30 Jan 2013

[ISU NASHA] Terserah Kepadanya Untuk Sertai Mana-mana Parti Selepas Ini


Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. -SH


Nasha dipecat dari Majlis Syura kerana merugikan parti, kata Dr Mahfodz


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Majlis Syura menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau dipecat dalam majlis tersebut.

“Majlis Syura memecat beliau kerana tindak-tanduknya merugikan parti, jadi kita anggap ini adalah proses saringan untuk membaiki dalaman parti.

“Lagipun, beliau tidak hadir dalam tiga mesyuarat Majlis Syura, dan memang ada dalam perlembagaan parti mengatakan beliau boleh dipecat. Ini satu tindakan disiplin,” kata Mahfodz yang dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mahfodz lagi, sokongan akar umbi tidak akan berpecah, memandangkan mereka lebih mengutamakan perjuangan parti dari perjuangan individu.

“Sejarah keluar parti ini dah banyak kali berlaku. (Datuk) Asri Muda, yang merupakan bekas Presiden parti sendiri keluar parti, begitu juga ramai lagi pemimpin PAS juga keluar parti, tetapi akar umbi masih bersama PAS kerana perjuangan parti lebih penting dari individu.

“Yang angkat dia pun orang luar, jadi saya tak nampak perpecahan dalaman parti,” kata Mahfodz lagi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata banyak lagi isu yang boleh diulas, kerana pemecatan Nasharuddin bukan satu isu penting bagi parti.

“Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan, Nasha ni dah tak ada benda, we move on.

“Lagipun dia dah boleh masuk mainstream media, biarlah dia, kalau dia nak masuk Umno pun tak kisah. He is gone case,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Mustafa Ali enggan memberi komen, dengan berkata pihak eksekutif menerima keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Semalam Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharuddin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya,” kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online semalam.

Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharuddin.

Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Nasharuddin baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakan Fatah.
-TMI

6 ulasan:

Awanama berkata...

Ustaz Nasha boleh join manaa - mana parti kecuali parti PAKATAN. Saya harap parti PKR dan DAP jangan terima manusia ini kerana kalau dia sudah cari masalah dalam PAS tak mustahil parti dalam pakatan dia akan cari hal. Parti UMNO dan seangkatan dengannya kalau kau nak join silakan kerana parti ini memang khas untuk orang yang bermasalah sahaja.

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Jika Ustaz Nasha nak menyertai mana2 parti pun terpulanglah pada beliau sekali pun UMNO. Saya kira tak perlu PAS mendokong biawak hidup yg akan menyusahkan PAS sendiri. Sepatutnya PAS sudah lama mengambil tindakan memandangkan beliau tidak mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan olih Majlis Syura terhadap ahli-ahlinya. Apa lagi beliau banyak bermasaalah dengan PAS dan tidak memberi komitmen yang baik kepada Syura termasuklah kerap kali tidak hadir ke mesyuarat.Jadi jelas di sini, jika beliau berminat dan istigamah dalam perjuangan PAS sudah pasti beliau mematuhi peraturan2 yg ditetap olih PAS. Saya kira tanpa beliau PAS masih lagi utuh dalam prinsip perjuangan. Banyak lagi anak2 muda yg bolih diketengahkan dalam pucuk pimpinan yg lebih berprinsip dan mempunyai semangat juang yg tinggi.

Carlos Santiago berkata...

hemmm..sebab apa sebenar yea..
BANkami

Awanama berkata...

Dari dulu lagi aku tengok dia ni tak ada karisma apa lagikaliber kepimpinan. Memang ramai orang minat berjuang dalam pati politik tapi ketokohannya "somebody we can do without". PAS kena berhati-hati dengan yang sejenis dengan macam ni...

Awanama berkata...

Nasha Nasha....

Buat habis beras aje jadi orang!

Bazir duit cukai rakyat nsmpak gaya nya.

Mak bapak sudah lah malu....

Awanama berkata...

KALAU BOLIH JANGAN PECAT NASHA , HANYA TAWARKAN KERUSI PARLIMEN LAUT CHINA SELATAN YANG MANA KAWASAN YANG LUAS DAN PENGUNDI PUN BANYAK.