10 Feb 2013

Kebenaran Akan Terserlah, Kata Deepak Kepada Dr Mahathir

Deepak Jaikishan berkata beliau mengaharapkan kebenaran akan terserlah berhubung beberapa siri pendedahannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam respon balas terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa dakwaan-dakwaan Deepak diabaikan.

Usahawan karpet kontroversi, yang membuat pelbagai dakwaan, memberikan maklum balas melalui SMS, disebalik pendedahan beliau, pihak berkuasa masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan.

“Bagaimanapun, hingga hari ini, polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah .... atau rasuah berkenaan perjanjian tanah di Bukit Raja yang didedahkan secara terbuka di mahkamah, kenapa?” katanya melalui khidmat penan ringkas.

Beliau merujuk kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah telah melakukan jenayah pecah amanah dalam perjanjian tanah bernilai jutaan ringgit.

Awal hari ini, Dr Mahathir menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan.

“Atau, adakah mereka sekali lagi mendakwa ‘demi Tuhan’ apabila mereka diarahkan untuk bersumpah dan bercakap benar termasuk disiasat MACC dan Polis?” katanya merujuk kepada Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita semua maklum perkara itu TIDAK AKAN berlaku, namun saya masih berpegang kepada nasihat Tun M dan berharap kebenaran dan keadilan akan berlaku dalam pentadbiran baru Malaysia,” katanya.

Rabu lalu, Deepak mahu dirinya diberikan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi sebelum mendedahkan lebih banyak lagi skandal pemimpin tertinggi negara.

“Saya akan hantar surat kepada Peguam Negara (Gani Patail) bagi memohon imuniti serta menyerahkan dokumen rahsia sulit yang saya miliki ini,” kata Deepak.

“Dalam surat tersebut, saya akan dedahkan secara terperinci tentang skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara.”

Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar, itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu.

Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P.

Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru.

Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh. -TMI

Tiada ulasan: