1 Jan 2013

[VIDEO] Empangan Paya Peda Besut Pecah, Siapa Bertanggungjawab Bayar Kerugian Penduduk?


Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.

Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.

Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan ‘Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah’. Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.

Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).

Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato’ Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.

Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan). Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.

Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ;

Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan

1 Dato’ Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2 Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3 Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di
4 Antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5 Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mendesak :

1 Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.

2 Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.

Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS lebong kuat followup hampeh

BaDiN berkata...

kroni dipentingkan Mendahului rakyat.
kes Setiawangsa DAN Kes ini tidak sama.Apabila libatkan kediaman MP BN dan org atas kayangan(Bukit) segera ditubuhkan AJK Bertindak,TAPI bila Penduduk kampung senyap membisu.
Ayuh!!!! rakyat marhain bangkitlah dikau ,jangan pangkah lagi BN nanti nasib mu tidak terbela.
Tubuh Segera Badan Bertindak utk membela nasib mu dgn Menyaman yg terlibat.

Tanpa Nama berkata...

Sedih Rakyat jadi mangsa lagi...

Negeri negeri di bawah tadbir Sekim Cepat Kaya hadapi banyak masalah tak habis habis, mendatang bala dari ALLAH SWT.

Cukuplah, Malaysia sebuah negara Islam sebaiknya kepimpinan yang ada baliklah ke pangkal jalan merujuk kepada Al Quran dan Sunnah.

Amerika Syarikat yang menongkat langit itu pun tunduk runtuh ke tanah akibat bala dari ALLAH SWT, dengan pemimpin mereka yang berkaliber dan tak NGOK macam yang ada di Malaysia sewaktu ini.

Sedarlah...Pemimpin tak boleh tamak Dunya, duit Ringgit Malaysia pun tak besar sebesar Pound Sterling ataupun Euro, kaya secoit hidup tak berkat; air muka pun nampak Poyo aje.

MasyaALLAH !

Tanpa Nama berkata...

Penduduk Bukit Setiawangsa dah tentu dapat ganti rugi. Penduduk sekitar empangan Paya Peda belum tentu lagi.

Sabuli berkata...

Dengan terjah beginilah banyak peristiwa ketidakadilan terpapar ke khalayak, bagi yang boleh guna laman maya mereka mendapat info segera dan jelas, walaupun masih bergantung kesahihan pihak sebelah mana yang ampunya infomasi tersebut.