27 Jan 2013

Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti.

Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. -sanggahtoksago

Ulasan GB

Hal ini disahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Jasin semalam sewaktu menghadiri Majli Munaqashah Ucapan Dasar Presiden.

Berita ini sekaligus dapat menyembuhkan luka-luka ummah terutama ahli-ahli PAS yang sebelum ini mempertikaikan beberapa tindakan Nasharuddin yang dilihat kontroversi dan merugikan jemaah.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya Nasharuddin perlu dilucutkan keanggotaaannya sebagai ahli Majlis Syura. (baca berita di bawah)

Alhamdulillah, Allah mendengar dan memperkenankan doa GB.

Namun sekalipun beliau bukan lagi ahli Majlis Syura, belau masih tetap ahli PAS, dan diharap beliau istiqamah bersama jemaah dan menjadi seperti Khalid Al-Walid yang terus berjuang di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun tidak dilantik apa-apa jawatan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


15 ulasan:

Mat Pahit berkata...

Sokong!3x.Memang tak layak jadi ahli pas pun.Orang Bachok mati-matian menangkan, dia tinggalkan rakyat.berkarib pulak dengan musuh.

Awanama berkata...



Seorang yang berilmu, banyak pengetahuan SAYANG kalah dengan tuntutan nafsu. Dari segi kepimpinan beliau pemimpin yang PALING TAK BERKUALITI sawaktu dengan Brahim Ali, Hasan Ali, Zaid Ibrahim dan ramai lagi. HANYA MAHU MEMIMPIN TAK MAHU DIPIMPIN.

SERING MENGIKUTI KULIAH BELIAU TAPI Sekarang ni tengok dia pun takselesa......

Awanama berkata...

1 puak UG, talibarut UMNO sudah tersungkur, TAHNIAH MAJLIS SYURA ULAMA...

Awanama berkata...

Keputusan bijak mengeluarkan barua UMNO, tak selari dengan kepimpinan ulama yang bersatu bersama TGNA

Unknown berkata...

Sudah terlambat tapi masih ok lagi bertidak atas perbuatan yang jelas dan terang adalah suatu kebaikan...

Awanama berkata...

Kita tunggu dan lihat.krmana dia akan pergi.

Awanama berkata...

wak gapo gak dok sipe pok tolol nie..bue teruh lagi molek

abeNasha berkata...

mungkin ahli majlis syura tidak tahu kesan drpd tindakan membuang Ust Nasha. Tidakkah orang kuat pemuda PAS telah memberi amaran akan memepertahankan Ust. Nasha dari apa-apa tindakan. Bukankah ketua pemuda dan timbalan pemuda merupakan adik kepada ust Nasha?.

BaDiN berkata...

Tahniah Terbuang juga akhirnya jawatan tu.
Ya.. Walau kerabat ku sendiri tentang jamaah ,Nescaya dia dulu aku tentang dalam semangat Berjamaah.
Islam tidak membela kroni Tapi membela Jamaah.

ahmadyani berkata...

Sudah jelas lagi bersuluh Nasha ini lebih suka mencium tangan Najib dan Rosmah berbanding tangan Tuan Guru dalam PAS. Jadi untuk apa disimpan lagi?

Waris berkata...

Walaupun agak lembab dalamtindakan tapi aku ucap tahniah...

1000x LIKE....

Biar dia mati keras sebagai ahli biasa....

Awanama berkata...

pembuangan Nasha dari Majlis Syura adalah non-issue, ianya bagai lalat berterbangan di tepian longkang.

sedih keaddaan ibu tunggal dan anak perempuan dihalau flat tak mampu bayar sewa bulanan. tiada satu badan UMNO PAS PKR DAP beri bantuan, tengok tengok Chinese ASssociation aje bantu beri perlindingan sementara.

lagi sedih jabatan zakat tak kata apa apa pun...pada hal ini masalah umat islam, melayu pulak tu !

sedih benor.

Awanama berkata...

Itulah jalan terbaik bt nasaruddin...bt apa nk smpan pekung dlm Pas lg..masa dh tiba...

Awanama berkata...

Slmt jln ustz nasha...moga temui jln terbaek..

Budak longkang berkata...

Buatlah kerana allah.demi perjuangan utk meninggikn kalimah allah.buat sdr nasha,sekiranyer perjuangan mu sekarang ini ats dsar utk keredhaan allah,teruskan.klo rasa sebaliknyer coz sdr jer yg tau,tak hina pun utk rapat dlm sof.bahkan semakin tinggi kedudukan.sdr lbh berilmu dr aku ni,lbh fhm kan.tak perlu di fhmkn lg kan.lainlah kalo sombong rase org lean ni tahap btg kayu jer.