27 Jan 2013

YB Salahuddin Mahu Najib Jelaskan Tujuh Isu Yang Belum Terjawab


Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau menjelaskan tujuh isu yang belum terjawab sehingga kini.

Pertama ialah berhubung kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Datuk Syed juga mengatakan rakyat Johor paling miskin disebabkan harga rumah & hartanah di Johor yang sangat membebankan.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia (RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yang dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawah paras IPO.

Ketujuh mengenai pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Menurut Salahuddin, ketujuh-tujuh isu tersebut perlu dijawab oleh Najib kerana ia melibat kepentingan rakyat seluruhnya.

Salahuddin berkata demikian di Majlis Mengeteh dan Santai bersama rakyat di Merlimau petang ini.

Pada sebelah paginya, Salahuddin telah menghadiri dan berucap di Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden ke 58 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Kompleks PAS Jasin, Dataran Hamas Jasin.

Turut sama membentangkan kertas kerja ialah Tn Hj Asmuni Awi dan Ustaz Idris Ahmad, kedua-duanya AJK PAS Pusat.

Tn Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka di dalam ucapan alu-aluannya meminta ahli-ahli PAS negeri Melaka bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi dan berusaha menangkis segala serangan pihak lawan dengan pantas sebelum ianya meracuni pemikiran rakyat.

Munaqasyah tersebut telah dihadiri oleh seluruh pimpinan PAS Negeri, Dewan-dewan dan PAS Kawasan-kawasan di dalam negeri Melaka.

3 ulasan:

orangpencen berkata...

his.. his...kpd pengurusan tabung haji, APA hangpa nak jawab kpd Allah nanti. bila amanah diberi, ianya dikhianati...siapa yg putuskan untuk laburkan dlm silver bird group tu? sampaikan 22%. dah kaji ke tahap risiko dan viability pelaburan tu? aku rasa hangpa akan jawab lagu ni..."boss yg suruh" he..he..he...bab ni kena buka Quraan, Allah dah sebut lama dahhh...

Tanpa Nama berkata...

Najib tak akan jawab, cari penyakit dan menempah maut namanya.Bila dah diam tu maknanya mengaku betullah tu.
Cuma rakyat pecacai buat tak faham.Kat org2 bawahan cai2 sibuk menakutkan rakyat kononya huru-hara akan berlaku jika tukarkrjaan.Katanya BN dah pandai urus ekonomi. Sejarah dah membuktikan negeri Kelantan sampai hari ni masih miskin...

Tanpa Nama berkata...

Najib, please jawab soalan yang bakal dikemukakan oleh saudara salahuddin melalui suratnya. Kalau kau tidak jawab atau beri jawapan yang bukan - bukan, kami disini akan menganggap "ya saya yang buat" dari dulu kini dan selamanya. Selagi kau berdiam diri dan beri jawapan bukan - bukan selagi itu jawapannya adalah "ya saya yang buat".