30 Jan 2013

[KES ANIAYA] Bank Enggan Bayar Walaupun Wang Mustafa Hilang Dari Akaun

Kuala Lipis - Seorang kakitangan kerajaan di sini mendakwa kerugian RM1,500 apabila wang yang disimpan dalam akaun sebuah bank lesap setelah mesin juruwang automatik (ATM) gagal berfungsi ketika dia mengeluarkan wang.

Mangsa, Mustafa Kamal Kamarudin, 51, berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bank di Raub pada 27 November tahun lalu kira-kira jam 11.45 malam apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun miliknya.

“Ketika itu, mesin ATM terbabit berfungsi seperti biasa namun setelah saya memasukkan jumlah pengeluaran, tiba-tiba perkhidmatan mesin terbabit tergendala.

“Kad ATM saya keluar seperti biasa namun wang tunai sejumlah RM1,500 bersama resit pengeluaran tidak dapat dikeluarkan. Saya mula bingung dan menanti untuk beberapa minit namun wang terbabit masih tidak dikeluarkan,” katanya semalam.

Mustafa Kamal berkata, pada keesokan harinya dia yang sedang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan berhenti di sebuah bank di Bentong untuk mengeluarkan wang simpanan terkejut apabila melihat baki wang di dalam akaun hanya RM513 sahaja.

Menurutnya, selepas pulang dari Negeri Sembilan, dia kemudiannya membuat laporan kepada bank berkenaan kehilangan wang terbabit namun pihak bank meminta tempoh sebulan untuk melakukan siasatan.

“Minggu lalu saya terima laporan daripada bank dan dalam laporan itu tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam. Saya hairan kerana waktu di dalam laporan terbabit tidak sama dengan waktu saya mengeluarkan wang.

“Saya kemudian meminta kebenaran pihak bank melihat kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan saya tidak menerima wang berkenaan namun pihak bank minta saya buat laporan polis dahulu,” katanya.

Mustafa Kamal berkata, setelah membuat laporan polis, pihak bank kemudiannya membenarkan dia melihat CCTV berkenaan dan pegawai bank terbabit mengesahkan bahawa dia tidak menerima wang simpanan berjumlah RM1,500 itu.

“Saya kemudiannya menuntut pihak bank agar memulangkan kembali wang terbabit namun saya terkejut apabila pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa tiada ganti rugi dalam kes seperti ini," katanya.

Dia melahirkan rasa kecewa kerana pihak bank terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku padanya. -SH

Ulasan GB

GB merasakan pihak polis perlu jalankan siasatan ke atas bank berkenaan.

Ini kerana laporan daripada bank dan tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam.

Sedangkan En Mustafa, pemilik akaun berkenaan membuat pengeluaran pada 27 November jam 11.45 malam

Siapa "hantu" yang telah mengeluarkan wang hampir tiga jam sebelum Mustafa tiba di ATM?

Ini mengingatkan kita kes Lisa Surihani yang kehilangan wang sebanyak RM50,000 dari akaun banknya yang juga terletak di negeri yang sama. (Baca berita lampiran)

Nampak gayanya ia seperti menggunakan modus operandi yang serupa. Persoalan kini, berapa ramai lagi bakal jadi mangsa dan berapa banyak lagi jumlah wang pelanggan di bank akan hilang akibat sikap bank yang lepas tangan dan enggan bertanggungjawab, seperti didakwa oleh Mustafa di atas?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


31 ulasan:

Along berkata...

Sefaham saya, transaksi pengeluaran dari mesin ATM yang tidak keluar wangnya, tidak sepatutnya hilang. Ini kerana wang yang sudah dikira oleh mesin tetapi tidak keluar dari mesin akan diasingkan kedalam satu tempat lain dalam mesin tersebut dan ianya akan dicetak didalam repot yang berada didalam mesin tersebut.

Jika pegawai bank mengatakan tiada gantian untuk duit yang tidak keluar itu, saya rasa bagi penampor jer kat muka dia. Repot transaksi boleh diminta untuk mengesahkan berlakunya transaksi.

Tanpa Nama berkata...

dah banyak kali kes macam ni tak kan pihak bank tak buat langsung kaedah untuk mencegah kejadian seperti ini berulang.sebelum atm diguna pakai kita kena buat ujian penggunaan dan ujiaan untuk kenal pasti kelemahan tujuan nya untuk menyenangkan ke 2 pihak pelanggan n bank.ini apa punya jawapan pihak bank tak bertanggung jawab ai senangnya buat keja.apa dah jadi dengan sikap tanggungjawab kita yang menyediakan kemudahan untuk awam.kita tahu kelemahan setiap sistem pasti ada tapi kita juga ada sediakan kaedah penyelesaiannya.jangan jadi hidup nak senang kita aja.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya simpan di bank pun tak selamat. Mungkin orang dalam sendiri yang terlibat. Saya mengatakan demikian kerana saya sendiri mengalami kehilangan wang sebanyak RM2,600 beberapa tahun lepas. Ini akibat kad ATM hilang. Yang pasti bukan kakitangan bank tidak tahu nombor PIN orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Mangkok hayun punya pegawai bank ! Bertanggungjawab la woi, geram aku mendengarnya. Tak kira la walaupun RM10. Dah la menyusahkan pelanggan. Saya harap Tribunal Pengguna, Persatuan Pengguna dan lain2 pertubuhan yang berkaitan sila ambil perhatian.

Harimau-Menaip berkata...

Assalamualaikum.

Saya juga pernah mengalami perkara sama. Saya kena jam 5.50 petang di bank Hong Leong. Situasi yang sama dengan mangsa. Slip sahaja yg keluar..duit tidak keluar. Saya buat pengeluaran sekali lagi dan slip menunjukkan wang telah shortage rm3k. Maknanya, pengeluaran yang pertama (walaupun tak keluar duit) adalah dikira. Saya terus ketuk cermin bank sebab nampak ada staff yg belum balik. Terkial2 dia bila saya tinggikan suara. Dia check di skreen dan dapati memang ada pengeluaran kali pertama. Saya terus isi borang aduan. Hari berikutnya, mereka refund dalam akaun.

Nasihat saya, sentiasa simpan slip. Pedulikan green future ke hapa ke.

Tanpa Nama berkata...

nak tahu nama bank itu , supaya kita sama sama boikot. Takut juga bila simpan lagi di bank bank, elok simpan tempat lebeh selamat.Dunia akhir zaman apa apa boleh berlaku........

Tanpa Nama berkata...

stelah baca kisah ni..
xhairan la aku.. berlaku kes2 mesin ATM dilarikan/diletupkan..
kemungkinan kes2 sbegini dilakukan oleh pelanggan bank tu sendiri.. hahaha !!

ZULFI DESIGN berkata...

Report kat PIDM je...

Tanpa Nama berkata...

Apabila institusi kewangan tidak selamat dalam menjaga amanah pelanggan....nampaknya rakyat akan kembali menyimpan wang di dalam bantal.

Tanpa Nama berkata...

Kawan sy penah hilang 2 kali dr Bank Islam n dua2 kes dia x dpt pape. Kes kedua duit gaji dlm rm1500, siap buat report polis tp smpi skang bdiam diri je. Bila jmp org bank byk alasan dorg bagi contohnye pegawai yg bertggungjwb xde kat bank ms tu..nampak ngat menipu. Kesian kat member..

Tanpa Nama berkata...

Double std. ....dompet ayah sy kne curi nk tgk cctv smpai skrg x dpt....kurg pandai

Tanpa Nama berkata...

nasihat i...better u g buat repot polis...then biar polis yg siasat kes ni...bgtau la bukti2 yg u ada kt pihak polis utk mempercepatkn siasatan..bg skali nama pgwai bank yg xnk responsible tuh...senang2 je nk lpas tangan...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa saudara mustafa akan mendapat wangnya semula.

Selalaunya, selepas laporan dibuat kepada pihak bank, mereka akan memaklumkan kepada pihak Safeguards untuk membuat penyelarasan.

Apabila akaun saudara telah didebit, namun wang tidak keluar, maka catatan di CASH JOURNAL cetakan mesin ATM akan menunjukkan bahawa terdapat kegagalan transaksi dan apabila pihak Safeguards membuat penyelarasan, maka jumlah fizikal cash tidak akan sama dengan jumlah debited account dan semua yang yang lebih akan dibayar melalui aduan/laporan yang dinyatakan.

Time frame adalah selama 5 hari bekerja, itu procedure yang ditetapkan oleh BNM atas seiap aduan. (Pegawai yang memaklumkan tempoh sebulan mungkin pegawai baru)

Saudara Mustafa,
kes ni terlalu kecil dan mudah untuk diselesaikan. Insyallah, saudara akan mendapat kembali wang saudara.

Kalau masih tak dapat jugak: BNM le jawapannya.

mantibai

Tanpa Nama berkata...

Ingat polis ni ringan tulang ke nak siasat hal2 mcm ni? Kalau melibatkan orang kenamaan mungkin la kot. Aku x pernah kena hal mcm ni tetapi aku mmg x pernah buat pengeluaran dr Atm Bank Islam. Aku mmg dah anti kat bank islam ni. Menyampah aku.

Tanpa Nama berkata...

Kwa bapa aku pun bnk islam jugak

Tanpa Nama berkata...

aku pernah jadi mcm ni dkt cimb...atm tak keluar duit, baki mengatakan keluar tapi dkat slip tulis error...jadi aku report besoknya dan staf bank tu enlarge slip atm tu..dia ckp mmg kalau jadi mcm ni duit tu akan masuk bahagian khas dlm atm tu...so dlm 24 jam dapat balik. Satu kes lagi di bsn..aku bayar etiqa...mangkuk tu pi letak akaun lain pulak..so etiqa sudah lapse...4 bulan baru aku tau..nasib baik slip ada..so mcm tu jugakla..staf tu potostat slip dan tak lama pastu setel la...pengajaran kt sini, segala bukti transaksi kena simpan!

Tanpa Nama berkata...

Kes2 yg melibatkn bank terus report kt bank negara, aduan akan disiasat dgn segera...menggelupur peg bank tu bila dia tau kita buat aduan kt BNM.

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang pihak bank cawangan ni tak mahu mengaku kesilapan mereka. Pernah satu ketika, pegawai bank telah melakukan kesalahan yg nyata kepada saya selaku pelanggan, saya telah membuat laporan terus kepada bank pusat... selang beberapa hari rumah saya telah dikunjungi Pengurus bank cawangan tersebut, bersama 2 pegawainya dan seorg wakil bank dari Melaka memohon ampun dan maaf dan datang membawa bersama hamper...

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah bekerja dgn foreign bank. Kerja jaga atm dgn pcd. Sebarang urusan kita boleh check. Ada kamera, ada journal atm, ada cd jgk. Semua boleh guna untuk check transaction tu. malas punya staff tu. Cuba duit dia yang hilang, tau je dia mcm mana nak trace sapa yang ambik.

Tanpa Nama berkata...

Dulu simpan duit dlm bank, klu x aktif pun makin byk. Skrg dia telan idup2. Plk tu byk caj tsmbunyi. Org bank ni antara pkerja yg besar pluang utk mkn duit haram. Naya aku, aku sumpah ko x lulus Sirathul Mustaqim.

Tanpa Nama berkata...

Repot, repot, repooottt dia... Nk repot dia kt BNM. Ye yeahhh!

Tanpa Nama berkata...

saya pun telah kehilangan wang sebanyak RM400 nak tekan mesin ATM katanya x cukup amount.saya terus melaporkan dekat staff bank tu pada 16hb tp pihak bank sampai skrang masih x maklumkan apa2 jawapan kepada saya..sumua transaksi berlaku di jakarta bila masa plak saya pegi jakarta beli barang kat sana.. apa lah nasib baru je start kerja da short.. :(

Tanpa Nama berkata...

Isnin baru nee sy keluarkan duit dr ATM RHB di dlm petrol stesen Petronas near to tol Puchong. Tunggu duit 2K tak keluar..ada tekan utk resit...pun tak keluar. Hari sama pegi ke atm bank Rakyat..yg sepatutnya..cuma 1K jee bleh kuar..sah blaku trans. wpun duit tak dpt...aper perlu buat dlu ..yee. Cal bank RHB..report dlu ke..atau cal BNM..Tkasih bg info.

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
Suami saya Br Kehilangan Wang Rm500 Dari Atm.beliau Tertinggal Kad Debit Di Mesin Atm Tanpa Menyedari Transacion Belum Selesai Di Bank Islam Kotaraya.ni kerana Suami Hanya Ingin cek Baki Akaun,dan Di Bank islam Baki Akaun hanya tertera Di Slip.pada Masa sama suami ada Urusan di Kauter Bank.oleh kerana Namanya Telah Dipanggil Dia Tidak Perasan Kad Debit Masih Belum Dikeluarkan.selang Beberapa Minit Beliau Cek Semula Baki Duit menerusi Hp Duit Telah berkurangan Rm500 dan Mendapati Kad Debit tidak berada Di Dalam Dompet.pihak Bank Mengesahkan Ada Orang lain telah Membuat Transaksi tersebut Dan Mengambil Kad Debit Beliau.pihak Bank Telah Memblock Kad tersebt Dan Suami ingin Melihat Cctv Apa yg Berlaku.pihak Bank Suruh Suami Buat Report Polis.report Telah Dibuat Dan Suami telah Melihat Org Yg Mengambil Duit dan Kad Beliau.namun Pihak Bank Beritahu Jika Nak print Gambar Pencuri Tu Kena Buat Surat Dan Bayar Rm100.anda rasa Wajar Ke Bank Buat Begitu.ambil Kesempatan Atas kesusahan Orang.suami Telah rugi Rm500,dan Nak Kena Bayar Rm100 Utk Print gambar Pencuri Tu.at Last Suami Xnak Byr Dan Biarkan Saje..saya Tak Puas Hati Dgn Bank.

Tanpa Nama berkata...

saya juga merasakan slip yg dikeluarkan mesin Atm agak tidak memuaskan,dakwat cepat hilang.ini juga sangat merisaukan,sebab bukti tak bleh di simpan lebih lama2.

Tanpa Nama berkata...

kita kan pandai internet. Selalu semak akaun online ok kot.

Tanpa Nama berkata...

Baru kena harini...1st,seumo idop...ngeri,panik..rs nak pitam..nk demam...

Report kt rhb bank,dorg kata 7 hari bekerja...
(Sbb cucuk kt atm rhb)

Repot kt public bank,dorg kata..ok...nnt officer kita call
(sbb kad meps,public banK)

Bila tanya,nk kena wat repot polis ke..dorg kata,xperlu...

CanEee???
Rm1.5k..bukan sikit2 tu..duit gaji,nk bli susu anak...

Cik Yuyu berkata...

sbb tak de kesedaran utk bnda2 mcm neh. Tgk kat mesin atm, ada no tel utk report. Bl ada isu, trus report. Bkn bt rilex tggu esk. Ada bank service 24 jaM. Tel, bt report.. Cust servc akn bt report. Biasa mmg amik masa. Nk siasat dgn pihak atmc, branch.

lyzah berkata...

sy pn kena gak. yg ni bt online transaction tp failed. tp bila cek balik, duit dlm acc tu dah tolak tp xmsuk pn p acc yg satu. bila report, dorg kata amik msa, blh tau tak brp lma blh dpt duit msuk acc kita?

Tanpa Nama berkata...

Aku Pon kene bro..11hb sept 2016..smpi skang xdpt lg.rm400 je..tiap kali aku kol mst bg Alasan. tp xpe..tiap kali aku kol mst aku rakam apa yg mereka nk auta aku...

Unknown berkata...

Kes sma dengan sy hri 2.. smapai skrg duut x dpt biar pn rm200.. dan pada hri ini sy trkena lg sekli, yg ni plak kes lain, duit dlm acc tiba2 berkurang..