10 Feb 2013

Bersediakah UMNO BN Beri Nasharuddin Peluang Untuk Bertanding Di dalam PRU13 Nanti?

Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi.

Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

"Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam.

Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat.

"Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno.

"Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. -SH


Umno sentiasa terbuka untuk Nasharudin


SHAH ALAM – Umno sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuklah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa jika beliau benar-benar mahu menyertai parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) ini.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz berkata, walaupun Nasharudin berkemungkinan tidak menyertai Umno, namun kemahiran dan kebolehannya tetap diperlukan kerajaan terutamanya dalam hubungan antara negara-negara Islam.

Menurutnya, oleh kerana Nasharudin dilihat rapat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan terutamanya Umno, maka atas kemungkinan itu beliau telah dipecat dari Majlis Syura Pas dengan mendakwa pemimpin itu melanggar beberapa peraturan parti.

"Pas sudah tersasar jauh dari perjuangannya, saya pelik bagaimana seorang pemimpin ilmuwan yang berkebolehan tinggi seperti Nasharudin boleh dipecat daripada Majlis Syura, satu badan tertinggi Pas.

"Jadi, jika Nasharudin mahu menyertai Umno, kami terbuka kepada sesiapa sahaja, tiada paksaan. Apa pun ia terpulang kepada Nasharudin sendiri," katanya semalam.

Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, dalam berpolitik, semua pihak harus ada batasan dan kembali bersatu jika sesuatu isu melibatkan akidah Islam dan bangsa Melayu.

"Semua orang tidak kira Pas dan Umno perlu berpadu jika melibatkan Islam, ini tidak, dalam isu kalimah ALLAH pelbagai percanggahan dikeluarkan pemimpin Pas.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Umno tidak perlu melamar Nasharudin kerana keputusan tersebut hanyalah terletak di bahu pemimpin Pas tersebut.

Menurutnya, atas dasar ukhuwah umat Islam, semua pihak diseru bersama-sama demi akidah dan perpaduan umat tidak kira ideologi politik yang dipegang masing-masing.

“Saya berpendapat, terpulang kepada Nasharudin untuk buat keputusan tentang masa depan politiknya, Umno tidak perlu melamar kerana Umno adalah parti yang terbuka dan demokratik kepada sesiapapun,” katanya.

-SH
Ulasan GB

Mahukan UMNO BN menyediakan satu kerusi untuk Nasharuddin bertanding di dalam PRU13 nanti?

Jawapannya "gelap masa depan" kerana UMNO BN hanya lebih berminat untuk memperkudakan mereka sebegini.

Di dalam UMNO sendiri pemimpin-pemimpinnya bergaduh malah sanggup berbomoh dan berbunuh sesama sendiri semata-mata untuk menjadi calon pilihanraya, inikan pula untuk memberi ruang kepada mereka yang diluar yang hanya diperkudakan ...Lihat saja Nakhaie Hj Ahmad yang sudah berpuluh tahun menyertai UMNO BN... tak pernah lansung diberi ruang dan peluang untuk bertanding di atas tiket UMNO BN.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua dapat tau dari balaci umnongok madey paria masuk IGN tenat sangat. dah tak lama lah tu.

Tanpa Nama berkata...

TAWARKAN PARLIMEN SELAT MELAKA P223 ATAU ,PARLIMEN LAUT CHINA SELATAN P224

Waris berkata...

Mcm mana umno nak kawin dgn nasha sedangkan dia masih isteri orang? Pihak pas apa tunggu lagi?

Adakah pas masih nak simpan jalang ni?

Kenapa lembab sangat nak bertindak? Atau masih ada agenda tersembunyi?

hang nadim berkata...

umno dah mereput leh ambik nasha sebagai calonnya termasuk ezam kotak, hafelda, aminah, hasan kayujati, zul kulim, brahim perkosa, awie pukida, mufti perak....senang nya rakyat nak humbankan semuanya ke tong sampah dr halaman politik Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ilmu tinggi tak akan beri apa - apa makna langsung kalau dia buat perkara yang tak baik maka bodohlah dia dari dulu kini dan selamanya. Tapi orang yang ilmu sikit tapi dia gunakan untuk kebaikkan maka bijaklah dia dari dulu kini dan selamanya biarpun ilmu hanya beberapa kerat sahaja tapi dia gunakan untuk perkara baik. Ingat ilmu tinggi tak melambangkan dia tu bijak.

Osama berkata...

Inalilahiwainnaihilarojiun....
smuga beliau sembuh & mneruskan sisa perjuangan parti setan yg amat dikenali tuuuu

Tanpa Nama berkata...

I like. Awesome suggestion!

Tanpa Nama berkata...

bila jadi barua UMNO dapat masuk TV, lihat apa sudah jadi pada Nakha'ie, TV pun tak kenal dia?

Tanpa Nama berkata...

Beri peluang Nasha bertanding wakil BN di Pekan Pahang

Tanpa Nama berkata...

pakaina pon dah macam paderi! sial punye nasaruddin!

sb dehlawi berkata...

Dulu semasa TGNA kata ada beberapa kerat pemimpin tertinggi PAS mahukan UG, maka berkokoklah bloger2 yang proUG yang membabi buta sokong Nasharuddin, hasan Ali. tak payah sebutlah nama blogger itu. Nasib baik pada masa itu kita mempunyai ramai bloger yang komitmen pada PR, antaranya Greenboc, Malaysia Wave, dan beberapa lagi. Sekarang Apa yang didedahkan TGNA dan bloger PR telah terbukti, kedua-dua manusia ini sudah mesra UMNO, manakala bloger penyokong kedua-dua manusia ini, sudah hilang entah kemana.Saya rasa Greenboc tahu bloger2 itu.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata GB. Nasha akan jadi macam Nakhaei, menjadi kuda tunggangan UMNO sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 si nasha ni blh bg nasihat agama kt wanita/puteri umno..nmpk cam ramai jer lg yg amal fahaman sesat lg myesatkn bab aurat.. Nmpak cam kecik..tp if dosa kecil..tiap2 saat kita buat jd dosa besar gak kn.. Tul tak ustat nasha??? Nasihat skit kak ros awk tu..