10 Jan 2013

[BERGAMBAR] SYABAS Perlu Beri Penjelasan & Bayar Pampasan

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dituntut memberi penjelasan berhubung krisis air yang melanda sebahagian besar penduduk di kawasan Ampang, Pandan dan Cheras baru-baru ini.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengetuai pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan pagi ini yang turut disertai ahli-ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta wakil persatuan penduduk kawasan terlibat.

Menurut Zuraida, 60, 000 penduduk di kawasan berkenaan terjejas teruk ekoran krisis air tersebut, lebih-lebih lagi mereka yang menetap di rumah flat kos rendah.

Pihak Syabas dikemukakan enam tuntutan iaitu menjelaskan masalah sebenar rumah pam di Wangsa Maju yang didakwa gagal berfungsi sehingga mengakibatkan bekalan air terputus di kawasan berkenaan.

Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail juga dituntut memberi penjelasan dan memohon maaf kepada penduduk berhubung krisis air itu.

Mengapa berlarutan?

“Pihak kami meminta penjelasan dari Pengerusi Syabas mengapa krisis air yang dikatakan boleh ditangani beberapa hari akan berlarutan sehingga Tahun Baru Cina? “Besar harapan kami sekiranya pihak Syabas terutama pengerusinya memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang terlibat.

“Memandangkan pengerusi Syabas menjangkakan krisis air akan berlarutan sehingga Tahun Baru Cina,maka kami ingin mengetahui pelan tindakan yang disediakan kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang,” katanya ketika ditemui di luar Ibu pejabat Syabas pagi ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR, turut menuntut jaminan dari Syabas agar perkara seumpama ini tidak berulang.

Ujar beliau, disebabkan para penduduk yang terlibat berpendapatan sederhana dan rendah maka wajar untuk sebuah dana khas bencana disalurkan kepada mangsa.

Zuraida berkata, terdapat golongan berpendapatan rendah terpaksa mengikat perut ekoran tiada wang untuk membeli makanan, menghantar baju ke dobi sepanjang krisis air in berlaku.

Selepas pertemuan kira-kira sejam itu, Zuraida memberitahu, Syabas memberi jaminan bahawa satu lencongan air sedang dibina dan dijangka beroperasi Isnin depan.

Lencongan ini katanya, memberi fokus kepada flat kos rendah yang mengalami gangguan.

Satu kaedah penjadualan air akan dilakukan oleh Syabas bersama-sama kerajaan negeri bagi mengatasi krisis air sehingga Tahun Baru Cina.

“Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah meluluskan pembinaan lencongan, walaupun kapasiti air bukan seperti biasa.

“Dengan pembaikan pam itu, daripada 100, 000 orang terlibat kini hanya 28, 000 sahaja yang terlibat,” katanya Zuraida. -FMT


Penduduk mahu bukti jika SYABAS tak sabotaj


Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.

Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS ( Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum.

Beliau bersama lebih 40 penduduk lain berhimpun di hadapan Wisma Rozali, yang menempatkan pejabat SYABAS di Shah Alam bagi menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan.

Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya.

Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS".

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Arshad yang ditemani empat lagi wakil penduduk kepada pengarah eksekutif SYABAS Ismail Hashim.

Ismail semasa menerima memorandum tersebut berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan.

Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan.

Dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Arshad berkata, pihaknya akan turut mempertimbangkan untuk mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai.

Katanya, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan.

"Kita akan mempertimbang untuk saman SYABAS. Insya Allah akan bincang dengan pihak peguam untuk ambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.
-mk

Unsur Sabotaj Isu Air : Hayat Mahu SPRM Siasat SPAN, SYABAS


Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Air Untuk Rakyat (Hayat) mahu satu siasatan terperinci dijalankan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam isu krisis bekalan air di Ampang.

Presidennya, Arshad Ahmad berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis bagi memastikan kejadikan bekalan air yang terputus itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berniat untuk memburukkan Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Syabas mendakwa lima pam air di Wangsa Maju rosak menyebabkan penduduk sekitar Ampang dan Cheras terputus bekalan air sejak dua minggu lalu.

“Kami tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Syabas kerana ia adalah tanggungjawab Syabas membuat perancangan dan pemantauan secara berkala.

“Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh kebelakangan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya contohnya kegagalan fungsi rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu.

“Mengapa semua pam itu rosak? Adakah ia satu sabotaj dari mana-mana pihak untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menyalahkan Kerajaan Negeri,”
katanya dalam sidang media selepas membuat satu bantahan aman terhadap Syabas di Wisma Rozali.

Kira-kira 50 penduduk di sekitar Ampang hadir mendesak Syabas menyelesaikan masalah itu.

Antara kawasan yang terlibat Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Jaya, Taman Nirwana dan Ampang Mewah.
-selangorku




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jikalau nak saman SYABAS sila teruskan untuk memberi pengajaran kepada kroni ini supaya berkerja untuk rakyat bukan untuk UMNO. Still tak mahu dengar cakap then saman SYABAS sampai bankrap.

Din Mun berkata...

Kat Ulu Klang 2 hari tak ada air. Semalam sampai bil naik lebih RM15.00. Tak tau apa sebabnya.

Lawyer Buruk berkata...

Ada nampak lawyer Kamaruddin tak? Masa Himpunan Bersih dulu sibuk betul bantu penjaja2 saman penganjur! Tunjuk lah muka!

The Gunners berkata...

Saman SYABAS? Dah macam saman kerajaan negeri aje. Maksudnya org2 pembangkang ni saman Pakatan Rakyat lah kan? Yelah sebab kan kerajaan negeri ada 30% saham dalam SYABAS. Tak tahu ke Anon? ;-)

Tanpa Nama berkata...

walau saham ade 30%, tapi Syabas control operasi. Kerajaan negeri ibarat pemerhati yg tiada kuasa untuk membuat keputusan. kalu saman Syabas, syabas la yg kene tanggung.

Lain lah kerajaan negeri dah ambil alih Syabas sepenuhnya. baru boleh kata saman syabas ibarat saman kerajaan negeri. Ni bila Selangor nak amik alih, Kerajaan Pusat berdolak dalih plak. Tau ke xtau Gunners ni?

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT SELANGOR PATUT SAMAN SYABAS(KRONI UMNO) KERANA GAGAL BEKAL AIR...

Tanpa Nama berkata...

Aku herannnnnn yang dok godam Langat 2 pasai apa ? Tengok betoi2 yang jadi punca masalah ialah kerosakkan pam; kalau tukag pam baru selesai masalah ! Langat 2 mai kot mana ?

Tanpa Nama berkata...

Mereka sengaja buat hal bagi tak ada air supaya rakyat marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mereka nak dera rakyat pada hal rakyat tak bersalah.

Oleh itu buang UMNO/BN (dan Syabas) jauh-jauh apabila tiba masanya nanti.

Tanpa Nama berkata...

dulu bukan ka depa kata kalu apa-apa benda pun diswastakan kualiti perkhidmatan pasti lebih baik hahaha

kes syabas ini adalah contoh yang ideal hahaha

lepaih ni swastakan udara pulak hahaha

pasti lebih segar dan nyaman hahaha

ABCD berkata...

air & elektrik adalah antara keperluan asas manusia di zaman moden, adakah dengan menyalahkan Syabas krisis air di negeri kita ini akan selesai?
dah berkali-kali tan sri MB cakap nak beli SYABAS tapi xbeli2 juga, adakah pimpinan PKR di Selangor ini sangat lemah sehingga masalah keperluan asas pun xboleh selesai...tolong jangan lihat masalah ini dari sudut politik, tapi lihat dari sudut pandangan rakyat, yang jadi mangsa adalah kami 'rakyat Selangor' bukannya tan sri khalid ataupun SYABAS!!!