7 Feb 2013

Konsert PSY: BN Khianati Artis Tempatan, Lebih Mahal Dari Peruntukan YA1M


Di saat kelembapan industri muzik Malaysia sejak lebih sedekad, langkah mengundang penyanyi luar, Park Jae-sang atau dikenali sebagai “Psy” untuk membuat persembahan percuma di Pulau Pinang sempena majlis rumah terbuka Gong Xi Fa Chai dengan bayaran lebih RM1 juta tak lain adalah satu bentuk pengkhianatan kepada industri muzik, penyanyi dan artis tempatan.

Biar apapun alasan atau pihak mana sekalipun yang dikononnya membayar, mengundang artis sepopular Psy untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina kali ini yang akan pula melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tak lain diyakini sebagai usaha memancing sokongan undi khususnya golongan muda menjelang Pilihanraya Umum.

Hal ini cukup mendukacitakan terutama ketika artis veteran tempatan hanya dihulur RM2 ribu seorang baru-baru ini melalui Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). Kalau bayaran kepada Psy berjumlah RM2 juta, ia bersamaan dengan peruntukan keseluruhan kepada YA1M untuk tahun ini.

Sekiranya persembahan Psy di Pulau Pinang itu kelak tidak mengenakan bayaran tiket kepada penonton, maka tentulah tidak akan ada apa-apa duti atau cukai langsung boleh dipungut oleh kerajaan.

Dalam kata lain, jemputan berbayar itu semata-mata akan merugikan dana rakyat.
Perkara ini boleh disemak di bawah Akta Duti Hiburan 1953 dengan syarat-syarat untuk kerajaan mengutip duti atau cukai hiburan.

Isu ini berbeza dengan artis warga asing yang bekerja dan bekarya dalam Malaysia apabila mereka perlu membayar tarif cukai sebagaimana pekerja asing profesional lainnya.

Perihal artis luar menetap di Malaysia sebenarnya lebih mendatangkan keuntungan kepada industri berkaitan seni hiburan di samping memberikan hasil pungutan cukai kepada negara.

Pemerintah mungkin juga tak menyedari bagaimana ada ribuan penyanyi tempatan yang menerima bayaran persembahan sangat rendah atau mungkin sahaja secara percuma untuk mempromosikan bakat mereka.

Langkah mengundang Psy sekaligus membuktikan bahawa dasar kebudayaan nasional sekian lama telah gagal melahirkan artis Malaysia yang mampu popular dan setanding di peringkat antarabangsa.

Nik Aziz: Langkah BN bawa Psy membazir
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah membawa penyanyi popular Korea, Psy bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini satu pembaziran.

“Bagi saya sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat terbabit yang meriah, namun tidak perlulah membazir dengan menjemput penghibur dari luar untuk memeriahkan acara sambutan.

“Daripada kita agungkan artis luar patut kita beri sokongan kepada anak-anak muda kita, namun persembahan yang dilakukan mestilah bermesej dan tidak menyimpang dari budaya negara kita yang masyarakatnya majoriti beragama Islam,” katanya kepada media hari ini selepas menziarah dua rumah masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tebing Tinggi dekat sini
-SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Membazir satu hal. Satu hal lagi ialah mengundang PSY ke M'sia bermaksud UMNO menyokong budaya prono di kalangan Masyarakat M'sia. Anda sendiri lihat video klip Gangnam Style, berapa banyak unsur lucah ada dalam video tersebut. Takkan anda nak anak anda menari ala gangnam style yang sememangnya banyak unsur lucah? Jom boikot konsert PSY di Penang dan saya harap kerajaan PAKATAN di penang dapat gunakan kuasa authoritimu untuk hentikan konsert ini supaya budaya lucah tidak menular ke dalam masyarakat M'sia. Hentikan budaya prono dari tersebar di muka bumi ini dan kalau UMNO berdegil nak buat juga kau pergi buat kat negeri yang diperintah olehmu bukan negeri PAKATAN.

Tanpa Nama berkata...

dh sah najib n rosmah sndiri yg suka budaya k-pop. kalau d bagi peluang mmg diorng akan bt jugak tarian ganggam tu maybe dlm personal party. xhbis hbis nk rosakkan akhlak org muda, mmg ikut dasar penjajah sebijik- alihkan perhatian rakyat dr mslh korupsi n penyelewengan duit negara dgn hiburan yg melalaikan. anak muda skrg cerdik n dh tahu beza kebaikan n keburukan...

Tanpa Nama berkata...

UMNO ingat dengan bawa PSY, orang terus sokong BN,1 bilion tengok PSY sokong UMNO????