraban PKR, DAP dan PAS. 3. kerisauan takut jika PR rakyat memerintah..keluarga dan kroni hilang segala kesenangan dan takut dendam akan di balas..4.hilang keyakinan dgn umno...kerana mungkin PRU ini akan menentukan hayat politik parti memerintah tamat. jadi sebagai rakyat yg pernah melihat kebobrokan pemerintahan dan ketidakadilan kpd Parti pembangkang, terutama negeri kelantan yg di nafikan hak, sementelah itu adalah negeri majoriti melayu, dan sekatan royalti minyak dan rasuah serta berbagai kemungkaran berlaku adakah patut di lakukan dimana pemerintah yg nak tolong bangsa...tetapi bangsa sendiri di anaktirikan. cukuplah... ini kali lah..biarkan dia spt mana kata almarhum ust. fadhil noor, mungkin akan jadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

dey! madey lu kasi bela lu ponya pelesit si asang ali, zul kulum, nasha dll hantu makan telor lu, mamak pedukang ni tak mustahil akan menyembah2 pas pada masa terdekat nie! jenih pariayah no wahid

Tanpa Nama berkata...

Pada suatu ketika dulu 'orang tua' ni adalah idola saya. Tapi kini tambahan bila melihat tindak tanduknya saya yakin inilah yang dikatakan nyanyuk.Dia sudah hilang perkiraan. Dia ingat hari ini masih sekitar tahun 1982. Dia nak suruh PAS keluar dari PR, supaya dia dapat ratah-ratahkan. INi yang dikatan dasar pecah perintah UMNO. Rakyat tidak lagi mengkagumi dia. Dia yang tidak sedar. Stupidity personified.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1105..

Saya berasal dari daerah Kupang Pasu. Memang beliau merupakan ayahanda kepada rakyat Kubang Pasu hingga sekarang cukup kuat pengaruhnya. Parlimen Kubang Pasu tetap akan milik BN.

Kita sama saja generasi yang membesar dengan dokrin beliau hinggakan cukup payah untuk menerima kesedaran dan berubah kepada demokerasi sebenarnya.

Kesilapan paling ketara adalah cara politk UMNO di zaman beliau menyebabkan lahirlah generasi pelapis UMNO yang masih tidak nampak apa yang rakyat mahukan disamping salah guna kuasa termasuk rasuah berleluasa.

Tanpa Nama berkata...

Kubang Pasu, insyaallah PRU13 bukan milik UMNO lagi

Tanpa Nama berkata...

Kejatuhan Melaka ketangan Portugis kerana mamak bendahara?

Tanpa Nama berkata...

in the 80's he was my favorite leader, plus dsai i'm feeling like malaysia is on top of the world. but today this old mamak is not more than a clown (to me). sorry...

Tanpa Nama berkata...

Permintaan Mahadir tu serupa kalau PR minta UMNO keluar dari ikatan BN. Boleh buat ke?

Tanpa Nama berkata...

Mamak ni dh dibayangi dosa2 nya yg lalu...byk sgt kesalahan dia kt rakyat & juga musuh2 politik dia. Firaun Msia ni smpi masa akan tersungkur jugak..

Tanpa Nama berkata...

ucapan terakhir untuk tun mahatdir..selamat tinggal untuk kroni dan anak beranak...sudah sampai masanya rakyat menjaga aset negara ini