10 Jan 2013

Pelajar Dicekup Sembunyi Bawah Katil Hotel Bajet

Kluang - Bahana tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut nafsu, seorang pelajar perempuan tingkatan lima sanggup ponteng sekolah kerana ingin berjumpa teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar ini, pagi semalam.

Malangnya, mereka dicekup berkhalwat dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) kira-kira jam 9 pagi.

Pegawai Tadbir Jaij daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat awam.

“Sewaktu operasi dijalankan, lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang bekerja di pasar malam membuka pintu bilik hotel, manakala pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyorok di bawah katil lengkap berpakaian sekolah dan bertudung.

“Hasil soal siasat dijalankan, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas sebaliknya menunggu teman lelaki mengambilnya di sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, ibu bapa pasangan tersebut akan dipanggil untuk ke pejabat agama malah, pengetua serta guru kaunseling turut dimaklumkan mengenainya.

6 ulasan:

Sehinggit berkata...

Budak zaman sekarang..terlalu banyak sosial...

ENTRI TERKINI : Wawa Tak Pakai Sepender!

Tanpa Nama berkata...

melayu semakin layu...hidup melayu..hidup melayu...hidup melayu

Tanpa Nama berkata...

kerana kurang pengetahuan ilmu agama.

Tanpa Nama berkata...

budak pompuan ni keturunan pelaq

Tanpa Nama berkata...

hai budak sabarlah dulu susun dulu
strategi wawasan dunia akhirat,jika lelaki terbaik buatmu,dia juga akan sabar,kalau tak sabar ertinya tak baik buat mu,ada cara halal kahwin cuma sabar
itu perlu,

Tanpa Nama berkata...

Remaja sekarang cepat gatal sangat. Kasihan kepada ibu bapa.