21 Jan 2013

Mahathir Boleh Disiasat Bawah Akta Hasutan - Aziz Bari

BBekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.

Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta ‘pendatang asing’ di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

“MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah

“Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikai kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa (pelbagai kaum),” ujar pakar undang-undang ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa media cuba mensensasikan prosiding RCI berhubung pemberian kewarganegeraan di Sabah.

“Apakah Musa merasa kedudukan Umno dalam bahaya maka dia mengatakan isu itu telah disensasikan? “Tujuan suruhanjaya diraja itu sendiri adalah untuk menyiasat sesuatu isu penting. Prosidingnya sama seperti prosiding mahkamah, boleh dilaporkan dalam media tanpa sekatan,” tegas beliau.

“Apa guna sebuah RCI, yang dibiayai oleh wang rakyat, jika prosidingnya disembunyikan?,” tambah beliau.

Malah katanya, Musa boleh diheret ke depan RCI atas tuduhan menghina suruhanjaya itu, sekiranya tidak berhenti membuat sebarang kenyataan.

Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.

“Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan,” .

“Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu,” tegasnya.


Mahathir biadap, buta sejarah- Prof Dr Aziz Bari


KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”

“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,” katanya.

Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.

“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.

“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

- KD




Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu(melaksanakannya) tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.

"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.

Katanya 200,000 pendatang asing itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.

"Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.

"Hal ini berlaku disebabkan orang Melayu pemurah dan bersedia untuk mengurangkan kuasa mereka, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah kerana mereka memang berhak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Konvensyen sehari anjuran PERKASA Pulau Pinang itu bertujuan membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, khusus mengenai ekonomi dan pendidikan.

Antara objektif utama konvensyen sehari ini ialah menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang dan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik hala tuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran orang Melayu.

Tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu.

Yang turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Pulau Pinang Yusof Suhaimi Mohd Yatim.

- Bernama

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org tua yg dah nak senja dan bersara, pun ada org dengar lagi cakap dia.
kita buat je HKR 1JUTA kat depan rumah dia.

wulfgar berkata...

Aku peghonah dengar (tak pasti betul atau tidak) tentang doa salah seorang ulama PAS yang kini sudah meninggal. Beliau berdoa supaya Allah panjangkan umur Che Det agar terserlah kejahatan dan kezalimannya, agar semua orang nampak. Walahualam.

Tanpa Nama berkata...

Malang sggh malaysia dpt pm yg pengkhianat..ada ngo pun bodoh buta hnya smata2 kerana pngkat dn wang sje..konon bela melayu tp perabis peruntukan utk melayu..ceh!!! tak ada rasa malu lngsung...

Andre Irwan berkata...

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.
HARAMJADAH punya Che Det. Tangkap dia dan masukkan ke dalam penjara kerana mengkhianati negara yang amat di"cintai"nya.
Kalaulah dia dok pertikai hak orang Cina/India/lain-lain sebelum merdeka, lupakah dia bahawa keturunan dia bukan berasal dari Tanah Melayu juga. Kadang-kadang orang yang pandai ni pun bodoh juga.
PENGKHIANAT NEGARA.

Osama berkata...

Benar!
Prrsiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan semoga Allah panjangkan usia Dr Mahdey agar beliau melihat sendiri kemusnahan yg beliau sendiri buat & diperlihatkan kpd umum kemungkaran2 beliau tu!
Kini tanda2 itu semakin terserlah...
Kini umno semakin gelabah & mahdey gundah gulana. Dgn iringan doa...
BN KO KO BN
Hancurkan UMNO...
UMNO Be End pd PRU ke 13 nanti..
In Shaa Allah

Tanpa Nama berkata...

Kalau kesnya gitu.. Maka sabah sarawak tk layak la dpt ic cam tu.....senang jer kesnya
... Keluarkan borneo sabah sarawak dari malaysia.... Biar jer kami yg perintah negeri kami sendiri.... Tu pun perjanjian sebelom merdeka bagi sabah sarawak dikenali sebagai perjanjian perkara 18-20...apakah umno lupa atau menipu rakyat borneo selama ni...pastu sejarah tak tulis lam skolah.... Kalo korg x caya
. Gi cari kat wikipedia atau youtube...

Tanpa Nama berkata...

Mahathir ni memang perosak negara.

Tanpa Nama berkata...

Dah mengaku pun tak ada satu badan penguatkuasaan pun yg berani nak siasat, hebat tul org tua ni...

Kalaulah org yg mengaku ini Anwar...fuhhh..tak cukup tanah dikejarnya...

Inilah senario yg anak muda amat menyampah...double standard!

Tanpa Nama berkata...

Mahathir diusia senja sepatutnya banyakkan berehat. Jelas apa yang dicakapnya berbelit-belit dan ketara cara beliau manipulasikan fakta. Apa yang dicakapkan harini tak sama seperti apa yang dicakap kelmarin begitu juga tak sama pada hari esok. Nampaknya Mahathir ni pentingkan diri sendiri, bukan bangsanya kerana yang pasti kita keliru apa asal-usulnya selama ini.Zaman pentadbiran beliau banyak sangat kaki ampu bodek kerana nak jaga karier politik sendiri. Sampai bila bangsa kita nak maju, kalau asyik bercakaran, berpolitik kotor dan berkaryakan ciri-ciri fitnah untuk menjatuhkan atau melingkupkan orang. Berselindung disebalik ucapan yang mengapikan semangat sedangkan rakyat macam diperbodohkan. Rakyat diulit dengan cerita-cerita rekaan persis cerita hindustan dulu, kini dan selamanya tanpa rasa erti taubat. Yang penting kepuasan sendiri, kehidupan sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Apakah kes ini menjadi titik permulaan tanda2 kejatuhannya?

Sama-samalah kita semua saksikan...

Tanpa Nama berkata...

Mahathir Kutty ni pembohong besar dan cuba bangkitkan kes Tunku sebelum tahun merdeka untuk melindung kesalahan dia.Pembohongannya mengatakan dia beri IC Biru kepada PATI diSabah ikut Perlembagaan adalah satu pembohongan.Sila lihat laporan The Star pada 19hb Jan 2013 muka surat 24 betapa senangnya PATI diberi IC Biru diSabah semasa dia jadi PM dulu.Dewasa PATI melebihi rakyat Sabah sendiri atas tindakan Mahathir Kutty.Wajar dia diheret kemahkamnah atas tuduhan "pengkhianat bangsa dan negara".Sudah hampir 30 tahun baru kes ini terbongkar.Apa yang dilakukan oleh Najib dan Hishammudin hari ini,sepatutnya tidak wajar menunggu masa yang lama untuk dibongkar.Apa yang dilakukan oleh Mahathir Kutty diSabah dulu diikuti oleh Najib dan Hishammudin hari ini - matlamatnya sama,untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN - SPR dan Jabatan Pendaftaran jadi agentnya.

Tanpa Nama berkata...

ini baru Kerala mari, kalau Chennai mari penuh bau busuk satu kapalterbang...

Welcome To Kerala

Tanpa Nama berkata...

+1

Prrsiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan semoga Allah panjangkan usia Dr Mahdey agar beliau melihat sendiri kemusnahan yg beliau sendiri buat & diperlihatkan kpd umum kemungkaran2 beliau tu!
Kini tanda2 itu semakin terserlah...
Kini umno semakin gelabah & mahdey gundah gulana. Dgn iringan doa...

Tanpa Nama berkata...

Semua budak-budak tingkatan 5 yang akan ambil SPM tahu prinsip Jus Soli ini yang di syaratkan oleh British sebagai balasan kepada kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya)pada 1957, yang kemudian menjadi Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Bagaimana seorang bekas pm selama 22 tahun tidak tahu fakta ini?. Jawapannya bukan tidak tahu, tetapi nak cari jalan melepaskan diri. Malangnya pekara yang di bawakan oleh beliau menjadikan dirinya lebih jahil dari budak sekolah tingkatan 5, calun SPM.