11 Jan 2013

Ahli Ekonomi Ramal Pakatan Rakyat Menang PRU 13!

Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.

Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.

Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.

Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU.

Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250.

Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU.

Bantuan lain termasuklah voucher buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar.

Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center.

Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama.

Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu.

Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, dimana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan.

12 ulasan:

BaDiN berkata...

Alhamdulillah.
Semoga ianya menjadi kenyataan Isya'Allah.

obat alami hipertensi berkata...

senoga yang dapat yang terbaik aja!!

muzium padi gunung kheyang berkata...

janji PR menang, lain perkara tak penting.buat apa banyak-banyak kalau tak berkualiti.dengan kemenangan yang ada,seluruh sistem yang bobrok akan dihapuskan.
semua penyamun dan perompak harta rakyat dapat diadili.

KEMENANGAN PR MEMPUNYAI KESAN PENGGANDA YANG BESEAR TERHADAP LANSKAP EKO-POLITIK MALAYSIA!

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah Pakatan menang Takbir

Ammy Hassan berkata...

Allah tolong takde nye tipis-tipis lah ooiii...

Tanpa Nama berkata...

Tak payah dengar kata ahli ekonomi; tok aku yang usia 85 tahun pun kata BUNGKUIH BUNGKUIH !

Mat Londer Kg Lonek berkata...

Eden jangko umnobn cumo mampu takat 83 buah kerusi yo. Itu pon kalu Mat Sabu ngan Mahfuz kalah. Kalu mat Sabu ngan Mahfuz menang jugok, makno ea omnobn hanya monang 81 kerusi yo la.

Yang kato umnobn mampu monang sampai 120 korusi tu, sebonar ea termasuklah 20 bijik korusi polastik kek dopan umah dio sokali.

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka pemimpin-pemimpin BN/UMNO pun dah naik menyampah. Macam-macam hal yang tak baik mereka lakukan.

orangpencen berkata...

Tak faham aku....dosa besar sangat ke kalau rakyat nak tukar kerajaan? taboo sungguh kat malaysia ni. tukar kepada kebaikan...apa masalahnya?

Tanpa Nama berkata...

Apa yg penting pr kena ubah sistem2 yg bole beri impak negatif dlm satu jangkamasa.. Mcm dasar pendidikan negara, dasar automotif nagara, DEB, Sistem pengagkutan, tarif2 api dan air, pengagihan sumber petroleum, kesihatan, tanah, perumahan, keselmatan, alam sekitar, landskap politik dn huih byknya sistem yg sedang merosak nmpknya yg perlu diperbetul balik.. Paling perit rasanya nak top up balik 500 billion tu..

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah menganugerahkan kemenangan kepada PR. InsyaAllah, pihak yang benar pasti akan menang.

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah ranapkan BN/UMNO yang menipu dan menindas rakyat..hapus PTPTN