27 Feb 2013

[PANAS] Bala Buat Pendedahan "Siapa Arah Bunuh Altantuya" Malam Ini


Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

“PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.

LAPORAN SEBELUM INI


Sumpah PI Bala: SD1 yang benar



Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar.

Balasubramaniam yang mengalirkan air mata ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.

“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.

SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.

Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.

Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.

Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.

Balasubramaniam kini kembali ke Malaysia untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan Altantuya sedikit masa lagi.

Balasubramaniam ketika ditanya berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kerjasama Deepak Jaikishan, ahli perniagaan yang terlibat dalam menyediakan SD kedua.

Beliau sedia untuk bekerjasama sekiranya Deepak datang mencarinya, namun beliau tidak akan mencari Deepak, katanya.
-mk

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nnt PM buat kenyataan Bala x blh dipercayaai dan boleh dipertikai..ayat nk cover line..ayat org gelabah..

Kak Uda ila berkata...

harap-harap Bala di beri kawalan keselamatan yang sewajarnya sebelum dan selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

kalau PI Bala juga di letupkan oleh C4,nnti kita ramai-ramai siasat atas arahan siapa.siapa yang akan menjadi kambing hitam dan siapa yang mencipta skrip jalan cerita.hahaha.politik. . .politik. . .negara hancur kerana politik.

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap jangan bawa bala, jangan jadi calon Pakatan, tiada istiqamah

Tanpa Nama berkata...

siapa blakang bala? nampak gaya madey the mamak pedukang dah jlnkan kerja2 memalukan adi jib & kak mah..bala balik seolah2 dia di sambuat mcm hero tamil..berita org fasik kita kena selidik ini pulak cerita si kapir..jaga2 jgn smpai pr termsk prangkap mamak madey situa kutuk.

Amuraria berkata...

awas bala jangan di 'C4'kan ! ABU jangan lupa !

Anaksi A. berkata...

bala 1 kata2 sumpah
bala 2 pun sumpah jer...
bala 3 ada bukti rakaman spy cam dan cctv parking dan telah disahkan tulen oleh pakar dalam dan luar negara dan memang sahih 99.9% memang dialah dalang pembalun warga asing itu dan pembunuhan benih manusia....kita tunggu pendedehan berikut selepas pendedahan malam ini... ingat, jgn berhenti slps pndedahan malam ni,, kerana bakal ada pendedahan peringkat bala 3.!!!!!kahakaha.

admin jgn blok a komen gua.

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi yang dok percaya dan kena tipu. 2 orang pegawai utk yang diarahkan razak baginda bukan untuk dibunuh. itu kerja bodoh. Sepanjang hayat razak baginda, 2 orang tu akan peras ugut untuk simpan rahsia jika itu benar-benar berlaku. Tapi takpe, blog ni memang suka sebar fitnah pun. yang sebenarnya berlaku, 2 org utk tu diarah untuk menahan sementara altantuya . (wang 50k telah diberi melalui Bala tapi altantuya tak terima) sementara razak baginda figure out apa dah jadi dengan duit tersebut. Semasa didalam kereta altantuya telah bertindak ganas dan pegawai yang berada bersama ditempat duduk belakang cuba mententeramkan altantuya. tapi pergelutan bertambah ganas sehingga pakaian altantuya yang seksi dan longgar terlondeh dan mendedahkan buah dada dan peha. pegawai tersebut tiba-tiba terangsang dan terus memukul altantuya dengan kuat hingga pengsan lalu mencabul altantuya. Sipemandu pula turut terangsang dan mereka mula hilang pertimbangan dan membawa altantuya ketempat sunyi untuk terus merogolnya. Selepas merogol altantuya, mereka berdua mula sedar akan implikasi jenayah mereka dan mula menyesal. Ketika itulah mereka mengambil keputusan untuk membunuh dan melenyapkan altantuya. Semua ni dah direkodkan masa perbicaraan mahkamah dan mereka telah pun dihukum. Razak baginda memang tidak terlibat langsung dalam tindakan sirul dan Azilah membunuh altantuya. Tapi saya pasti pemilik blog greenboc ini tidak akan menyiarkan komen ini dan bersubahat untuk menutup kebenaran. Allah saja yang mengadili kamu. Islam jenis apakah kamu ni?

Tanpa Nama berkata...

hahaha.7:26 ni macam ada bersama jer masa kejadian.tahu semua jalan cerita.mari kita siasat siapa anonymous ni.sure mamat ni pun terangsang.bagi tahu,bagaimana C4 boleh keluar dari simpanan?

Tanpa Nama berkata...

kalau kes rogol..apsal mata 2 perogol tutup abis...

Tanpa Nama berkata...

anon 7:26..ko duduk sebelah pemandu kan..ko pun terangsang dan rogol altantuya...kalau dah pencacai taik umno tu..xhabis2 citer lucah je..mmg bodoh la ko ni... Kalau ko nk tahu..blogger2 pr x pernah block komen2 dr sesiapapun..tapi kalau blogger2 taik umno..conform komen tidak akan disiarkan...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah anon...7:26
Dah tu...knp mahkamah tak nk tanya motif pembunuhan??? Knp peguam negara tak buat rayuan atas pembebasan razak baginda?? Ceciter cerciter......kah kah kahhh

Tanpa Nama berkata...

Taapalah mari kita lihat saudaraa kita bagaiman olahannya tentang kejadian ini...tanpa disedari Allah SWT akan tunjukkan jugak akhirnya sepandai-pandai tupai melompat akhirtnya jatuh ketanah jua...mari kita halusi kenyatan saudara kita: keluar kan kenyatan tanpa dia sedari itu rekyasya dia..... tak apalah.. kalu dia nak bawa cerita tentang rogol kita terima... cuba kita baca kenyataaan dia ini:"(wang 50k telah diberi melalui Bala tapi altantuya tak terima) sementara razak baginda figure out apa dah jadi dengan duit tersebut. Semasa didalam kereta altantuya telah bertindak ganas dan pegawai yang berada bersama ditempat duduk belakang cuba mententeramkan altantuya. tapi pergelutan bertambah ganas sehingga pakaian altantuya yang seksi dan longgar terlondeh dan mendedahkan buah dada dan peha. pegawai tersebut tiba-tiba terangsang dan terus memukul altantuya dengan kuat hingga pengsan lalu mencabul altantuya. Sipemandu pula turut terangsang dan mereka mula hilang pertimbangan dan membawa altantuya ketempat sunyi untuk terus merogolnya. Selepas merogol altantuya, mereka berdua mula sedar akan implikasi jenayah mereka dan mula menyesal. Ketika itulah mereka mengambil keputusan untuk membunuh dan melenyapkan altantuya." tang mana silapnya.... duit dah diambil ..itu mengikut saudara kita punya pendapt bermaksud ...duit commission benar ada berlaku. Bermaksud memang ada rasuah... so bawa ketengah siap yang memberikan rasuah ini? itu lah yang kami rakyat mahu tahu siapa yangt memberikan wang itu??????

Tanpa Nama berkata...

saya rasa pemandu tu anon 7:26.pasal dia tahu jalan cerita neh.dia pun teransang dan terlibat merogol altantunya.kena siasat ni. . .

Tanpa Nama berkata...

anon 7.26! Menahan sementara perlu bawa C 4 ke?

Kak Uda ila berkata...

hehe kelakonya statemen ano 7.26
Altantuya nak bertindak ganas camner, sampai tercabut esegala pakaian di badan?

laraty manalah pempuan kecik camtu dalam kawasan kereta yg sebesor tu untuk ganas segala aksi sampai terbugel.

kahkahkah... sesopan akak, terus jadi tak supan bila dengor citer magika cenggitu. baikkkk punya step bercerita.

BaDiN berkata...

7.26 nilah yang bawa c4,sebab 2 malaun tu sdg buat keje haram tu.
7.26 nilah penjaga stor c4.
7.26 nilah penyimapan stor c4.
7.26 nilah saksi kejadian dlm kete tu.
7.26 nilah rembat wang 50k.
7.26 siapa anda? Penakut @ pengecut .
nama pun 7.26 tak ada nama lain ke?

acop Melaka/Phg berkata...

7.26 buat maharaja lawak kat sini..7.26 mcm sasau bila `bala` najib ditimbulkan semula. Rakyat akan undi utk PR supaya kes2 yg ditenggelamkan kerana umnobn masih berkuasa..wahai 7.26 almost setia hari sy buka dan membacakan Greenboc kerana integritinya begitu baiknya..berita2 yg disiarkan boleh dipercayakan.
http//purnamamusafir.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.26 tu nama sebenarnya ialah Razak Baginda. Tu sebab dia tahu citenya..