28 Feb 2013

Pembaziran Melampau BN: Itulah Yang Bankrapkan Negara - Aziz Bari

Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat.

Umno-BN ‘terlupa’ bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor.

Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

“Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.

“Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.

Bahkan kalau kita tengok, simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan. Justeru, tidak timbul soal bangkrup,” ujarnya apabila ditemui di sini.

Tegasnya, tiga janji yang ditawarkan Pakatan, penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berhubung mekanisma untuk memansuhkan PTPTN juga meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan bertambah baik di masa hadapan.

“Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.

“Saya tidak nampak bagaimana mereka (Umno-BN) boleh mengubah sikap mereka seperti yang dijanjikan kerana kita lihat sendiri program transformasi yang diwar-warkan juga gagal.

“Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.

“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara,” katanya. -selangorku

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahathir yang membangkrapkan Malaysia

ayba berkata...

Negara bangkrap bila barang RM10 diclaim Rm1000 (contoh). Inilah yang diamalkan oleh BN selama memerintah negara

Tanpa Nama berkata...

pemimpin BN/umno blh buat apa saja dgn duit rakyat. Najib dh x blh bersuara, dh x berani nk tegur...chicken.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Professor AZIZ Bari... BN tu sendiri sudah bahalol, sekarang nak rakyat semua ikut bahalol macam BN.

Tak ubah macam Otak Lembu, dulu kini dan selamanya. Yang sedih ahli ahli BN banyaknya Melayu pulak tu, adakah sanggup hidup berotakan lembu....? Itu kena tanya Madey.

Hidup Lembu !!!!

ayah berkata...

betul sgt umno/bn yg merosakkan sistem di Malaysia, sebahagian MB/KM dan menteri umno/bn xcukup cerdik(pendek akal) utk kedudukan itu..dptkan Jawatan penting itu kerana org x cerdik ni sebagai Ketua Umno di Bahagian2nya. Sebab tu mereka yg meruntuhkan keadaan elok diMalaysia disana sini hanya kekuasannya yg ada ditangan. Malangnya rakyat terpaksa terima ketua2 umno tu sebagai MB/KM atau Menteri2.