9 Jan 2013

[BONGKAR] 5 Ribu Pengundi UMNO Dipindah Ke Lembah Pantai

Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding.

“Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu.

“Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.

“Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk.

Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

“80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan,” sambungnya.

“Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara.

Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amat hairanlah lagi amat menakutkan, adakah mereka2 ini tidak mengindahkan lagi dosa pahala yang selama ini mengaku Islam dan di akhirat nanti akan ditunjukkan semula segala amal baik dan buruk di padang mahsyar nanti ????? Adakah tiada lagi takut dengan malaikat di kiri kanan mereka? Mengkhianati amanah rakyat juga termasuk dalam melakukan kezaliman terhadap manusia. Gaji setiap bulan yang diterima tu , bagi makan minum keluarga , agak2 halal ke haram ?

Tanpa Nama berkata...

Ini menguatkan lagi sebab kenapa mesti hadir pada himpunan kebangkitan rakyat pada 12 Jan ini. Jangan lupa ya.

Tanpa Nama berkata...

perkara menipu dlm pi/raya ni dah lama amno buat, cuma sekarang lebih giat lagi, bila pkr dan anak2 muda lebih proaktif dan lebih bercakap isu ni, baru org ramai makin sedar, tapi amno tu dasar penipu selamanya menipu, tak heran dia kalau org cakap dia penipu pun, janji menang.

takat menipu tu apalah sgt bagi amno, bunuh org pun sanggup.

aku org pas, tapi aku puji usaha2 anak2 muda, usaha pkr, cikgu bard, nurul izzah semua tu, bagus, kena work smart and proactive.

buat apa kita nak bertanding mati2an dlm p/raya sedangkan kita tau bakal ditipu idup2. bersihkan daftar pemilih dulu baru bertanding, baru puas hati.