11 Jan 2013

HRK Perhimpunan Haram? Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Jabatan Kebajikan Malaysia

Ibu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang membawa anak menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Datuk Noraini Mohd Hashim berkata, ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin. - Bernama

Ulasan GB

Kenyataan di atas AMAT tidak bertanggungjawab kerana sudah jelas ia menyatakan perhimpunan HKR 112 sebagai perhimpunan haram sedangkan polis dan pihak pengurusan stadium sendiri SUDAH membenarkan perhimpunan itu diadakan - bererti ia BUKAN perhimpunan haram.

Tindakan boleh dan perlu diambil ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kejikan Malaysia tersebut dan agensi berita yang melaporkannya iaitu BERNAMA kerana dengan TERANG DAN JELAS cuba menimbulkan persepsi negatif dan provokasi sesuatu aktiviti yang telah dibenarkan oleh pihak berkuasa.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah terlampau nak mengampu nak mengipas dan nak jaga kerusi; inilah jadinya sehingga buta mata, buta hati and buta perut ! Orang macam ni sebenarnya tak layak duduk di kerusi tu. Nak larang boleh, tetapi aras ayat tu sangat tak kena, nampak yang awak tak cerdik dan tak bijak !

Tanpa Nama berkata...

JKM penipu! HKL sebenarnya telah pun mendapat kebenaran pihak berkuasa. Tak payahlah sampai nak berdusta di kaca TV. Buaang masa saja. Elok balik kemas rumah lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

bila org cakap bangang...marah....tapi belum bercakap pun dah nampak bangang.....PR dah dpt persetujuan dari pihak stadium dan kebenaran dari polis.....maka mana...haramnyer perhimpunan tersebut.....itu persepsi yg ditimbul oleh UMNO/BN yg dah desperate utk menipu rakyat.....lantak koranglah...ader aku kisah....melayan org bangang..nanti kita pula jadi bangang....

Tanpa Nama berkata...

kalau tak nak rakyat berhimpun tunjuk perasaan buat lah pilihanraya tgk jepun korea mesir dan byk lagini apa ni dok suruh napolean kecil hang tu dok buat kerja najib perjatuh bangsa bugis tak boleh ikut ngah ibrahim atau ngah kamdin jgn mengaku bugis le

Unknown berkata...

ALLAH.... JABATAN KEBAJIKAN....JAGALAH KEBAJIKAN YANG DIPERLUKAN OLEH RAK YAT. RM 1800 DIPERLUKAN DALAM MASA 9 HARI UNTUK MASUK BESI PADA PESAKIT PPRT. MINTAK DARI JAB KEBAJIKAN, BANYAK SONGET. 3 BULAN BELUM TENTU DAPAT LAGI. NAK DULUKAN DUIT ORANG LAIN, NANTUI JAB. KEBAJIKAN TAK MAU GANTI. JANGAN SIBUK LA DENGAN UGUTAN BAWA ANAK KE PERHIMPUNAN HKR.

Tanpa Nama berkata...

Hello Pengarah Jabatan Kebajikan, apa kuasa kau boleh mengatakan HKR itu haram. Kau bukan mufti jadi ada baik kau diam daripada kau jatuhkan hukum ikut suka hati kau sahaja.

Ammy Hassan berkata...

Yang pastinya, selepas PRU 13 Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat bertukar ganti. Jangan jadikan jawatan yang disandang sebagai jawatan dalam parti politik. Yang membayar gaji engkau bukan UMNO-BN bonggok!

Tanpa Nama berkata...

Jkm kaki bodek yang bangang

BaDiN berkata...

Tuan GB;
Malam ni tak ada ke Live ke? dari Kelab Sultan Sulaiman .Kg Baru.
Ceramah sempena peristiwa Bersejarah esok.
harap gb link di sini agar senang kami ikuti bersama dari jauh; Jika Ada program tersebut.

Tanpa Nama berkata...

sy sokong sgt boss JKM ni dihentikan nanti..sy OKU dr Pahang tahu sgt JKM xboleh diharapkan utk membantukan Orang Kurang Upaya..dia menyibukkan pasal Himpunan hanya nak tunjukkan mukanya kpd umno mereput tu..

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Kebajikan. Masyaarakat hanya nak bantu UMNO bukan rakyat yang memerlukan?

zax berkata...

Ketua peminta sedekah..aka pencacai umngok lahanat..ikut perangai bekas bos dia mami ijat lembu...otak lebih bangang dr lembu..

Tanpa Nama berkata...

Kp jkm jgn nak mengampu menteri la. Kp jkm dan ksu kementerian wanita sama je bodo. Isu bela lembu dlm kondo dihalalkan tp hkr dikatakan haram. Kat situ je dah nampak kebebalannya

Andre Irwan berkata...

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan di Malaysia,
99% pegawai berjawatan tinggi kerajaan bukannya dinaikkan pangkat kerana kelebihannya tetapi kebanyakannya kuat ampu @ bodek, tiada integritinya dan kurang cerdik. Kenyataan yang dikeluarkan oleh orang atas diterima bulat-bulat sehingga "nampak" depa tu bodoh dan bangang dan seolah-olah "ketua" depa tiada cacat celanya. Pegawai kerajaan ni akan bercakap benar bila depa pencen (mungkin sedar diri dah nak mati kot).
Inilah budaya kerja Pegawai Kerajaan Malaysia. Rasuah sudah menjadi darah daging. 10%, 20%, .. menjadi sebutan kontraktor bila kita tanya depa. Depa tak berani beritahu SPRM sebab takut tiada projek selepas ni. Dengan Tuhan, depa tak takut. Lagipun, SPRM, .. boleh cayakah?

Tanpa Nama berkata...

Ini jkm bodoh bangang.polis dah bagi kelulusan utk berhimpun dikatanya perhimpunan haram.jkm ini tahu baca undang2 ke tidak.