16 Jan 2013

Lim Guan Eng & PRkah Yang Sebabkan Melayu Di Johor Semakin Merempat?

Kedudukan Melayu Johor membimbangkan

Tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

KUALA LUMPUR: Masa depan hak ekuiti masyarakat Melayu Johor kini didakwa semakin merosot dan jurang perbezaan prestasi ekonominya kian membesar akibat lambakan pelabur asing masuk ke negeri itu.

Kebimbangan itu dinyatakan wakil agensi kerajaan, perwakilan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu resolusi Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan.

Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas ketika membentangkan resolusi yang tercapai pada 6 Januari lalu itu berkata, kongres turut kesal dengan isu hak milik tanah orang Melayu Johor apabila tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

Syed Ali berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor akan ditentukan daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia di mana 80 peratus daripadanya dikuasai pelabur asing.

“Projek Iskandar memundur dan memiggirkan orang Melayu dari segi ekonomi sekaligus meningkatkan jurang kemiskinan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, pendapatan perkapita penduduk Johor juga semakin rendah apabila kebanyakan masyarakat Melayu kini tidak mampu lagi membeli rumah di sekitar kawasan Iskandar.

`Tanah sendiri dimiliki orang asing’

“Bayangkan rumah dengan keluasan 1, 300 kaki persegi kini mencecah RM1juta.

Individu yang bergaji RM5,000 pun tak mampu membelinya kerana bank hanya membenarkan pinjaman sehingga RM200,000 sahaja.

“Lebih teruk tanah sendiri dimiliki orang asing…ini situasi merbahaya yang dihadapi penduduk Johor,” katanya.

Koridor pembangunan yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad dan terletak di Selatan Johor itu mempunyai keluasan kira-kira 500,000 ekar, kira-kira tiga kali ganda daripada keluasan Singapura.

Sehubungan itu, Kongres itu mencapai satu resolusi mahu mendesak kerajaan memperuntukkan 30 peratus (24,000 ekar) Nusajaya kepada orang Melayu.

Selain itu, kongres turut meminta Jambatan Selat Tebrau yang dikenali sebagai ‘Jambatan Bengkok’ yang terbengkalai diteruskan semula.

“Rugi kalau jambatan yang dibina dengan kos RM700 juta itu terbiar.

Kalau tambah modal RM700 juta lagi boleh selesai,” katanya.

Kongres itu juga mengambil ketetapan untuk menggunakan status Melayu, dan bukan lagi Bumiputera bagi mengelakkan daripada penyelewengan dan kekeliruan kepada status ‘Bumiputera’ dimanipulasi oleh pihak lain demi keuntungan pihak tertentu. -FMT

Ulasan GB

Sebelum ini media pencacai heboh menyerang kerajaan Pulau Pinang kononnya penyebab kepada tergadainya tanah-tanah milik orang Melayu di negeri itu.

Lim Guan Eng caivinis, Lim Guan Eng pengkhianat, Lim Guan Eng hapus tanah milik Melayu dan segala macam ungkapan mak nenek untuk memfitnah kerajaan PR di Pulau Pinang.

Bangunlah segala jenis pencacai dan malaon todi berdemo dan berarak untuk menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang, siap dengan mencarut dan bahasa perkauman.

Tup tup hukum kebenaran dan keadilan pun terdedah. Rupa-rupanya di negeri dimana UMNO berkuasa dan paling kuat di negara ini, itulah negeri yang telah menyebabkankan tanah-tanah milik orang Melayu terjual dan tergadai bukan kepada rakyat di negara ini tetapi kepada warga asing.

Sekarang meludah ke langit terkena sendiri!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hakikat ini masih lagi kebanyakkan melayu UMNO yang tinggal di setinggan, rumah2 PPR yang terus menyewa tanpa diketahui bila akan dimiliki sepenuhnya dan rumah2 yang berstatus tol disekitar kawasan Iskandar ini terus tegar menyokong UMNO yang dijanjlkan akan dapat memiliki sekurang2nya rumah yang paling rendah nilainya iaitu sekitar RM300,000.00 . Tetapi berapa ramaikah golongan2 ini yang mampu memiliki rumah2 i Iskandar ini? Walhal penduduk inilah yang tidak sedar2 , selama ini telah dipergunakan oleh UMNO kononnya hanya UMNO mampu membela mereka. Renung2kan lah wahai rakyat kebanyakkan , ubah sekarang. TIADA UMNO RAKYAT SENANG......

Tanpa Nama berkata...

Siapa punya kerja kalau bukan bekas menteri besar johor yg menjadi TPM sekarang. Ibarat pak kadok menang sabung kampong tergadai.

Hamparan air jernih empangan lengiu milik singapura, iskandar johor, rapid pengerang digadai atas nama pembangunan.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka sokong lgi mnooooo.

Tanpa Nama berkata...

penswastaan,tidak relevan nampaknya,yg kaya tambah kaya yg kuli tetap kuli,bayangkan 1 individu boleh jadi chairman banyak company,

Tanpa Nama berkata...

Palestine pun dulu macam ni. nak cerita pulak negara orang. jaga negeri sendiri jangan jadi macam palestine..Jangan salahkan orang yang membeli, salahkan siapa yang mentadbir negara sehingga tanah sendiri milik orang, menang ayam kampung tergadai, MELAYU yang artinya seperti bunga yang sudah hampir hilang sarinya. Nampak cantik tapi tak memberi apa2 arti yang akhirnya layu menyembah bumi.

Tanpa Nama berkata...

Assalam

Sebagai anak johor, masalah ini telah bermula sejak zaman osman senget dan seterusnya amat buruk semasa TS TPM kerana cuma tanah kubor dan angin aje di tak jual (pinjam cakap YB saifuddin). sebab itulah Almarhum Sultan Johor campak dia ke KL. Kalau TS TPM jadi PM, serupalah nanti mungkin tanah kubor pun akan diswasta kerana manusia itu tak akan berubah dan ia hanya berubah sekiranya TS taubat dengan sesungguh taubat, tapi setakat taubat nasuha dan aqal UMNO, tak jadilah dan sekiranya taubat dan hafaz Quran dalam masa setahun, insya Allah. Kita akan dilindungi Allah8634

Tanpa Nama berkata...

hidup melayu...hidup melayu...hidup melayu....huhuhuhuhuh..melayu dh jadi tunggul kayu... angkara pemimpin melayuuu...hidup melayu...hidup melayu...hidup melayu....

Tanpa Nama berkata...

lagi lama depa perintah lagi banyak yang musnah kalau pasai jerit melayu melayu depa nombo 1 lani apa dah jadi melayu duk merayu rayu

Tanpa Nama berkata...

PP pada satu ketuka dulu pun majoriti penduduknya org melayu.namun akibat kerakusan pemimpin UMNO maka terjadilah seperti sekarang,,kini giliran johor pula,pemimpin2 UMNO hanya pentingkan tembolok mereka,mencipta pelbagai sloga konon nya membela melayu tapi hakikatnya mereka2 inilah yg menjual dan menggadai harta2 melayu.benarlah puisi yg dibacakan ketika perhimpunan agung UMNO baru2 ini,,BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.

Tanpa Nama berkata...

Report kt JATI bro..biar hasan akidah wat keje ckit..ngo parasit

Tanpa Nama berkata...

Adakah DAP, PKR ATAU PAS yang serah Singapura?

Tanpa Nama berkata...

melayu johor berubahlah, lu kena ingat yb yang lu sokong tu (tak semua) sebenarnya adalah kuda-kuda tunggangan atau kerbau yang kena cucuk hidung. Depan lu ja nampak berjaya, tapi.....

Tanpa Nama berkata...

Inikah dikatakan pembela orang melayu dan orang Islam? Orang Islam kesusahan dibiarkan begitu sahaja tanah pula dijual kepada negara Singapura yang sememangnya cukup terang dan jelas bersengkokol dengan kerajaan Isreal Yahudi Laknatullah. Tak lama lagi Johor pun habis dikebas oleh negara Singapura percayalah kalau masih lagi kerajaan cap dacing memerintah.

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap Melayu Johor sedar perkara ini. Menang sorak kampung tergadai.

Osama berkata...

Melayu Johor darul umno tak akan berubah kerana semua angkara kepupusan tanah negri johor yg jatuh kpd bukan Melayu adalah angkara hasutan PAS PKR & DAP!!
Korang tanya lah warga johor di PPR, setingan2, kotai2, kampung2 & felda2!! Semua tau kebejatan umno namun utk beralih angin dgn menolak umno be end namun tidak!
Kesian warga Darul Kemetot....