2 Dis 2012

Tanya Sama Najib Apasal Goyang, Nanti Najib Jawab, Johor Dah Nak Hilang....


Ribuan rakyat Johor memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

(Gambar: Mohamad Sabu menerima limau sebagai gimik perasmian.)

Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Pada malam ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka hadir.

Mereka dijangka memberikan ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini.

Sedang berada dipentas ketika ini Pengarah Program Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PAS, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesurhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Terdahulu program malam ini dibuka dengan pertunjukan tarian singa dan kemudian dirasmikan pembukaannya oleh Mohamad Sabu. ~HD




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar betul.... Ini di Kelantan ke atau Johor ?. Berani ubah untuk mendapat sinar baru buat rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Masya'Allah, ramainya umat Pakatan Rakyat....ini bukti manusia dilahirkan celik mata, peka otaknya. Berbeda dengan lembu lembu berkaki dua di bandar juga kampung yang terencat hati....nyata dilahirkan bodoh hatinya.

Tahniah Pakatan Rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja goyong tepi bergegar ketakutan terus UMNO. Apa tidaknya kubunya yang kuat macam kubu kerajaan brazantine akan roboh oleh PR macam tentera turki uthmiyah menjatuhkan kerajaan brazantine di constatinople alias Istanbul.

matsom berkata...

semuga semangat ini dizahirkan dalam peti undi pada PRU13 nanti Allahuakbar............

Tanpa Nama berkata...

Jika betullah situasi ini di Johor walaupun dikala perhimpunan umno baru berlabuh dan perlawanan bolasepak antara M'sia vs Indon berlangsung, maka secara realitinya Be-End akan pasti tumbang, namun semua ini tak akan tercapai kerana PR akan dikalahkan oleh sistem haprak...

Bak kata org2 tua, menang sorak kampung tergadai...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin bersama. Kalau baik, elok, lebih murni, lebih bahagia, tiada penyalahgunaan kuasa... kita sokong. Kalau dulu hanya media perdana, tapi sekarang banyak sudah media yang boleh mendedahkan kepincangan... InsyaAllah Tuhan tunaikan.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg diharapkan, bila tukarnya pentadbiran negara, harap dptlah diketatkan lagi kemasukkan warga asing ke negara ni tanpa permit... Semakin lama semakin ramai n smakin bertindak liar, rakyat malaysia hidup Dgn ketakutan di negara sendiri... Pls take it serious...

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai orang muda tertarik dengan apa yang diuwar-warkan oleh pakatan sekiranya menang PRU13, salah satunya mengenai hutang PTPTN. Adakah ianya satu janji atau sebaliknya?

ayba berkata...

Johor tempat lahir umno. Johor jugalah tempat matinya.

Tanpa Nama berkata...

kuburkan UMNO di Johor, jalan HIJAU KEPUTRAJAYA terbentang luas, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah... Allah maha membalik2kan hati manusia.

dulu cam pandang semacam jugak pd org johor, negeri biru karat, kubu kuat amno, pas jgn harap nak bertapak, hilang wang pertaruhan adalah.

tapi hari ni, berkat doa org2 pas dan kecerdikan org johor sendiri, angin perubahan dah mula bertiup, mudah2an menjadi gelombang tsunami dlm PRU13 nnti. mudah2an Allah bersama kita rakyat biasa yg dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

Jadilah kita manusia yang tahu bersyukur setelah menikmati kesenangan hidup bukan menjadi mqnusia yang lupa diri.

Tanpa Nama berkata...

kita harus bersyukur kpd Allah setelah menikmati kesenangan. tapi tidak bermakna kita mesti diam, membisu dan merelakan setelah melihat penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pemerintah. lambat laun ia akan memudaratkan masyarakat.

buang yg korup utk digantikan dgn yg baru.jika yg baru itu juga cenderung utk korup, maka gantikan saja. kuasa di tangan rakyat!!